Thursday, April 11, 2013

CINTA kamu IMAN



 Assalamualaikum kasih ..
Rasa macam dah lama sangat tak menulis kat blog ni.. Kalau menulis pun untuk majalah Solusi , majalah Gen - Q  , majalah Nikah Sakinah  dan untuk majalah al - Mawaddah baru- baru ini.. 

Boleh la beli kalau nak baca.
Sejak akhir-akhir ini tiada idea untuk menulis sebenarnya.. Membaca je banyak tapi menulisnya tak banyak   = . =

Entahlah. Mungkin terlalu sibuk dengan hal ehwal lain.. Sehingga tidak dapat bagi masa yang terbaik untuk berfikir dan beri perhatian kepada  penulisan.

Menulis ini perlukan masa yang betul-betul cukup. Tak boleh terlalu tergesa - gesa dan tidak boleh terlalu lama..

Kalau tergesa-gesa, nanti idea tidak keluar, kalau terlalu lama, nanti melalut pula. kan kan kan??

terlalu sibuk sebenarnya untuk melindungi diri .. Apakah?
Ya melindungi diri untuk tidak berkhayal, mengharap yang bukan - bukan
semoga Allah pelihara hati ini !!



Bila cerita pasal hati ni. semuanya pada kita sebenarnya. Bagaimana untuk kita kendalikan terutama IMAN..

Yer IMAN.. Iman adalah terlalu bernilai.
Nilainya adalah bukan dapat dibandingkan..

Kedudukan bukan suatu bayangan atau sekadar suatu khayalan. Bukan sekadar cakap kosong atau sekadar bincangan kerana putus asa..
Iman itu
Nilainya hanya layak dimiliki oleh para insan yang terdekat di sisiNya..

Hanya mereka yang layak dan tahu apakah ganjaran yang dimiliki oleh mereka.. Orang lain yang bukan dari kalangan mereka tidak mampu faham. Hanya tahu tetapi tidak terasa perlu kepadaNya..

Cakaplah sampai berbuih mulut atau sehingga kering gusi, tak akan mampu faham akan nilai iman ini tanpa taufik dan hidayah daripada Ilahi..


Hal ini kerana
Iman itu perkara yang ghaib. Tiada neraca untuk mengukur, tiada dacing untuk menimbang ia..

Ya ada, hanyalah manusia biasa yang beramal dengan apa yang telah dipandu oleh syariatNya..

Tambahan lagi,
 Iman itu adalah anugerah Allah. 
Syarat pertama untuk memiliki iman, kena mengucap kalimah syahadah. 
Kedua, barulah diberikan aungerah ini.
Bergantung kepada keinginan sendiri, dan kehendak Ilahi.

Balasannya,
Di akhirat nanti. Terlalu besar dan tinggi nikmatnya, langsung tak dapat dibayangkan oleh akal fikiran, pandangan mata, didengar telinga, dan cakap-cakap manusia..

Yang dicerita dalam al - Quran dan hadith nabawi, hanyalah apa yang tergambar di fikiran manusia berdasarkan apa yang telah dilihat mereka, hakikatnya
Bukanlah bayangan dan sekadar itu saja.

Mulalah dari rebungnya!
Mendidik iman
Mulakanlah dari langkah pertama. Dari tiada apa-apa atau ada segalanya,
Kesampingkan ia. Kerana iman langsung tidak berkehendak dan memandang kepada itu semua.
Didiklah iman itu di hati setiap manusia, terutama kepada saudara dan keluarga, kerana mereka orang yang terdekat dengan kita..

Didiklah iman itu bermula dari rebungnya, 
(bukan apabila telah keras atau melakukan kesalahan baru ingin bercerita.)

Walaupun iman itu didikan yang tanpa mengira usia dan kedudukan dunia, kenyataannya

Setiap sesuatu bermula dari asasnya.. kan?

Di kala dunia kelam menjadi cahaya,
Janganlah dilupakan Allah yang sentiasa memberi kehidupan, rezeki, dan memelihara
Dan telah menjadi saksi dan diakui ketika di alam roh sana.,


Jagalah Allah dan kalamullah
Pasti  Allah akan sentiasa bersama dan memelihara kita.. InsyaAllah

Sama - sama kita memelihara IMAN dan mencintainya



Ya Allah,
Pancarkanlah hati yang telah lahir ini dengan cahaya iman dan takwa. Menyebar peribadi yang soleh dan solehah, menjana minda yang sentiasa makrifah kepada-Mu ya Allah.
 

Notacinta : InsyaAllah sama - sama la kita pelihara iman kita ye Lelaki Masa Hadapan.. Boleh tak saya nak cakap yang saya merindui awak Lelaki Masa Hadapan walau saya masih tidak mengenali awak. Sebab saya masih belum nikah jadi saya masih tidak mengenali awak Wahai Lelaki Masa Hadapan.. InsyaAllah kita akan disatukan bila mana masa dan keadaan yang sesuai untuk kita.. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangNya,. Aamiin

Boleh tak saya nak panggil awak dengan panggilan abang ? hehe ( gatai )
Terima kasih :)

No comments: