Dia yang dididik dengan agama, dialah yang akan mengubah dunia.Seandainya kamu dilahirkan nanti,ketahuilah bahawa dunia ini hanya sementara,janganlah kamu leka mengejarnya,nanti kamu akan kecewa diakhirnya.Seandainya kau dilahirkan nanti,mama didik dirimu dengan agamaNyaagar kamu sedar akan tugasmu,agar kamu sedar akan dirimu.Seandainya kamu dilahirkan nanti,akan ibu didik dirimu menjadi mujahid,yang dapat membela agama,sehebat Salahudin Al-Ayubi,sebijak Muhammad Al-Fateh.Seandainya kamu dilahirkan nanti,akan ummi didik dirimu mengenalNya,agar kamu miliki rasa cinta padaNya,agar kamu mencintaiku keranaNya sayang.Seandainya kamu dilahirkan nanti,akan emak benihkan cinta dalam hati mu,akan bonda benihkan kerinduan dalam dirimu,cinta dan kerinduan buat KekasihNya, Muhammad.Seandainya kamu dilahirkan nanti,akan mummy didik dirimu dengan dakwah,agar kau mampu menjadi seperti matahari,membawa manusia makrifat kepadaNya.Seandainya kamu dilahirkan nanti,akan mak doakan kesejahteraan buatmu,di dunia dan di akhirat,agar perpisahan kita didunia nanti,mempertemukan kita semula,di syurga nan indah.
ibu dan ayah akan sama - sama membesarkan kamu sayang.. mama dan papa sentiasa menyayangi kamu sayangg.. emak dan abah akan sentiasa mendoakan kamu sayaanggku...
No comments:
Post a Comment