terkadang aku pernah terfikir apa sebenarnya erti yang aku cari itu
adakah dia baik untuk aku saja kah?
adakah dia sangat baik untuk orang lain juga
ALLAHUAKBAR !
Kau nilai lah aku dengan kasih sayangMu. hampirkan aku dengan kecintaanMu. Sungguh aku memerlukan itu
Hakikatnya kita tidak pernah benar-benar mengenali siapa diri kita.
Sebab itu kita sentiasa bertanya 'siapa aku dan apa yang aku mahu?'.
Sehingga 'akhir' nanti pun,
belum tentu kita 'kembali' dalam keadaan kita sudah benar-benar mengenali diri kita.
As
long as life never ends, that's the time the process of learning 'who i
am' slowly takes place. and, the process of knowing 'ourselves' never
end till we 'end'.
that's why we never really know 'who i am?'.
fullstop.
Disagree? its up to you..
Sungguh, teguran ALLAH itu Maha Halus, renungkanlah dan bersangka baiklah pada setiap teguran-Nya.
Teguran-Nya adalah tanda sayang-Nya.
Tidak sekali kerana benci.
Teguran manusia yang bukan tujuan menghina, usah disalah tafsir.
Tapi, pandanglah dengan mata hati yang terbuka.
Sejauh
mana kita menerima setiap teguran dan bersikap positif terhadapnya
memperlihatkan apakah kita mudah melatah menghadapi sesaat tekanan.
Goyahkah, berlapang dadakah atau tetap merasakan 'aku dipihak yang betul?'
"life is not easy, right?
that's why you are being tested."
Ingat,
manusia itu tidak pernah sempurna. Dan kerana tidak kesempurnaan itulah
kita memerlukan antara satu sama lain untuk saling menyempurnakan.
Memahami insan lain bukan tujuan mengharap balasan untuk difahami.
tetapi insyaALLAH, DIA akan permudahkan segalanya.
Tidak mengapa tidak difahami, tetapi yakinlah kefahaman ALLAH lebih nyata dari kefahaman manusia.
Bersahabat baiklah dengan takdir.
Analoginya
mudah, mengapa tika melihat 'lukisan alam', kita tidak pernah
mempertikaikan tentang kecantikan, dan keindahannya. Malah kita terima
seadanya dari mula penciptaannya.
Begitulah kiranya, tidak perlu juga untuk dipertikaikan 'lukisan takdir' ke atas diri kita.
Isunya
bukan apa yang telah kita sumbangkan, tetapi adakah kita mempertikaikan
insan lain tahu ataukah tidak tentang apa yang kita sumbangkan.
Sunguh, ikhlas itu umpama semut hitam diatas batu di tengah malam yang kelam.
Ia tidak dapat ternilai oleh manusia malah diri kita sendiri.
Biarkan iklhas itu hanya dinilai Sang Penilai yang Maha Hebat Menilai.
Bukan pada pandangan mata manusia yang sering terhijab dek kemaksiatan.
..................................
Dalam saat-saat akhir sebelum menapak ke tahun baru umurku untuk september ini, hati ini 'dipukul'
bertalu-talu dengan kata-kata seorang ustazah yang sememangnya seperti kawan dia melayani aku.
Dalam kerisauan pertambahan sisa umur ini, kata-katanya 'memukulku',
“Menjadi tua itu bukan pilihan, tetapi kematangan itulah pilihan”
Menjadi anak bongsu atau anak sulung bukan satu penanda aras dimanakah terletaknya sebuah kematangan.
Tetapi sejauh mana kita melihat dan menghargai kehidupan.
Selagi kita tidak menghargai kehidupan, selagi itu tidak ada kematangan.
Because every single 'things' is precious!
So, carefully conclude what ALLAH want you to learn from life.
Because life is all about PERCEPTION. Life is all about STRUGGLE.
Perjuangan untuk terus berdiri kukuh dan terus berdiri tika diri diuji dengan jerit perih dan sengsara.
Ujian itu wajib ada dalam hidup. Dan beruntunglah bagi sesiapa yang bersahabat baik dengannya. insyaALLAH.
Mesej seorang sahabat ‘memukul’ lagi,
“Apabila kita merasakan tidak layak bergelar seorang pendakwah, sama ertinya kita tidak layak hidup di bumi ALLAH,
bila kita berhenti berdakwah kerana kekurangan diri,
maka ketawa gembira iblis kerana tewasnya anak
Adam pada bisikan mereka, dakwah tidak sekadar
mengajak kebaikan, tetapi dakwah satu penghijrahan.
Jalan dakwah tidak dihias dengan keseronokan,
tapi penuh duri. tapi dakwah tidak bererti kesengsaraan,
kerana dunia hanya pinjaman, rasa sengsara hidup
dari diri yang cintakan dunia lebih dari diri dia yang
cintakan Penciptanya.”
Tika dinihari pula, ‘Al-Mujadalah’ juga ‘memukul’,
58:11. Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan
kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", maka
lapangkanlah,
niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan:
Berdirilah kamu, maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan
orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu
kerjakan.
Perbualan akhawat ‘memukul’ lagi,
“Tenangnyalah lihat senyuman akak, akak datanglah sini selalu…” katanya
“Ukhti, ketenangan itu milik Tuhan..” kataku
ALLAH, terima kasih kerana 'memukulku'!
Akhawat,
kata-katamu indah berbaur nasihat,
penghembus semangat tika gundah,
pencetus tabah disaat mengalah,
nasihatmu, zikirmu, keringatmu,
sungguh, tidak terhitung dek sedarku.
Semoga terus tsabat akhawat fillah!
Untuk ujian aku sejak - sejak ini, moga-moga kita mampu mengerahkan yang terbaik.
Supaya
ditengah-tengah ummah nanti, keseorangan kita adalah umpama 'setitis'
dakwat yang mampu merebakkan warnanya, dan kebersamaan kita umpama
'selautan' dakwat yang sangat-sangat memanfaatkan. Aamiin.
Salam mujahadah semua,
Semoga dipermudahkan segalanya (^_^)
ku korbankan sedikit masaku disini untuk memberi kamu sesuatu.
Doakan untuk aku agar segalanya dipermudahkan.
No comments:
Post a Comment