Wednesday, May 22, 2013

Kasut Anak



Assalamualaikum buat insan yang sentiasa ingin mendekatkan diri pada yaMaha Yang Esa,



Apa khabar semua? 


Alhamdulillah dilimpah kebaikan yang kita sendiri tidak dapat sangkakan.. Bersyukur di atas pemberianMu Ya Allah..


Terasa menempuh jalan ini dengan penuh onak duri untuk sampai ke puncak..
ALLAH ! permudahkan urusan ku sesungguhnya Engkau menentukan.. Pimpinlah langkahku ini..


Sebenarnya ain nak beri tutorial..
Tutorial bagaimana nak buat kasut baby yang sangat lah ohsem..


Yang dah ada anak sendiri mesti akan rasa geram
geram nak pakaikan ke kaki anak sendiri..


 

CEMBURU !


doakan ain yer semoga dikurniakan cahaya mata.. InsyaAllah


Ok kita mulakan langkah

Baiklah .. mula-mula buat tapak kasutnya dahulu.. Bagi sesiapa yang tak pasti macamana nak buat tapak kasut boleh tgk di http://www.youtube.com/watch?v=e7TCpHbNPCs

 



Kemudian saya buat double crochet di sekeliling tapak kasut ini seperti gambar di bawah bermula dari bahagian tumit kasut. Buat dua round yer...


 

Selepas itu saya buat satu pusingan single crochet dengan warna yang berbeza, untuk kasut ini saya guna warna hitam.. Kalau tak nak buat step ni pun tak apa sebenarnya. Bila dah siap satu pusingan, matikan benang dan ambil benang lain untuk ke langkah seterusnya. ..


Untuk bahagian depan kasut, saya lipat dua tapak kasut itu untuk mencari titik tengah kasut .. Titik tengah kasut tu ada pada jari saya dalam gambar di bawah ini, kemudian saya kira 7 mata ke belakang dan saya sambung dengan benang yang lain.. 


Untuk gambar di bawah, saya ch2, double crochet ke mata sebelahnya, kemudian 2dctog pada dua mata berikutnya. Kalau tak faham apa itu 2dctog, boleh tengok di sini http://www.youtube.com/watch?v=mpkr5OeQbRE


Buat 2dctog sebanyak 9 kali. Hasilnya seperti gambar di bawah...


 Sekarang, langkah yang ini tricky sikit. Ch2, kemudian 9dctog. (9dctog ni sama je dengan 2dctog tadi cuma buat 9 kali sahaja)...



 Gambar di bawah selepas buat 9dc,


 


Gambar di bawah selepas 9dctog. Matikan benang.


Sekarang, ambil benang warna berlainan dan sambungkan di bahagian yang saya letak hook crochet tu...




Buat single crochet sehingga ke hujung yang sebelah lagi. Single crochet ulang alik sehingga 8 barisan single crochet. Matikan benang...



 'Lidah' kasut dah siap.



Dengan menggunakan 'main color', sambungkan benang ke bahagian seperti dalam gambar di bawah. Kemudian, buat ch2, dan dc sekeliling sehingga sampai ke bahagian sebelah lagi dan buat dc ulang alik sebanyak 4 barisan dc terhasil..




Untuk 'strap' nya, sambungkan benang dan buat ch12, sc ke ch yang ke sepuluh, dan sc pada semua ch yang berikutnya. Buat dua kali untuk membentuk dua strap. Kedudukan strap ni saya agak-agak sahaja. 



Untuk mencantikkan kasut, saya buat border dengan warna yang berbeza, sambungkan benang pada bahagian 'badan kasut' seperti yang saya tunjukkan di gambar di bawah dengan hook saya tu, dan sc di seluruh bahagian badan kasut dan strap kasut seperti gambar-gambar di bawah.. Matikan benang di point yang terakhir...


Single crochet mengelilingi bahagian strap kasut.



Akhir sekali, jahitkan dua butang ke kasut tadi dan siaplah kasut Boys two strap saya yang tak seberapa ni... Practice makes perfect .. hehe. 



So, inilah hasilnya.

Sekali lagi saya minta maaf sekiranya tutorial saya ni tak cukup untuk membantu kawan - kawan memahami cara nak buat booties ni... Susah sebenarnya nak terangkan dengan perkataan apa yang kita buat dengan jari kita .. huhu. InsyaAllah saya akan mengasah ilmu menulis tutorial / pattern crochet ni pada masa akan datang.

Till then, semoga hari-hari yang mendatang membawa kebahagiaan kepada anda semua.. Wassalam.

Happy Crocheting!



Love You 

No comments: