Saturday, July 14, 2012

Saya Rindukan Awak Wahai Lelaki Masa Hadapan # 4








Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan

dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan

tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan

biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


Notacinta :  Saya tidak tahu siapakah awak wahai Lelaki Masa Hadapan.. Serius saya masih tergapai-gapai... InsyaAllah dan saya percaya awak akan datang menjemput saya juga.. Dan saya tetap akan setia menantikan awak... Doa sentiasa saya panjatkan... Semoga jodoh dipermudahkan Kerana Allah.. Amin...

No comments: