Sunday, July 15, 2012

Mahkota Wanita


Alhamdulillah program yang julung kalinya diadakan selama 4 hari dan alhamdulillah juga program dapat berjalan dengan begitu baik sekali...
Semalam hari ahad 15 July 2012 kami warga siswi telah dihidangkan dengan program Medic Corner khusus untuk para wanita sendiri... Bila cerita pasal wanita mesti lah akan berkait dengan sakit puan kan iaitu mahkota bagi seorang wanita? 

Ain cerita ini hanya sekadar untuk ilmu bersama.. InsyaAllah.. ''Sharing is Caring" Bukan hanya untuk kepentingan perempuan sahaja tetapi lelaki juga wajib untuk ambil tahu.. Kenapa? sebab lelaki akan benikah dengan wanita.. Bukan dengan lelaki kan? 

Memang bukan bidang Ain tetapi kadang-kadang bila ada kesempatan waktu yang terluang Ain akan sibukkan diri dengan membaca kat library tak pun search kat Mr.Google je... Antaranya Ain akan baca artikel mengenai kesihatan spesificnya  mengenai tentang perempuan..  

Dulu memang cita-cita Ain nak jadi seorang doktor tapi bila usia Ain 15 tahun lepas menduduki PMR tiba-tiba Ain minat aliran kira-kira dan Ain ambil keputusan untuk ambil aliran akaun.. Kenkonon nak jadi akauntan bila dah kerja nanti .. Huhuhu
Tapi yang lawaknya bila habis SPM je Ain isi kos nursing time orang duk sibuk-sibuk isi borang UPU.. Borang sana dan sini semuanya Ain isi bidang nursing... Ya Allah minat sangat-sangat nak jadi nurse tau...
Tunggu punya tunggu tawaran , dah mengharap gila dah ni harap-harap dapat la tawaran nurse tapi satu pun tak dapat.. "SEDIH"

Mungkin tak dapat sebab dulu time SPM bukan aliran Sains Tulen.. Mungkin itu la namanya jodoh kan? Jodoh hambaNya pada kerjaya..
Sebab keluarga memang tak bagi Ain kerja nurse.. 
Embah (DATUK) cakap "orak payah la jadi nurse, seksi tudung masuk dalam''
Ayah cakap '' sian nanti suami Ain tinggal sorang malam-malam kalau kerja shift malam"
Mak cakap "kakak nak jadi nurse? Sanggup ke nanti kene pegang itu dan ini .. Laa dah pemalu''
Dan majoritinya semuanya nak takut-takutkan Ain time tu.... ='(

Kalau boleh jadi pengajar.. Hmmm mula-mula tu memang tak minat bidang cikgu ni sebab keluarga majoritinya warga pendidik senang cerita ramai yang jadi ustazah dan ustaz...
Konon-konon nak bagi  WORLD sikit lain dari yang lain tapi....... huhuu... Kuasa Allah.. Dan Alhamdulillah sekarang masih menuntut dalam bidang perguruan InsyaAllah akan jadi seorang pendidik yang berkonsepkan 6M kelak..

Back the topic..
sambil Ain mengkaji dan meneliti pandangan orang ramai terhadap pentingnya kaum wanita menjaga dan memelihara mahkota yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada hambanya.. Kebanyakan kaum wanita masih lagi tidak menyedari betapa pentingnya mereka perlu menjaga rapi anugerah Allah kepada suami tercinta terutamanya..

Memang tak dapat dinafikan bahawa memakai tuala wanita yang sedia ada di pasaran tidak ada bezanya, tetapi bahaya yang tidak kita sedari adalah apabila umur telah mencecah 40’an. Jika difikirkan dari segi logik, semenjak umur 12 tahun, seorang perempuan itu telah didatangi haid dan semenjak itulah mereka memakai tuala wanita berkualiti rendah yang mana mengandungi bahan kimia yang merbahaya, potensi untuk mereka didatangi kanser adalah tinggi..

 Bermula dari umur 12 tahun sehingga mencecah umur 44 tahun (tempoh seorang wanita mencapai tahap MENOPOUS) dan sepanjang waktu ini, seseorang wanita memakai tuala wanita berkualiti rendah, bermakna potensi mereka terkena penyakit kronik amat tinggi. BARAH PAYU DARA, FIBROID, SIST OVARI, BARAH RAHIM adalah satu bentuk penyakit yang paling ditakuti oleh kaum wanita..

 Penyakit-penyakit ini menyerang organ penting kaum wanita seperti payu dara dan rahim yang mana kedua-dua organ ini adalah nyawa kedua bagi semua wanita.. Tetapi kesedaran sebegini jarang ada di dalam diri wanita zaman moden ini kerana mereka sibuk dengan kerja dan kerjaya masing-masing..

Zaman ibu dan nenek moyang kita dulu, penjagaan kesihatan mereka dijaga amat rapi seolah-olah menjaga sebutir intan permata.. Zaman dahulu, tidak ada tuala wanita seperti yang ada sekarang. Mereka menggunakan perca kain, tuala kecil dan kain batik sebagai alat untuk menyerap darah kotor. 
Dan alhamdulillah Ain menggunakan tradisi nenek ain dan tiada seorang pun dalam ahli keluarga perempuan Ain yang pakai tuala wanita yang banyak kat pasaran sekarang ni.. Nenek marah kalau kami semua ahli keluarga (perempuan) pakai tuala wanita kat pasaran sekarang sebab terlalu banyak kandungan bahaya di situ..

Jadi memang patut kalau orang zaman dulu boleh hidup lama sehingga mencecah umur 100 tahun cara mereka menjaga kesihatan diri amat rapi.. Kalau dalam pantang selepas melahirkan anak, berpantang 40 hari tu amat dimabil berat waktu zaman dulu.. Banyak makanan terpaksa dikawal penambilannya kerana takut akan menjejaskan kesihatan diri seperti bentan, sakit meroyan dan sebagainya..

Zaman sekaran ni, kita mengambil ringan perkara-perkara seperti ini.. Antara sebab utamanya adalah tiada masa kerana sibuk dengan kerjaya dan tugas masing-masing.. Pengetahuan yang cetek tentang ilmu-ilmu penjagaan kesihatan juga merupakan faktor-faktor lain yang menyumbang kepada isu ini. 

Jadi, kaum wanita mengambil jalan mudah dengan menggunakan tuala wanita yang berkualiti rendah yang diketahui mengandungi dioksin yang merbahaya kepada manusia.. Dioksin ini adalah pembunuh dalam diam. Sedikit demi sedikit ia akan menyerang organ-organ penting wanita secara senyap. 

Tambahan pula tuala wanita ini dipakai pada permukaan mahkota wanita itu sendiri. .Dioksin ini akan meresap masuk ke dalam salur peranakan wanita sedikit demi sedikit dan menyerang sistem peranakan wanita. Sekiranya pemakaian tuala wanita berkualiti rendah ini berulang misalnya pemakaian pantiliner setiap hari, bermakna setiap hari, kuantiti dioksin yang diserap oleh kulit pada permukaan kemaluan wanita bertambah. Jadi tidak hairanlah kalau di dalam akhbar hari ini, ada berita tentang remaja berumur 21 tahun buat pembedahan buang keseluruhan rahim disebabkan ada kanser atau sist ovari.
Tuala wanita berkualiti tinggi adalah dari jenis 100 kapas yang mana buat masa sekarang hanya terdapt di hospital-hospital tertentu sahaja.. 
Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “Sekiranya kamu atau isteri kamu atau anak perempuan kamu didatangi Haid, carilah kapas kerana ialah pengubatnya ''
Dan kain itu adalah dihasilkan daripada kapas itu lah sebab orang zaman dahulu sihat dan subur sebab mereka memakai kain apabila datang haid..
Notacinta : kalau nak cantik-cantik dan sihat-sihat luaran kene juga cantik dan sihat dalaman juga.. contohnya berzikir, selawat, tak tinggalkan solat, bersedekah.. InsyaAllah...

No comments: