Monday, May 27, 2013

Adalah Saya, Anda?




Seorang wartawan bertanya kepada Imam al-Syahid Hassan al-Banna tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:



“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram, dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.


Saya adalah ibarat seorang yang memahami rahasia hidupnya. Justeru dia berseru : Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk ALLAH Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya adalah seorang yang menyerah diri.

Inilah saya, anda pula siapa?”

[Hassan al-Banna]


Refleksi

Seseorang itu akan berhenti bermain-main hanya ketika apabila dia sedar tujuan dan matlamat hidupnya. Mungkin kita tidak sedar bahawa apa yang kita lakukan itu tidak ada maknanya pada lafaz yang sering diungkap lima kali sehari-hari. ..

ALLAH, mungkin sahaja kita adalah insan yang sering terasingkan kehidupan dunia dengan segala ibadat kepada ALLAH walaupun banyak perkara dalam kehidupan boleh dijadikan ibadat. Rahsianya adalah niat keran ALLAH...


.............

“Siapa yang  sejujurnya takut mati angkat tangan.” Suatu hati seorang ustazah bertanya.

Ramailah yang mengangkat tangan.

“Cuba bagi reason kenapa takut mati?”

“Amalan tak cukup lagi..” itulah antara jawapan majoriti.

“Takut masuk dalam neraka.”

“Takut tak dapat rahmat ALLAH untuk masuk syurga,”

“Takut dihisab..” kedengaran bermacam-macam lagi jawapan..


Tetapi, seorang dari kalangan mereka menjawab, “InsyaALLAH tidak takut mati,”





MasyaALLAH, meremang bulu roma. Untuk melafaz itu secara jujurnya diri ini tidak mampu kerana jika ditanya tentang sejujurnya memang ada rasa takut mati itu dalam hati..


ALLAH.

Hakikatnya, mengapa perlu takut amalan tidak cukup lagi, sedangkan kita tahu sampai bila-bila pun amal itu tidak akan diketahui apakah akan cukup atau tidak. Kerana anugerah syurga itu bukan kerana amal, tetapi dengan rahmat. Amal yang tiada keihklasan juga tidak ada makna andai bersandarkan perasaan riak dan bangga..


Astagfhfirullah.

Sekarang berdasarkan apa yang telah kita lakukan pada hidup, siapa kah kita untuk meraih syurga?


Jika benar kerana ALLAH, mengapa masih ada takut?


Persiapan diri


Ayuh, persiapkan diri.. Maknakan lafaz-lafaz ketika mana kita menyatakan “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana ALLAH Ta’ala.”


Supaya kita sentiasa tahu tujuan dan matlamat hidup ini adalah semata-mata menyembah ALLAH,.


tunduk dan patuh pada-Nya hingga tidak mampu melakukan pekara yang sia-sia. Ketika itu, barulah kita akan kenal siapa diri kita..



Dan sekarang, tanyalah diri kita, “Siapa saya?”


Jika masih belum kenal siapa diri, persiapkanlah diri untuk benar-benar mengenal Tuhan sekalian alam, supaya kita benar-benar kenal siapa diri kita.



Daripada Tsauban r.a berkata Rasulullah s.a.w bersabda: “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan  mengerumuni talam hidangan mereka.” maka salah seorang sahabat bertanya “ Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih diwaktu banjir, dan ALLAH akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan ALLAH akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan.” Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu ya Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”  

[Riwayat Abu Daud]



Salam Mujahadah sayang

No comments: