Bila dah habis sekolah dan habis pengajian ni memang terasa di mana saat - saat teringat akan memori.. Alhamdulillah dan moga ALLAH permudahkan segala urusan ku..
Di setiap pertemuan itu membait memori
Terasa ingin menepek gambar - gambar kenangan banyak - banyak di ruang ini
sungguh aku merindui
Bila ditanya apakah prinsip mungkin terkadang duk memikir apakah?
Pada suatu hari.......
“Apa prinsip hidup awak Zun?”
“Haa?? Maksudnya?” terlopong saya memandang dia.
Bertanya saya bukan tanda tidak mengerti, malah lebih dari memahami.
Bertanya saya juga bukan maksud tidak mengerti bahasa, cuma tertanya mengapa persoalan itu yang diutarakan kepada saya.
Masakan tidak terkejut, kami baru sahaja berkenalan.. Baru sahaja.
Siapalah saya untuk menguar - uarkan prinsip hidup saya kepada orang ramai sedang saya sendiri terlalu banyak kelemahan yang perlu pada pembaikan,.
“Ayat apa yang awak pegang zun sampai awak kuat begini?” katanya lagi.
Saya terdiam menyepi.
Ketika saya merasai kelemahan, tetapi kekuatan pula yang kelihatan.
Ketika saya merasai kelemahan, tetapi kekuatan pula yang kelihatan.
‘Kuat?
Kuatkah saya? Pada pandanganmu mungkin kelihatan kuat…
tapi hati yang menanggung ini,
hanya ALLAH pemilik segala tahu,’
Saya hadiahkannya satu ayat,
"3:139. Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.."
Dia terdiam.
Kemudian kami dipanggil meneruskan latihan. Tiada berkesempatan..
Kemudian kami dipanggil meneruskan latihan. Tiada berkesempatan..
Ketika itu mahu saja saya katakan padanya…
‘Awak tahu kenapa awak berada disini? Sebab awak kuat!
Bukan semua mampu berdepan dengan situasi ini, hanya insan-insan terpilih sahaja. Syukurlah kerana awak yang terpilih dan bukan orang lain,’
Tapi, itu cuma monolog dalam hati.
Hakikatnya saya berkata pada diri sendiri..

Soalan dan jawapan
Saya lihat ada kekecewaan pada wajahnya,. Ada resah yang menghambatnya.
Mungkin dia belum mampu lagi menyesuaikan diri, ataupun masih lagi tercari-cari cara menguatkan jati diri di tempat yang bebas serba-serbi ini.
Sebuah prinsip hidup?
Kerana hanya sebuah persoalan, saya jadi tidak menentu.
'Apa yang saya pegang selama ini?' Saya tanya kembali pada diri.
Mungkin soalan itu bukan datang dari diri manusia itu.
Tetapi, soalan itu datang dari ALLAH supaya diri ini memuhasabah diri.
Memikirkan kembali sebuah prinsip dan pegangan yang perlu dipegang dalam hidup ini.
Soalan sudah ada, jawapannya pula bagaimana?
Sebuah prinsip hidup
Baru-baru ini soalan itu bertandang kembali..
“Kenapa awak tanya soalan tu?”
“Saja. Sebab saya sendiri masih mencari-cari”
Ligat saya mencari kata-kata yang mampu memaknakan diri.
“Jangan pisahkan agama dalam kehidupan.
Saya tak pernah setkan satu prinsip hidup. Tapi ini yang terlintas dihati ketika awak bertanya soalan itu.
Ini adalah apa yang saya lihat disekeliling saya, manusia kebanyakannya pincang apabila memisahkan elemen agama dalam kehidupan.”

Ya, saya tak pernah setkan prinsip itu hanya satu. Saya ada banyak prinsip, dan prinsip itu berbeza mengikut keadaan tetapi masih berpandukan ajaran Tuhan.
Tika sedih, prinsip yang bagaimana harus dipegang?
Tika gembira, apa pula yang menjadi kekuatan?
Tika susah, senang?
Semuanya ada prinsip tersendiri, tapi matlamat akhirnya tetap sama, menuju Tuhan.
“Matlamat hidup awak?”
Soalan ini pula berbangkit.
Jawapanya saya rahsiakan.
Kenapa?
Sengaja.
Lebih baik tanyakan pada diri sendiri apa matlamat diri.
Kelemahan yang menyedarkan
Bila dijengah dengan persoalan itu, saya tahu pada riak sugul wajahnya. Dia merasakan lemah.
Pada bicara tulisannya, ada nada payah.
Sedangkan tika itu diri ini pun berteriak lemah, datang pula hamba ALLAH yang merasakan lemah minta dikuatkan dengan kata berbaur hikmah.
ALLAH… bagaimana ini..
ALLAH… bagaimana ini..
Saya pegang pada prinsip, ‘orang yang lemah, jangan semakin dilemahkan,’
Bertaburanlah kata-kata nasihat…
Biarpun baru berkenalan.
Bukan mudah untuk mengadu sesuatu pada insan yang belum benar-benar dikenali.
Saya sendiri akan berfikir berkali-kali.
“Terima kasih ya,”
“Sama,”
Tika diri mampu menguatkan orang lain, kenapa tidak diri sendiri?
Itu tanda kekuatan kita..
Itu tandanya KITA MAMPU mendepani kelemahan itu.
Tika saya pula dihimpit kelemahan, pasti ada pula yang menguatkan.
Oh, saya belajar sesuatu, 'hidup memang perlu saling menguatkan.'
Kerana daerah 'kosong' itu
Ya, saya akui bukan mudah tika diri dicampak ke sebuah daerah yang ‘kosong’ dengan pengertian.
'Kosong' dengan bi'ah.
'Zero' teman sefikrah.
Semuanya dirasakan keseorangan. Ya, kosong!
Kerana terlalu lama di zon selesa dan sering menolak berada di zon yang biasa-biasa.
Akhirnya, lemah yang dirasa.
Kita perlu faham, ALLAH hadirkan ujian dengan menguji kekuatan dan jati diri manusia, tika itu ujian itu menuntut perubahan.
Berusahalah melakukan perubahan kepada kebaikan.
Semakin perubahan itu dilakukan, insyaALLAH ada kebaikan yang berterusan.
Mungkin dari daerah 'kosong' itulah kita mula belajar. Belajar melakukan perubahan dan meraih kebaikan.
Kata orang 'usah pandang ke belakang lagi, terus maju kedepan'
Tetapi, sesekali harus ditoleh kebelakang juga supaya kita ingat dan belajar semula kesilapan yang pernah kita lakukan.
Supaya ia tidak berulang lagi.
Kadang-kadang juga perlu ada yang mengingatkan tentang sebuah kesalahan.
Saling nasihat-menasihati tentang kebenaran.
Ya, saling...
Kerana kita takkan mampu bersendirian.
Sendirian akan lemah..

gambar zaman sekola
bersama SAADAH sahabat dari tingkatan 3..
sentiasa bersamanya ketika susah mahupun senang..
Tuhan tolong jagakan dia..
With SALWA ( DEAN'S LIST )
Jadi,
perlu saling menguatkan.
Barulah terikat sebuah pertalian.
Kuatkan saya ya!!
No comments:
Post a Comment