Bismillahirrahmanirrahim...
Judul Buku : Akidah Kita Nyawa Kita
Nama Pengarang : Yussamir Yusof
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, 2010
Jumlah Halaman : 317 halaman
Harga : RM 16.00
Nama Pengarang : Yussamir Yusof
Penerbit : Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, 2010
Jumlah Halaman : 317 halaman
Harga : RM 16.00
Alhamdulillah, buat pertama kalinya sempat jua saya megkhatamkan buku ini. Walaupun sudah lama memiliki, tetapi baru kini diberi masa untuk 'menghadamnya' dek kerana sekatan final exam di hujung sem.
Buku terbitan Grupbuku Karangkraf setebal 317 muka surat ini berjaya menarik minat saya dan alhamdulillah, akhirnya telah tertunai tanggungjawab saya kepadanya.
Buku terbitan Grupbuku Karangkraf setebal 317 muka surat ini berjaya menarik minat saya dan alhamdulillah, akhirnya telah tertunai tanggungjawab saya kepadanya.
Walaupun begitu, diri ini sedar masih banyak lagi tanggungjawab terhadap agamaNya yang belum lagi terlunas.... dan membaca buku ini cuma wasilah yang diambil untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang cetek di kepala.
Saya nekad, selagi buku ini tidak dikhatakamkan, keinginan untuk menulis terpaksa dipendam seketika..
Akhirnya idea penulisan diambil dari buku ini.
Teringat saya pada awal ketika saya membeli buku ini...
"Tak berani lah nak baca buku-buku macam tu sorang-sorang..."
Seorang hamba ALLAH berkata.
Itu belum lagi berbicara tentang Bible...ya, masih ramai lagi di antara kita yang masih takut memegang Bible.
Apatah lagi membaca dan mempelajarinya...
"Takut terpesonglah..."
"Ilmu Islam pun tak cukup lagi..."
Alahai...
Perlukah takut?
Bible bukan ada kuasa sihir atau apa-apapun yang boleh memukau manusia hingga terpesong akidahnya.
Hakikatnya Bible bukan Injil pun...
Jika kita meyakini Bible itu Injil, kita wajib juga mengimaninya.
Dan, berhati-hatilah kerana itu akidah!
Dan, berhati-hatilah kerana itu akidah!
Jika mahu ditunggu ilmu cukup di dada, sehingga mati pun kita tidak kan pernah tahu sama ada sudah cukupkah atau tidak..
Tidak pernah lagi saya mendengar segolongan manusia yang murtad hanya semata-mata kerana membaca Bible. Malah, yang memeluk agama Islam setelah membaca Al-Quran, ya...sangat-sangat ramai.
Kerana apa?
Kerana Al-Quran adalah kalam ALLAH.
Tapi, Bible?
Semuanya telah ditokok tambah dengan tangan-tangan manusia.
Tika dulu, saya sering tertanya-tanya hakikat sebenar sejarah penyaliban Jesus dan punca terpesongnya ajaran Jesus yang merupakan penyambung ajaran Nabi Musa itu.
Akhirnya, buku ini memberi jawapan terhadap persoalan-persoalan itu.
Bermula dari program Friendly Comparative Religion yang saya hadiri, semakin membara hati ini ingin mengetahui sejarah agama Kristian ini.
Bermula dari program Friendly Comparative Religion yang saya hadiri, semakin membara hati ini ingin mengetahui sejarah agama Kristian ini.
Biografi Jesus dalam dua agama besar
Nama Jesus berevolusi daripada perkataan Isa (Arab), Iso (Hebrew), Yesus (Greek) dan akhirnya menjadi Jesus.
Al-Quran dan Bible mengakui setiap keajaiban (mukjizat) yang dikurniakan ALLAH kepada Jesus seperti menyembuhkan orang buta dan pesakit sopak, menghidupkan orang mati, dan membuat burung menggunakan tanah liat dan menghidupkannya.
Dan kerana mukjizatnya yang banyak itulah juga akhirnya mereka mendakwa Jesus sebagai Tuhan.
Dan kerana mukjizatnya yang banyak itulah juga akhirnya mereka mendakwa Jesus sebagai Tuhan.
Di dalam Tafsir Ibnu Katsir ada menyatakan bahawa orang Yahudi telah berkomplot untuk membunuh Jesus dengan memfitnahnya menyampaikan ajaran sesat, dituduh menghasut orang ramai tidak mengiktuti pemerintah dan orang Yahudi juga telah cuba memisahkan orang ramai dengan pengikut baginda.
Sehinggalah orang Yahudi telah menangkap lelaki muda yang diserupakan ALLAH wajahnya dengan Nabi Isa yang merupakan pengikut baginda sendiri setelah persetujuan yang telah disepakati antara mereka sebelum Nabi Isa diangkat ke langit.
Jesus bukan beragama Kristian
Ya, Jesus tidak pernah mengakui dirinya sebagai Tuhan.
Antara penyaksian agamanya didalam Bible,
(1) Jesus beriman kepada Tuhan yang Satu. (Mark12:29)
(2) Jesus berpuasa sepertimana setiap muslim melaksanakannya. (Matthew 6:16-18)
(3) Jesus berkhatan sepertimana keturunan Nabi Ibrahim yang telah diperintahkan untuk berkhatan. (Genesis 17:9-14)
(4) Jesus melarang penigkutnya memakan khinzir. (Deutronomy 14:8)
(5) Jesus mengucapkan salam. (Luke :24:35)
Tetapi hari ini, adakah Kristian ada mengikutinya?
Ciri-ciri Tuhan telahpun dicatatkan dalam Bible mereka sendiri:
1) Tuhan tidak boleh mati
2) Tuhan adalah roh dan bukan manusia
3) Tuhan tidak boleh digambar bentuk dan didengar suaraNya.
4) Tuhan berkuasa atas segalanya
Berdasarkan ciri ini, secara automatik Jesus telah terkeluar daripada senarai Tuhan!
Ya, Jesus bukan Tuhan!
Golongan Hawariyyun
Hawariyyun ialah sekumpulan lelaki yang membantu Jesus dalam menyebarkan risalah tauhid (al-Imran :52). Menurut Kristian, Jesus telah dikhianati oleh pengikutnya sendiri iaitu Judas Iskariot dengan memberitahu tempat persembunyian baginda.
Tetapi wujud percanggahan di dalam Bible sendiri tentang kisah Judas yang akhirnya membawa kisah yang meragukan sama ada benar atau tidak tentang pengkhianatan Judas terhadap baginda.
Biografi Paul menurut bible
Paul - individu paling berpengaruh dalam ajaran Kristian. Ya, masakan tidak berpengaruh, sehinggakan sotong kurita 'Si Peramal' kemenangan Bola Sepak Piala Dunia 2010 juga telah dinamakan dengan nama Paul!
Paul adalah seorang lelaki Yahudi yang dilahirkan di Tarsus, Cilicia. Cita-citanya untuk menjadi ulama Yahudi yang dikenali sebagai Rabai atau Farisi. Oleh sebab itu beliau sangat membenci ajaran Jesus dan juga memusuhi pengikutnya.
Namun, menurut Bible, setelah 'kematian' Jesus, Paul yang baru pulang dari Damsyik telah mengakui bertaubat dan menerima ajaran Jesus. Dan apa yang tidak mampu diterima akal, Paul menyatakan beliau telah bertemu dengan Jesus dan baginda telah melantiknya sebagai pesuruh Jesus untuk menyampaikan ajarannya.
Dan ketika itulah, beliau telah mencipta perkara-perkara baru dalam ajaran Jesus, menolak undang-undang Musa dan menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Jesus. Hukum berkhatan telah dimansuhkan dan ajaran Jesus juga telah dilanggar yang mana ajaran itu tidak boleh disampaikan kepada golongan bukan yahudi (Gentiles).
Pengasas ajaran Kristian
Kristian mempercayai bahawa ajaran ini adalah daripada Jesus dan para pengikutnya digelar sebagai Kristian. Tetapi persolannya, perkataan 'Kristian' sendiri tidak pernah wujud pada zaman baginda masih hidup. Sedangkan baginda menggelarkan pengikutnya sebagai Nazarenes bukannya Kristian.
Perkataan ini hanya wujud selepas beberapa tahun selepas peristiwa Jesus diangkat ke langit.
Hakikatnya, Paul lah yang telah bertanggungjawab menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan ajaran Jesus. Beliau juga telah menulis separuh daripada isi kandungan New Testament (perjanjian baru) didalam Bible.
Antara doktrin yang diperkenalkan oleh beliau adalah :
1) Dosa warisan - semua manusia mewarisi dosa Nabi Adam selagi mana mereka tidak dibaptiskan (walaupun seorang bayi yang baru lahir!)
2) Penyaliban Jesus
3) Doktin Triniti - Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Ruhul Kudus (Holy Spirit)
4) Jesus adalah anak Tuhan
Gerakan Kristianisasi
Kristianisasi sinonim dengan perkataan 'evangelisme' yang bermaksud 'menginjilkan manusia' atau 'memberitahu khabar baik. Dan mereka yang menjalankan agenda ini digelar sebagai 'evangelist'.
Objektifnya adalah kerana mereka percaya bahawa Jesus akan turun semula ke dunia.
Dan untuk itu mereka perlu bekerja keras untuk menyebarkan ajaran Kristian agar tidak mengecewakan Jesus apabila baginda turun nanti.
Dan sejarah kemunculan gerakan ini di Malaysia adalah bermula sejak era penjajahan Portugis di Melaka lagi.Gospel, Glory and Gold, ya itulah motif kedatangan mereka.
Dan jangan terkejut, angkatan perang Portugis yang menawan Melaka satu ketika dahulu bukan hanya dinaiki oleh tentera, tetapi juga lapan orang guru agama Kristian bermazhab Katolik.
Antara pendekatan yang digunakan ialah:
1) Menjauhkan umat Islam dari ajaran sebenar
- kebajikan, penyerapan budaya, meracuni pemikiran dengan pelbagai Ideologi, pendidikan
2) Menjauhkan penganut agama lain dari Islam.
-propaganda memburukkan Islam di Dunia Barat, membiayai dan mendokong gerakan Orientalis, mendokong gerakan Feminisme,
Dan kini, salah satu projek mega mereka adalah 10/40 Window Project yang mana Malaysia menjadi salah satu negara yang menjadi sasaran Kristianisasi mereka kerana Malaysia berada di dalam garis lintang latitud dan magnitud 10 dan 40. klik sini.
Antara lain, kupasan yang menarik di dalam buku ini juga adalah gejala murtad, dan isu penggunaan nama ALLAH. Untuk kupasan lebih lanjut, tidak rugi memilikinya!
Alhamdulillah, walaupun sampai tertidur-tidur sepanjang proses mengkhatamkannya, dapat juga saya menadah ibrah dan mendalami sejarah melalui buku ini.
Malah menambah minat saya untuk lebih jauh meneroka ilmu-ilmu perbandingan agama sebegini...
Akhir kalam, renungkanlah bersama...

Katakanlah: "DIAlah ALLAH, yang Maha Esa, ALLAh adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. DIA tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
dan tiada seorang pun yang setara dengan-Nya."
Surah al-Ikhlas:1-4
No comments:
Post a Comment