Thursday, July 12, 2012

Saya Rindukan Awak Wahai Lelaki Masa Hadapan # 3

Assalamualaikum Lelaki Masa Hadapan... Salam Hari Jumaat.. Hari sebaik-baik hari dan hari jumaat juga lah Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga , berlakunya hari kiamat, penghulu segala hari, makbulnya doa di antara dua khutbah dan pelbagai lgi InsyaAllah..



awak pernah dengar lagu Impian Kasih tak? Best sangat-sangat lagu tu tau awak.. Bila awak ada masa awak dengar la lagu tu.. Itu jika awak sudi lah..
Ni lirik lagunya tapi saya ada ubah suai sikit.. hehe.. Lagu ni ditujukan untuk seorang perempuan sebenarnya tapi saya nak tujukan lagu ni untuk awak.. 

Boleh kan wahai Lelaki Masa Hadapan? 
Siapakah awak sebenarnya Lelaki Masa Hadapan? ='(



Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya

Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.


Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin dirimu
Menjadi permaisuri hatimu
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami



Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga


Hanya itu yang ku inginkan
untuk dirimu yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu



Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih




Awaakk.. Saya nak menangis la dengar lagu ni.. Nanti kita karoke sama-sama kat rumah ea.. Saya tak pernah pergi karoke tau awak... Misi dan visi saya, saya nak menyanyi bersama-sama dengan awak wahai Azwaji (suami saya)..



Walaupun saya geram dan suka microfon tapi saya tak nak gunakan microfon tu untuk saya menyanyi.. lagipun suara saya bukan sedap pun... Entah-entah awak tak nak dengar...



Awak nak tahu tak? Saya pantang dapat microfon tau... Kalau saya dah dapat microfon kan saya tak nak lepaskan.. hahaha... Mak saya cakap kan masa saya kecil-kecil dulu pagi petang siang malam saya asyik bercakap guna microfon je.. Nak gerak orang bangun tidur pun guna microfon..
Hehe.. nakal saya ni... ( ^ _ ^ )



Awaak.. awak pernah bercinta tak? Orang cakap bercinta tu best, menarik... Bestnya la kan... Saya tak pernah bercinta jadi saya tak pernah merasai perasaan tu.. tapi kadang-kadang tu saya nak puaskan hati saya untuk merasai perasaan manis tu saya luahkan dengan hasil karya sama ada carpen atau novel... 


Bila saya menaip dapatlah sikit-sikit merasai perasaan indah tu.. 'CINTA'


Ok la tu kan? Imaginasi di dalam hasil karya... Hehehe... Saya nak dambakan cinta saya hanya pada awak wahai Azwaji.. InsyaAllah Lillahi'Taala...



Awak.. Saya ada sikit nak cerita dan nak bagitahu kat awak ni..


Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu..


Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya.

Apa alasan Allah sebenarnya?


Inilah janji Allah : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu..


Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu.. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang kuat..


Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna kerana engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu..




Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita.”

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. ( Al-Baqarah: 216)




Notacinta : InsyaAllah yer awaak.. Suatu hari Allah akan temukan kita jadi awak kene berdoa bersungguh-sungguh supaya awak cepat-cepat akan muncul dalam hidup saya.. heheh.. Sebenarnya saya tak sabar nak mengenali awak nak tahu awak siapa wahai Lelaki Masa Hadapan...

No comments: