Saturday, July 14, 2012

kesabaran menghalang kita dari tersungkur



Ikatan kasih sayang seorang suami isteri diikat dengan tali Allah, dengan akidah yang satu, berTuhankan Allah Yang Maha Esa, kalimah syahadah bersemi di hati, mengadap kiblat yang sama.. :) walaupun saujana di mata namun di hati hanyalah seinci…
 

Saya tidak memerlukan seseorang suami yang sempurna untuk dijadikan suami atau sahabat, memadailah seorang yang membuatkan saya berasa sempurna apabila mengenalinya.. Semoga seorang suami dapat menyempurnakan dan menyerikan hari-hari yang dilalui bersama.. Moga ikatan hati sentiasa dibajai dengan cinta Ilahi… amin.. insyaAllah ~

 

"cukuplah bila aku merasa mulia kerana Engkau sebagai Tuhan bagiku dan cukuplah bila aku bangga bahawa aku menjadi hamba bagiMu. Engkau bagiku sebagaimana yang aku cintai, maka berilah aku taufik sebagaimana yang Engkau cintai" 
(Saiyidina Umar Al Khattab)

 

Tiada yang lebih manis dari mengenangkan bahawa segala yang terjadi adalah peraturan dari Allah.. pasti ada jalan keluarnya dalam kekusutan itu, pasti ada hikmahnya dalam apa yg tersimpul itu.. cuma kesabaran dalam menantikan apa yg tidak pasti seringkali membuat kita tersungkur, tambahan terpukul dengan debu-debu dosa dunia....




 Ya Allah, sambutlah tanganku ini, pimpinlah ke arah redhaMu dalam apa jua yang kulakukan, ku mencari suatu rahsia dalam mendidik sebuah keikhlasan agar ianya kekal bertapak di hati ini..
 

Ya Allah, kurniakanlah sebuah ketenangan dan kebahagiaan kepada ku yang segenap ini mendaki langit kehidupan.. terkadang tersungkur menilai kaca dan permata, membezakan keperluan dan kehendak, berilah ku hidayahMu, temanilah akal ku dalam membuat pertimbangan, pandulah hati ku dalam mencapai pengetahuan yang sebenar tentangMu..sekian lama aku mencari punca cahayaMu, dekatkanlah aku kepada cahayaMu, terangilah jalan kami dengan petunjukMu.. Ya Allah, Kaulah sebaik-baik penolong maka tolonglah ku ini..


 
Sekian lama ku mencari dan ku jejaki,
rahsia sebuah keikhlasan,
rahsia sabar yang indah,
rahsia ketaqwaan,
rahsia menyalakan zikir,
rahsia sebuah kesyukuran,
rahsia redhanya pada takdirMu,
rahsia senyuman yang menggembirakan…
Ya Allah, tabahkanlah hati ini pada jalanMu ..
moga insan-insan lain juga merasai kemanisan dan kenikmatan ini..


No comments: