Beruntungkah kita?
“Kadang-kadang kita terasa dengan budak-budak sekolah agama ni. Yelah, kita ni sekolah biasa je. Diorang pandang semacam je. Macam kita tak layak je nak kawan-kawan dengan diorang.”
Seorang sahabat pernah berkongsi rasa dgn ain.
“Ermm..bukan semua macam tu kan?” ain balas kata-katanya..
“Memang lah, tapi diorang pandang kita macam semacam je. Ye lah, kita tahu kita tak banyak ilmu macam diorang.”
Saya masih ingat lagi perbualan itu. Perbualan yang masih segar dan masih terngiang-ngiang lagi di cuping telinga.
Benar, kadangkala saya lihat mereka yang bersekolah agama, yang kononnya berilmu agama ini agak sukar untuk ‘melekat’ dengan mereka yang bukan dari sekolah agama.
Seolah-olah ada jurang yang memisahkan. Seperti ada daya penolak yang bertindak menolakkan mereka. Mungkin, sukar bertemu 'titik persamaan' agaknya.
Saya tidak mahu mempersoalkan tentang sekolah.
Tetapi, apa yang saya lihat semuanya terlalu berkait dengan title ‘agama’ yang pernah melekat pada nama sekolah. Sekolah apapun, tiada apa bezanya..
Perbezaan yang akan dilihat antara manusia ini adalah soal takwa juga nantinya.
Perbezaan yang akan dilihat antara manusia ini adalah soal takwa juga nantinya.
"...Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu..."
[Hujurat 49:13]
Sekolah bukan penentu segalanya, tetapi segalanya bermula dari sekolah.
Sama juga seperti tarbiyyah, tarbiyyah bukan segala-galanya, tetapi segalanya bermula dari tarbiyyah.
Tarbiyyah adalah medan 'penyekolahan' manusia itu sendiri.
“Yalah, kita ni dulu tak macam korang. Kita ni dulu jahat. Dulu, pergaulan dengan lelaki pun tak jaga. Bila masuk sini, kita pelik kenapa student sekolah agama ni selalu tunduk je. Baru kita rasa ‘lainnya’ bila bersama dengan budak sekolah agama ni.”
Satu-satu kisah terungkap. Saya hanya menjadi pendengar yang setia pada malam itu.. Jangan salah sangka ya, dia tidak jahat. Dia baik, dia cukup baik. Cuma dirinya sahaja yang berada jauh daripada bi’ah yang baik satu ketika dahulu.
Melalui cara dia berkata, saya tahu betapa dia merasa merendah diri dengan ‘title’ sekolah yang dia punyai sebelum ini jika berada di tengah-tengah kami.
Bi’ah solehah itu tidak pernah dia rasai satu ketika dahulu. Dia tidak berpeluang. Dan akhirnya, setelah dia tercampak disini, ALLAH telah beri dia peluang. Itulah saat manis bagi dirinya tika kurniaan itu tiba..
Subhanallah! Maha Hebat perancangan-Nya., ALLAH sangat sayangkan dirinya. Kerana itu, akhirnya dia merasa suasana tarbiyyah itu.
“Kadang-kadang jelous dengan korang, korang tak pernah pun rasa apa yang kita rasa dulu.”
Jika saya selami ruang hatinya, mungkin juga saya akan rasa 'rasa' itu..
“Awak pun beruntung juga.” Saya cuba menyedapkan hatinya.
“Kenapa pula?”
“Sebab awak dah ada pengalaman tu, jadi awak boleh sampaikan pengajaran apa yang awak telah lalui kepada orang lain. Sebab awak saja yang boleh bercakap dari pengalaman. Apa yang dilalui manusia ini lain-lain. Bukan semua orang pernah rasa apa yang awak rasa. Jadi, awak pun beruntung.”
Ain tinggalkan kata-kata itu untuk dia fikirkan..
nama kasut ni ' Sarung Sahabat '
Usah cepat melatah.
Lumrah, dalam perubahan, pasti ada ujian. Pandangan dan cakap-cakap orang semestinya akan ada. Dalam berhijrah, kita kena kuat, kena kental, kena mujahadah. Kita berubah untuk Tuhan, untuk ALLAH, bukan untuk manusia.
Jika berubah bukan kerana-Nya, dugaan walaupun hanya sekecil 'perkataan', kita akan cepat melatah.
Orang baru berkata, “Wah, dah bertaubat nampak!”
Kita pun cepat-cepat berkata, “Eh, takdelah..mana ada.”Terus berubah semula.
Kenapa? Malu?
Kerana malu dengan kata-kata orang? Cuba fikirkan semula, akan terjadi apa-apakah pada kita andai kata-kata mereka itu kita biar dan anggap sahaja ‘tiada kesan’ pada diri kita?
Kita tidak luak apa-apapun. Tiada langsung pun yang memudharatkan. Tiada langsung pun yang mencederakan.
Reputasi jatuh? Reputasi jatuh dihapadan manusia itu lebih baik daripada terjatuhnya reputasi dihadapan ALLAH.
Biarlah..
Biarlah reputasi dan stigma masyarakat menghukum kita sehingga kita terasa seolah-olah berada di bawah sebawah-bawahnya..
Tapi hakikatnya adalah, ALLAH sedang mengangkat reputasi kita pada pandangan-Nya. ALLAH sedang mengangkat darjat kita. Jadi, apa yang perlu dirisaukan?
Sakit hati? Sakit dengan hanya cacian manusia? Ketahuilah bahawa cacian manusia itu tidaklah sesakit mana jika dibandingkan dengan azab yang menanti seandainya taubat dilambat-lambatkan.
Saya ingat lagi, tika ada hamba ALLAH yang memerli saya tika dulu.,
“Eh, baru dapat hidayah ke?”
Oh, nak katakan memang tersentap waktu itu. Apatah lagi, bila ia sengaja dikatakan dihadapan orang ramai.
Dengan selamba saya jawab, “Ha’ah, baru je dapat hidayah.” Saya lemparkan senyuman hambar. Malas mahu bertekak lidah.
Saya mahu ketengahkan ini,
‘Kita ini takkan mati dek keji, dan takkan hidup dek puji.’
Sakit hati
Tidak pantas ain nafikan, kadang-kadang terasa juga sakitnya hati ini mendengar perlian-perlian dari orang sekeliling di saat-saat kita mahu menginjak ke fasa perubahan yang pastinya ke arah yang lebih baik..
Mulut orang. Yang ini berkata begini, yang itu berkata begitu. Semuanya negatif. Waktu itu ita akan rasa, 'tiada sokongan langsung !'.
Dan hanya kerana 'takut' pada 'mulut orang', ada manusia ketepikan rasa takut pada Tuhan. Mereka lebih memilih untuk tangguhkan penghijrahan demi menjaga 'mulut orang' berbanding menjaga diri sendiri.
Sampai mati pun, mulut orang akan bercakap tanpa henti. Takkan sampai mati kita tidak mahu berubah hanya takut kata-kata orang?
Pelik bukan, bila manusia tidak merasakan dekatnya Tuhan dalam diri? Jika kita merasakan 'dekatnya' Tuhan itu, kita pasti tidak akan melambatkan taubat..
ALLAH itu dekat, lebih dekat dari urat leher!
"Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya."
[Qaf 50:16]
Untung lah..
Suka ain katakan, semua orang beruntung. Apa-apa yang telah ditempuhi, dilalui, dirasakan sepanjang mengharungi kehidupan ini, semuanya mempamerkan keberuntungan. Semua manusia punya pengalaman hidup yang berbeza-beza. Punyai ujian yang berbeza-beza juga..
Ujian itu adalah lambang kemampuan. Ujian adalah lambang kekuatan. Setiap ujian itulah sebenarnya kekuatan kita.
Apa yang tidak diuji-Nya itu sebenarnya adalah kelemahan kita.
Kekuatan orang lain, lain. Kekuatan kita juga lain.Kelemahan orang lain, lain. Kelemahan kita juga lain.
Semuanya bergantung pada ujian.
Jika kita merasakan, orang lain tidak pernah merasakan apa yang kita rasa, kita perlu ingat satu perkara.
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..."
[Al-Baqarah 2:286]
Apa yang kita rasa itu, kerana kita mampu!
Orang lain yang tidak merasa itu adalah kerana mereka tidak mampu.. Atau mungkin sahaja belum masanya 'mampu' itu wujud dalam dirinya.
Jika kita merasakan ujian kita berat, itu bermakna kita kuat. Dan apabila datang yang lebih berat, itu bermakna kita semakin kuat.
Ain cuma pegang itu..
Jangan kita terlalu membanding-bandingkan ujian kita dengan orang lain. Bila hati kita berkata, ‘orang lain tak pernah rasa pun apa yang aku rasa’, jawab semula pada hati, ‘aku pun tidak pernah merasa apa yang orang lain rasa.’.
Jadi, berbahagialah seadanya.. Tiada siapa yang tidak beruntung.
Jika kita seorang yang bersyukur, kita pasti merasa beruntung.
Rasakanlah, ALLAH itu adil..
Jadi mari kita bersama - sama yer...
Sekian, Salam mujahadah semua :)
No comments:
Post a Comment