Thursday, July 12, 2012

Allah lebih menyayangi kita ..


Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar...

Suatu petang, Ain sedang merehatkan minda kesempatan ini Ain ambil untuk ziarah sahabat facebook Ain sambil menulis artikel di blog kesayang Ain ini, sungguh tenang hati dengan melihat keindahan alam ciptaan Tuhan, terdetik hatiku : "SubhanaAllah, Allah S.W.T Tuhan Yang Maha Kuasa, Tuhan Yang Maha Bijaksana, bijaknya Allah, kuasanya Allah dapat mencipta semua ini, subhanallah"

"Assalammualaikum...." tiba-tiba chat msg facebook berbunyi..

Ain menjawab salam, "waalaikummusalam warahmatullahi wabarakatuh".. Ain tersenyum (#^_^) apabila mengenali si pemberi salam itu, dia adalah sahabatku..

dan memulakan bicaranya, "bolehkah aku bertanya?"

Ain tersenyum,(#^_^) "silakan ko nak tanya apa?"

Dia terdiam seketika, kemudian baru memulakan menaip msg, "Semasa usia muda, aku ni sangat-sangat jahat.. orang kata, kalau nak insaf pun, bertaubat ke, cukup ke setakat itu"

Ain tersenyum, (#^_^)"Jadi..kamu nak buat apa selain daripada taubat ya Ukhuty?"


Dia terdiam seketika buat kali kedua, "Macam mana kalau aku ni minum arak, mencuri, hisap dadah, berzina dengan ramai lelaki, dan aku juga pernah menggugurkan kandunganku, perlukan aku meminta maaf?"

Ain  tersenyum (#^_^) "Pertamanya, siapakah diri kamu"



Dia kehairanan dengan soalan Ain itu, dia terdiam agak lama berbanding tadi, "apa makna siapa diri aku?"

Ain tersenyum, (#^_^) dan menjawab "Kau adalah hamba Allah S.W.T.. yang mencipta kau adalah Allah S.W.T.. tugas kita di alam dunia adalah beramal ibadah kepada Allah, itu aje.. tak ada kerja lain..  Kalau kita buat kesalahan, membunuh dan sebagainya.. maka pohonlah pada Allah.. andai ia berkait dengan manusia seperti mencuri, kalau kita tegur dia, kita minta maaf padanya, dan dia menerimanya dengan baik, alhamdulillah.."

"dan kalau dia tidak terima dan menyebabkan hal itu bertambah rumit, bertambah kebencian, maka janganlah tegur dia buat seketika yakni jangan menceritakan kesalahan kita padanya.. mohonlah ampun pada Allah S.W.T.."

"Cukup ke sekadar mohon ampun sahaja? "Dia bertanya...

Ain tersenyum (#^_^).. Allah Tuhan Yang Maha Mengetahui.. soal keampunan kita, di terima atau tidak, cukup atau tidak.. itu bukan kerja kita, tetapi kerja Allah, hak Allah S.W.T..


seperti amal ibadah, kita solat, apakah kita akan dapat pahala?  atau tidak, kita tidak tahu apakah dapat pahala atau tidak.. kerana bukan kita yang menentukannya, tetapi Allah.. yang kita kena tahu, siapa kita.. kita adalah hamba Allah.. maka tugas kita adalah berusaha menjadi muslimah yang beriman kepada Allah, itu aje.. simple sayangg"

Dia kelihatan mampu tersenyum, (^_^) "Terima kasih sahabat, aku akan usaha.. sebab apa yang aku buat dulu adalah tidak bermoral langsung.. astaghfirullah"


Ain  tersenyum (#^_^), "alhamdulillah.. cuba buka kisah para sahabat Sayyiduna Rasulullah S.A.W..kalau kamu katakan kamu teruk, para sahabat sebelum mereka memeluk Islam, mereka lagi teruk, membunuh, minum arak, berzina, rogol, dan seumpamanya.. tetapi mereka bertaubat kepada Allah, mereka kembali kepada Allah..alhamdulillah.."

"Kemudian, Allah mengangkat darjat mereka menjadi mulia dan tergolongan dalam golongan yang bertaqwa kepada Allah.. dan kita juga boleh begitu, insya Allah..mohonlah ampun pada Allah.. Allah Tuhan Yang Maha Pengampun"



Dia kelihatan masih muram, dan berkata, "syukurlah, aku risau tentang diri sendiri..hmmm"


Ain  tersenyum,(#^_^) 
"Kita ingat kembali kisah jahat kita, kisah jahil kita..ia sebagai panduan kepada kita agar jangan buat lagi..lihat bagaimana Sayyidina Umar sentiasa menangis..kenapa dia menangis? dia menangis kerana mengenangkan kisah sebelum dia memeluk Islam, dia telah membunuh anak perempuannya.. tetapi dia tidak jadikan itu sebagai alasan untuk tidak boleh berusaha memohon ampun kepada Allah..tetapi dia jadikan hal itu sebagai panduan, sebagai usaha untuk lebih mendekati Allah.. dan kau juga boleh..insya Allah..amin"

Kelihatannya, dia semakin tenang, "amin"

Ain tersenyum,(#^_^) "Alhamdulillah.. Allah telah memuliakan mu ya Ukhti..

Kita lihat diluar sana, masih ramai yang tidak sedar untuk kembali beriman kepada Allah..masih minum arak, masih berzina, membunuh, buang anak masih membuka aurat dan seumpamanya..tetapi kau, Allah kurniakan hati yang dapat melihat semua itu dan sedar semua itu adalah salah, maka kau hendak bertaubat.. maka Allah telah memuliakanmu dan yang pastinya  Allah sayangkan kau.. maka hargailah kasih sayang Allah itu kepada kau"



Dia tersenyum, (^_^)"terima kasih di atas nasihat kau"


Ain  tersenyum,(#^_^) 
"alhamdulillah, segala nasihat, dan kata itu, bukan milikk aku, bukan dariku.. tetapi adalah milik Allah.. Allah pinjamkan ia kepadaku.. pada diriku, tiada apa-apa pun, semuanya adalah milik Allah.. maka ucaplah kesyukuran dan thanks to Allah.."

Dia tersenyum lebar.. (^_____^)



Lalu Ain menjawap "alhamdulillah, semoga Allah sentiasa bersamamu dengan Iman dan Islam.. Allah sayangkanmu, melebihi sayang aku kepadamu"..



(#^_^) Subhanallah, alhamdulillah, Allahuakbar..

Notacinta : Allah Tuhan Yang Maha Pengampun.. Jadi jangan pernah malu dengan khilaf masa lalu.. Beristighfarlah semoga Allah mengampunkan segala dosa lalu kita.. InsyaAllah..

No comments: