Hidup ini penuh dengan cabaran sebenarnya.. Ada cabaran berbentuk kesukaran. Ada
cabaran berbentuk kesenangan. Semuanya adalah susah sebenarnya... :(
Kerana
cabaran itu datang dalam bentuk yang menipu daya.. Apatah lagi kita hidup
dalam kalangan manusia, yang penuh dengan persepsi masing-masing.
Mempunyai hati masing-masing...
Kadangkala pandangan yang berbeza
membuatkan mereka tidak bersama kita dalam membantu untuk mengeluarkan
diri dari cabaran-cabaran ini... Bahkan, ada yang menolak kita untuk
jatuh.
Hidup ini penuh dengan cabaran, dan ramai mengharap bahawa orang lain
akan merasa kasihan. ..
Tetapi sesungguhnya tiada yang merasa belas kepada
diri kita, tiada yang benar-benar mampu membantu diri kita, melainkan
Allah SWT dan diri sendiri sebenarnya kerana itu ramai yang berfikiran pendek, sekadar mahu menghentikan kehidupan.
Dan kematian bukan penyelesaian apatah lagi tangisan.. Bunuh diri dan menghentikan kehidupan
bukanlah penyelesaian.. Kerana harga hidup itu adalah pada yang berani
maju ke hadapan..
Matahari akan tetap terus terbit dan terbenam, hujan
akan tetap terus turun dan berhenti, manusia lain akan tetap terus
berjalan menuju mati, walaupun selepas kita tiada nanti.. Cabaran akan
mentertawakan kita, kerana lemahnya kita hingga memilih untuk mati..
jika kematian pun bukan penyelesaian,
maka apatah lagi tangisan.. Menangis hanya kelegaan yang sebentar.. Jika
terlalu dipanjangkan, akan melembikkan..
Menangis bukan jalan keluar,
tetapi hanyalah tempat rehat untuk mengaut kekuatan. Kerana itu jangan
sampai dilemahkan tangisan.. Cukuplah sebentar cuma, menyelesaikan
cabaran adalah dengan menghadapinya.
Hidup ini penuh dengan cabaran, pahit dan perit. Pedih dan sakit.
.. Kadangkala telah selesai cabaran itu, datang pula cabaran yang ini...
Telah habis cabaran yang lalu, datang pula cabaran yang kini hingga
kadangkala kita bertanya, di manakah bahagia di dalam dunia ini?
meluaskan pandangan terhadap kehidupan dan hidup ini penuh dengan cabaran, dan yang menciptakan dunia ini adalah
Allah SWT. .Dan tiadalah Allah SWT itu zalim. Tidaklah juga Dia itu buta
dan tuli... Dia melihat dan mendengar.. Sentiasa memerhatikan
hamba-hambaNya yang bangun menghadapi cabaran.. Bahkan cabaran itu
sendiri adalah ciptaanNya. .. Hamba-hamba yang memahami akan menyedari maka hanya kepada Allahlah kekuatan dicari..
Hidup ini penuh dengan cabaran, dan hidup akan terus berjalan... Memang
hidup penuh dengan cabaran, tetapi bukan semua perkara di dalam
kehidupan adalah kepahitan.. Wujud di celah-celah cabaran itu
kebahagiaan, kemanisan, keindahan...
Insan yang meluaskan pandangan akan
lebih menghargai kebahagiaan, kemanisan dan keindahan ini. Dia akan
menjadikan itu semua seakan-akan lebih besar dari cabarannya, dia akan
menghargainya dan mencintainya, sebagai bekalan untuk berhadapan dengan
cabaran-cabarannya...
Hidup ini penuh dengan cabaran, tetapi itu bukanlah alasan untuk
kelemahan. .. Tiada Rasul yang tidak dicabar dengan cabaran yang berat..
Hatta Sulaiman AS yang terlalu kaya pun, ada cabarannya yang tersendiri.
Hatta Adam AS, Bapa Manusia, Penghuni Syurga, pun punya cabarannya.
Hatta Rasulullah SAW, Kekasih Allah SWT, pun hidup dengan berenang dalam
lautan cabaran pada kehidupannya.
Harapan kita hanyalah Allah SWT tiadalah kekuatan selain kekuatanNya..
Tiadalah kasih sayang melainkan kasih dan sayangNya. Tiadalah kemenangan
melainkan yang diberikan olehNya. Maka untuk menghadapi cabaran-cabaran
ini, hubungan denganNya perlu dipertingkatkan... Dengan itu, diri akan
menjadi lebih gagah dan perkara.
Hidup ini penuh dengan cabaran, tetapi manusia hakikatnya mampu untuk
terus ke hadapan. Ketika Rasulullah SAW dan Abu Bakr RA tersekat di Gua
Thur, dan di muka gua datang Kaum Quraisy ingin mendapatkan mereka,
apakah Rasulullah SAW bergantung kepada Abu Bakr untuk menyelamatkan
mereka? Sesekali tidak. Tetapi apakah sabda baginda?
“Wahai Abu Bakr, apakah pandangan engkau, sekiranya kita berdua, dan yang ketiganya adalah Allah?”
Hingga Allah SWT merakamkan peristiwa ini di dalam firmanNya:
“Kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka
sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, iaitu ketika kaum kafir (di
Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang
dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di dalam gua, ketika ia
berkata kepada sahabatnya: Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya
Allah bersama kita. Maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram
kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya dengan bantuan tentera
(malaikat) yang kamu tidak melihatnya. Dan Allah menjadikan seruan
(syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah dengan sehina-hinanya), dan
Kalimah Allah (Islam) ialah yang tertinggi (selama-lamanya), kerana
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah At-Taubah ayat 40.
No comments:
Post a Comment