Malam tahjud yang terasa kian hati terlalu syahdu ditambah lagi dengan sejuknya angin ciptaan ILAHI..
subhanaAllah , untungnya jika kita dapat menghayati dengan hidupnya Qiamullail.. Itu kerana Tahjud diciptakan pada malam terakhir di mana semua orang dibuai mimpi lena kemudian kita dapat menghayati malam itu dengan ibadah . ALLAH ='(
SAYANG..
melakukan kebaikan KERANA ALLAH itu memerlukan pengorbanan
Dianugerahkan ALLAH dengan sifat kewanitaan penuh pesona kelembutan..
Dan kitalah hiasan duniawi itu..
Namun , bukan sedikit kanvas putih bersih itu terkoyak rabak dibadai ribut . Bukan mudah pula menidakkan fakta yang kita wanita sering kalah dgn ujian hidup.. Emosi kerap membenamkan kewarasan..
Lantas apakah yg diperlukan oleh seorang wanita agar berjaya mengekalkan pesona ini hingga nafas terakhir?
WANITA perlukan kedamaian hati , kelapangan perasaan dan keluasan ruang berbicara.. Dimiliki atau masih bersendiri , sekiranya tiga elemen ini berjaya disatukan dalam hati seorang wanita maka berbahagialah dirinya.. seterusnya mudah mencapai rahmat ALLAH dan kasih Nabi Muhammad SAW..
dimiliki atau bersendiri wanita itu tetap diuji..
Bukankah hidup di dunia ini adalah satu ujian Allah kepada makhluk ciptaanNya
Wanita manakah yang tidak ingin bahagia dan hidup menurut keyakinan ALLAH itu satu - satunya Tuhan dan Nabi Muhammad itu sebaik - baik insan pilihan ?
Lalu bagaimanakah caranya supaya akan terus kekal hidup bernafaskan kalimah syahadah? Memang bukan mudah.. namun akal yg diberi harus bijak dikemudi..
Walaupun kita dilahirkan atas nama perempuan tetapi ALLAH S.W.T telah mencipta kita dengan berbeza - beza sifat dan berbeza niat..
Ada perempuan yang sangat mencintai dunia dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai niat..
Ada perempuan yang sekadar ingin menumpang kasih dan berkongsi tempat mengadu di akhir sisa kehidupan..
Mungkin . Ada sebahagian perempuan yang tidak sanggup melihat perempuan lain dilukai malah mungkin juga ada perempuan yang memilih untuk hidup dan matinya kerana ALLAH S.W.T dan mencintai Rasulullah S.A.W..
inilah kehidupan !
Aneka interprestasi dan pelbagai corak lakaran kehidupan !
Jadi di manakah letaknya diri kita?
benar ,
menjadi isteri kepada seorang suami adalah impian setiap wanita
Apatah lagi , jika di anugerahi kebahagiaan dan kesetiaan yang berpanjangan
Bersabarlah ! Ajarlah hati dengan kesabaran dan sentiasa redha dengan pemberian ILAHI
hidup di dunia yang serba mencabar ini sangat menakutkan bagi hati yang tidak kuat.. Ada dalam kalangan kita sering berjumpa dengan orang yang salah
Apakah yang dimaksudkan dengan orang yang salah ?
Iaitu orang yang tidak sesuai dan tidak menepati cita rasa malahan mungkin juga mempunyai niat serong..
Inilah kelemahan manusia tidak mampu menilai hati seseorang baik atau sebaliknya..
Juga tidak mampu menapis dan memeriksa niat mereka
ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahuinya maka kepada - NYAlah yang seharusnya menjadi tempat bergantung..
Kepada-Nya jua lah kita bertanya , kepada - Nyalah kita menanti jawapannya
Dalam lembut , ALLAH S.W.T akan menjawab soalan kita.. Yakinlah sayang !..
bersama kita dalam ' USRAH SAKINAH '
Kini aku sedari , walau sebelum ini aku mampu kuat aku mampu lawan tapi tidak bermkana selamanya akan kuat. Itulah ujian kami sebagai perempuan. Goyah !
Kini juga , aku mahu mencari kekuatan itu supaya ianya kuat kembali..
Sesuatu yang harus aku cintai dan kini aku ketahui curahan cinta ini untuk siapa.. Setelah penuh liku dilalui yang menjanjikan kepalsuan
Aku sedari bahawa indahnya mencintai ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W.. mengenali Baginda dan perjuangannya melalui naskhah hakiki telah menerbitkan cinta aku kepada junjungan besar itu..
Betapa aku amat merindui Baginda..............
wahai hati , kuatlah
Semakin aku melangkah , semakin tersimpul soalan
mengapa kamu mencuit hati aku?
sedangkan aku sudah memberitahu pada kamu..
sedangkan kamu juga telah mengetahui bahawa hati aku tak kuat ..
sedangkan kamu telah mengiyakan yang kamu ingin pelihara hati aku supaya tidak ternoda..
sedangkan kamu memahami yang aku sedang membina pertahanan diri terutama hati aku..
Ya ! kamu mengetahuinya dan aku sudah menceritakan perihal itu
aku memahami jika itu adalah tindak tanduknya kerana aku faham kita tak kan lari dari fitrah yang telah Allah sediakan untuk hambaNya..
Terkadang fitrah itu kita sendiri yang menghiasinya..
sama ada dari dasar yang suci atau tidak
Dan kenapa kamu terlalu memilih kesempurnaan itu sedangkan kamu telah mencurah sebuah HARAPAN pada insan yang bernama WANITA sebelum aku?
kenapa kamu tidak laksanakan ia?
kita tidak dapat tahu hati orang lain
adakah hati wanita itu sakit , cemburu , terluka , biasa - biasa sahaja..
atau mungkin dia menyorokkan rasa yang ada pada hati dia..
TIDAK pada hati dan Ya pada luaran ,
YA pada hati dan TIDAK pada luaran..
bukankah Rasulullah mengajar kita untuk menghormati WANITA?
Aku faham kamu ingin mencari yang terbaik untuk suri kehidupan sepanjang hayat kamu..
Tidak salah untuk itu !
Tapi yang salahnya kamu memberi harapan walau harapan itu sebenarnya seolah - olah tidak nampak dengan mata kasar kita dan hakikatnya ianya adalah HARAPAN
kesian wanita itu..
Aku memahaminya..
Ya ! itu semua adalah jodoh.. Jodoh yang Allah telah suratkan untuk kita..
Tapi Allah telah mengajar kita bagaimana hukum syar'ie dalam melaksankan pencapaian jodoh itu..
sungguh pendekatan yang Allah ciptakan untuk kita telah membuka hati aku setelah sekian lama aku tidak membukanya
kamu seorang lelaki yang baik
kamu seorang lelaki yang menJAGA
kamu seorang lelaki yang mencari sinar agama
aku nampak itu..
Ya ! aku nampak setelah aku menilai yang ada pada diri kamu
aku ikhlas dan Allah telah mencuit hati aku untuk menerima dan menyayangi kamu seadanya..
Ya ! Aku Cintakan Kamu
sungguh besarnya kebesaran Allah itu..
sehingga boleh melembutkan hati aku yang keras ini pada RASA itu
kini, mungkin aku silap dalam mengertikan kamu seorang yang menJAGA
ternyata kamu juga pandai bermain kata
kata - kata yang penuh kemanisan itu
sehingga wanita itu mampu menguasai hatinya dengan sebuah kewujudan perasaan..
AIR itu tenang ! aku sukakan ia
Awak yang bernama lelaki itu...
Ikhlas lah dalam pencarianmu..
jangan sasarkan hati wanita dengan kuasa seorang lelaki
mampukah dibayar kembali penderitaan yang dihadiahkan kepada kita?
Wahai Si Manis Bidadari Sayang.. ingin aku berpesan
ujian di dunia ini hanya untuk menentukan siapakah kita di akhirat nanti . Jika kalian tabah dan redha dengan ujian.. Percayalah di dunia sana ada kebaikan yang kalian dapat yang sebegitu kalian pikul..
Maka , janganlah bersedih dan berputus asa..
Berbahagialah dgn kasih sayang ALLAH dan cinta rindu Rasulullah.. Ini sudah mencukupi...
No comments:
Post a Comment