Tuesday, July 17, 2012

Saya Rindukan Awak Wahai Lelaki Masa Hadapan # 5

Assalamualaikum Lelaki Masa Hadapan ='(


Awaaakk.. saya masih menantikan awak... Walaupun saya masih tidak tahu siapakah awak sebenarnya tapi saya percaya awak akan jemput saya juga Lelaki Masa Hadapan.. Saya tak mengharap awak ni seorang yang baik , kaya, kacak atau pun sebagainya.. Cukup la awak kasih pada Allah itu lebih memadai.. Biarlah tunjang dan tonggak cinta sebagai suami isteri berlandaskan ke arah-Nya... InsyaAllah awaaak...


Ya Allah... kuatkan hamba-Mu ini... ='(
Awaaak.. tolong lapkan air mata saya boleh?



Awaakk... bulan Ramadhan lagi berapa hari jam minit dan saat je lagi mulai hari ini.. semoga awak wahai Lelaki Masa Hadapan dapat mempersiapkan diri dan perbanyakkan amal ibadah.. InsyaAllah kita sama-sama akan beroleh syafaat dari-Nya... 




Doa banyak-banyak semoga kita sama-sama juga dapat melaksanakan bulan Ramadhan tahun ini dengan lebih baik dari bulan Ramadhan yang lalu.. Jika bulan Ramadhan yang lalu tak dapat melaksanakan malam Lailatul Qadar bulan Ramadhan ni awak lakukan la yer.. Hayati saat-saat malam terakhir dengan Qiamullail sepanjang bulan Ramadhan.. InsyaAllah..





Awaak Lelaki Masa Hadapan.. awak kene kuat tau... Kuat mengharungi kehidupan dengan onak dan duri dan La Tahzan kerana Jodoh... Kalau dulu awak pernah dikecewakan dengan kekasih hati awak.. awak jangan bersedih dan berputus asa dalam berdoa.. Doa lah dengan istiqamah supaya awak dipertemukan dengan sebenar-benar jodoh awak hingga ke syurga..


Sedangkan saya boleh kuat dengan tidak pernah bercinta yang setiap hari sunyi yang rindu inginkan rasa disayangi dan menyayangi oleh seseorang , apatah lagi awak mesti lagi better dari saya..


Dan InsyaAllah awak.. saya akan terima awak seadanya.. Alhamdulillah saya pegang dengan kata-kata ini untuk saya mengembara.. Dan awak juga pun boleh pegang dengan kata-lata ini.. Supaya kita sama-sama kuat...



Ketika budimu tidak dihargai janganlah kau bersedih,

Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketulusan hati.
Ketika usahamu dinilai insan lain tidak penting sama sekali,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar keikhlasan dalam diri.
Ketika hatimu terluka kekecewaan yang amat dalam,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang memaafkan.
Ketika kau sering dilanda resah dan kecewa ,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang kesungguhan..
Ketika kau merasa sepi dan sendiri melanda hatimu,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang ketenguhan.
Ketika kau harus membayar perbelanjaan yang sebenarnya tidak perlu kau tanggung,
Maka yakinlah disaat itu kau sedang belajar tentang bermurah hati..
Maka :
Tetaplah bersemangat
Tetaplah bersabar
Tetaplah tersenyum
Teruskan belajar
Kerana kita semua sedang menimba ilmu di Universiti Kehidupan
Ingat...
Tuhan menjadikanmu di tempat kamu sekarang, bukan kerana kebetulan.
Orang yang hebat tidak dihasilkan melalui :
Kemudahan
Kesenangan dan ketenangan
Melainkan mereka dibentuk melalui :
Kesukaran
Tentangan dan… air mata




Maka ketika engkau mengalami sesuatu yang sangat berat dan merasa ditinggalkan sendiri dalam hidup ini :
Angkatlah tangan dan berdoalah… tataplah masa depanmu… Dan ketahuilah…
Tuhan sedang mempersiapkanmu untuk menjadi…
Orang yang luar biasa untuk menjadi seorang…
PEMENANG SEGULUNG IJAZAH
PADA  UNIVERSITI KEHIDUPAN




Notacinta : Uhibbuka Fillah 

No comments: