Ku tadahkan tangan ku panjatkan doa
Walau aku senang atau susahnya aku.
Ya ! aku inginkan ia adalah berterusan...
Betapa lemahnya aku betapa kerdilnya aku betapa hinanya aku betapa banyaknya rayuan aku betapa banyaknya permintaan aku betapa maximumnya hajat aku
ALLAHUAKBAR !
Allah masih mendengar malah memperkanankan walau aku yang terkadang ini kecundang oleh arus dosa
Mungkin dosa yang aku sendiri tidak perasan atau aku sengaja memang dah perasan.. ='(
Maafkan aku Ya Allah
Alhamdulillah walau aku leka emak ayah sentiasa banyak yang mengingatkan walau sebenarnya aku yang banyak mengingatkan kedua ibu bapa..
Sahabat juga ,,
Bulan Rejab
Bulan yang aku nantikan Bulan Sya'aban bulan yang aku tunggu Bulan Ramadhan bulan yang aku sangat bersemangat dalam penantian itu
Bukan aku sahaja malah seluruh hamba Al – Haq yang merasa manisnya ISLAM itu akan turut merasai perasaan itu
Allah sampaikan aku
sampaikan aku pada hari di mana semua hambaMu menanti
aku mengharap pada hari itu aku dapat melaksanakan
terngiang - ngiang aku dengan satu perkataan indah ini
Quranku sayang
YA ALLAH... KAU terimalah taubatku.. KAU terimalah ibadahku... KAU hapuskanlah dosa - dosa ku...
"dan tidak ada lagi baginya segolongan pun yangg dapat menolongnya selain ALLAH, dan dia pun tidak dapat membela dirinya.."
MAN JADDA WA JADDA sayang
Betapa janjiNya tidak pernah mungkir. setiap pengorbanan ada harga di sebaliknya
sayang... jangan cepat mengeluh dengan kepayahan itu.. sabar !
'' kenapa besarnya dugaan aku tika aku ingin dekat dengan Tuhan aku '' kata Yana
'' sabar sayang , jangan penat teruskan dan dapatkan ia.. ujian tu sebenarnya Allah mahukan kau lagi dekat dengan dia sebab Allah sangat rindukan kau sayang '' kataku sambil berpeluk redakan tangisannya
seolah aku dapat memahami apa yang tersimpul dalam dirinya
sayang.. percaya kataku
Kejayaan itu tidak datang dengan sendirinya.. Rasulullah S.A.W sendiri banyak melakukan pengorbanan demi kita , iaitu umat baginda.. Bukan hanya manusia bahkan seluruh penghuni langiT dan bumi sentiasa mengagumi Rasul utusan ALLAH S.W.T.. adakah kesusahan dan dugaan yang dilalui baginda mengendurkan semangatnya?
Tidak ! sedangkan kita hanya di hadapkan ujian sekecil cuma sudah mengalah.. Inikah manusia yang mengaku umat Muhammad.. Lemah dan tidak bermaya..
Terkadang kita selalu merasakan kepayahan itu adalah halangan untuk Berjaya.. Bahkan menganggap kejayaan tidak akan memihak kepada diri kita yang serba kekurangan.. Kita tidak pernah berusaha sebaliknya mengharapkan keajaiban Sang Pencipta membantu semuanya..
Bangkitlah.. jadilah daripada sebahagian umat yang akan dibanggakan Rasulullah di akhirat kelak.. InsyaAllah
‘’ Zun ajar aku untuk kuat ‘’ kata Aima
‘’ Untuk kuat memerlukan pertahanan diri sayang.. Jangan pandang SATU itu adalah rumit , beban dan sulit.. Cuba kita lihat mereka yang dalam perjuangan terutama perjuangan Fisabillillah itu bagaimana mereka hadapi? Lihat seperti sabar kan? Mereka tetap melangkah kan?
‘’ langkah itu pengorbanan.. ke mana – mana pun langkah itu.. nak ke kelas nak pulang ke rumah nak beri meow makan itu juga pengorbanan kan sayang?
Sebenarnya , setiap jiwa pasti akan diuji.. Bukan bermakna semua perlu menjadi pendakwah.. Setidak - tidaknya kita boleh menjadi pemimpin kepada diri sendiri.. Tinggal lagi , apakah kita mudah melupakan Allah ataupun tidak...
Buat Lelaki Masa Hadapan tidak ain lupakan Mengertilah sayang dan duhai hati bahawa sekiranya kita benar - benar menyerahkan seluruh kehidupan dan urusan kepada Allah , pasti tidak akan kecewa ALLAH ada untuk mendengar resah gelisah jiwa hambaNya.. Ketika ain redha di atas segala ketentuan ILAHI tidak dijangka ALLAH membuka banyak peluang dan rezeki.. Hablum MinaAllah Wa HablumminaNas.. Kita kembali pada Quran yang hakiki..
sungguh aku merindui kamu sejurusnya aku takut ianya akan menguasai.. Maka aku bermohon semoga Allah layarkan rinduku ini padamu.. Ku serah segalanya.. Al - Fatihah
No comments:
Post a Comment