Tuesday, June 11, 2013

Watak Dalam Kehidupan








i - Sunyi


Mungkin bintang diciptakan,
agar langit malam tidak pernah merasakan sunyi,
sunyi macam kita.
--tapi malam ini tiada satu bintang pun dilangit,
   dan itu melegakan kita,
   kerana mungkin langit,
   lebih sunyi dari kita.















 ii - Cantik

Yang mendefinisikan kecantikan
hakikatnya bukan perkataan,
bukan orang,
bukan wajah.
--Tapi kamu,
   yang cantik  rohani, ucapan,  fikrah.
   Dan tidak lupa, hati.

















iii - Bakhil

Selalu saja kita temukan orang-orang yang berdompet tebal,
berhati tipis.
--Selalu saja. Di mana-mana.















iv - Dosa

Sedangkan bunga pun tumbuh daripada kekotoran,
bagaimana kita boleh menyangka kita perlu bermula dengan yang `bersih`
untuk jadi yang `cantik`,
di mata Allah.
--Dan kau tak perlu risau,
   kerana hakikatnya,
   ada saja  yang bermula dengan `bersih`,
   berakhir dengan `kotor`.
   Segalanya percaturan Tuhan.  

















vi - Hilang 

Jangan pernah hilang diri,
hanya kerana seseorang.
--Kerana hakikatnya,
   kau masih punya Tuhan.
















v - Niqab

Dan adakalanya senyuman bukan dilihat pada bibir,
tetapi mata.








Kita adalah watak-watak drama kehidupan.
 Dan dunia adalah  pentas  lakonan. 
Kita yang memilih watak yang dimainkan. 

No comments: