Thursday, July 19, 2012

Kekuasaan Ilmu Allah

Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah kerana di beri inayahNya... Cehh dah macam cakap kat mic pulak dah...


InsyaAllah.. Sama-sama kita mensyukuri nikmat kebesaran-Nya dan Kasih-Nya... Bila kita bersyukur tanda kita mengingati Allah dan menghargai segala pemberian-Nya..






Pernah terfikir tak ilmu itu penting? Mesti la pernah kan? Kalau tak ada ilmu kita seperti terkapai-kapai macam mana bila kita lemas dalam air...




Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Mencari ilmu adalah fardhu bagi setiap orang Islam." - Sahih - Ibnu Majah 



Di dalam al-Quran ilmu dapat dimaksudkan dengan pelbagai makna, tetapi di sini cukuplah dengan  pengertian ilmu itu dalam Bahasa Melayu sahaja.. Ilmu menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bererti ;
  1. Pengetahuan dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain.
  2. Kajian dalam sesuatu perkara.
  3. Hadirnya makna dalam diri seseorang..

Dari segi pemahaman yang mudah, ilmu bermaksud suatu pengetahuan yang merangkumi pengetahuan yang diperolehi melalui belajar atau proses dan aktiviti pembelajaran seperti pemerhatian, kajian, eksperimen dan sebagainya serta boleh juga diperolehi melalui pengalaman..

Ilmu juga merangkumi pengetahuan mengenai perkara yang berasaskan kebenaran, kebatilan, keraguan (bimbang atau bingung) dan syak (was-was).


Selain dari itu, ilmu juga berbentuk umum yang meliputi pengetahuan mengenai hal-hal keduniaan dan akhirat, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah...

Kadang-kadang seronok juga tau bila kita kaji ilmu-ilmu Allah yang pelbagai.. Kita menuntut dalam bidang agama tapi kita banyak membaca tentang ilmu-ilmu lain.. Isu semasa, sains, geografi, medik, memasak, menjahit, berniaga, nenek moyang punya adat dan sebagainya.. SubhanaAllah ilmu Allah sangat luas...

Sesungguhnya masih banyak lagi ilmu yang perlu saya pelajari, terutama ilmu yang berkaitan dengan ilmu Al-Qur'an dan hadith. Walaupun Al-Qur'an sering kita baca berulang-ulang kali, tetapi ilmu disebaliknya teramat luas, masih banyak lagi yang belum kita dalami dan selidiki... Belum termasuk lagi hadith-hadith Nabi yang mengandungi ilmu yang begitu banyak... Walaupun tidak sekaligus, saya akan terus cuba memperbaharui ilmu yang sedia ada... hingga ke akhir hayat. Moga Allah sentiasa memberkati diri ini. .
Dan kadang-kadang benda yang remeh juga kita kena tahu.. Tahu dan praktikkan...

Dan bila kita ada ilmu InsyaAllah kita dapat puaskan hati orang ramai.. Lagi-lagi bila mereka dalam keraguan dan kita dapat menjawabnya dengan baik dan sahih seperti :

''Zun, kenapa kau pakai selipar setiap kali nak solat? Lantai bilik kita ni bukan kotor pon?''

Saya menjawab "memang la tak kotor sayang tapi tak yakin sama ada lantai ini suci atau tidak.. Lebih baik kita pakai selipar.. Nak solat kan banyak benda yang kene pelihara.."

"Habis tu selama ni aku tak pakai pon.. Sah ke solat kita?"
Saya menjawab " InsyaAllah sah sayang.. Semua tu Allah yang menilainya... Kita perbaiki la jadi yang terbaik untuk tiang agama kita ni"

dan

"Kenapa tak boleh tidur meniarap"
Saya menjawab "Kenapa? Sebab pakar perubatan telah mendedahkan bahawa tidur meniarap ini akan memudaratkan kesihatan dan bakal mengundang banyak penyakit.. Contohnya kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas.. Dan lagi satu boleh menyebabkan mandul.. Sayangi lah organ untuk generasi kita..

''Lagi?? "

Saya menjawab "Lagi adalah sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)"

InsyaAllah sama-sama kita kongsi ilmu yang ada.. Sharing is caring..

Zaman sekarang ni orang yang berilmu sentiasa akan dijemput ke sana dan sini.. 
Contoh abi angkat tersayang
..

Kenal beliau kan? Dr Dato' Fadzilah Kamsah.. Yer ini adalah keluarga angkat.. InsyaAllah semoga ukhwah ini berkekalan hingga ke syurga.. Sayang ummi dan abi..

Ya Allah ilmu beliau sangat banyak.. Ada satu hari tu beliau pernah cakap kat saya betapa pentingnya ilmu dan keyakinan tu.. Orang sanggup bayar kita berapa2 jumlah dengan ilmu kita.. 

Itu adalah rezeki masing-masing kan? InsyaAllah semuanya Kerana Allah.. Berbakti untuk semua orang InsyaAllah Allah akan mudahkan segala urusan kita..

Dan lagi satu kenapa kita kene belajar ilmu TAJWID? Sebab tanpa hukum Tajwid adalah BERDOSA.. Para ulama menyatakan hukum pelajari tajwid adalah fardhu kifayah tapi mengamalkan tajwid masa baca al-Quran adalah fardhu ain atau wajib kepada lelaki dan perempuan yang mukallaf atau dewasa..

Bila kita ada anak nanti mudah la kita nak mendidik dan mengajar anak-anak kita mengaji.. InsyaAllah... Mudah-mudahan dikurniakan zuriat dan keturunan yang soleh dan solehah..

Mesti bila ada anak nanti macam-macam bentuk soalan mereka akan tanya kan? Tak kan la kita nak biarkan soalan itu tanpa jawapan.. Kesian mereka terkapai-kapai menantikan jawapan... Dan di situ jugalah ilmu itu penting dalam didikan...

Kadang-kadang tak semua orang akan rajin buka buku kan? Tapi lebih rajin melayari internet kan? Tak mengapa.. Di internet juga ilmu.. Semuanya di hujung jari.. Search je kat Mr.Google..

Bila kita telah menguasai ilmu dengan baik hasilkan la ilmu itu untuk orang lain.. Berkongsi amat dituntut dan boleh mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.. InsyaAllah ukhwah fillah...




Rasa takut diri ini bila memikirkan jawapan yang akan diberikan kepada Allah jika ditanya kelak.. Sesungguhnya saya memohon ampun dariMu Ya Allah terhadap niat-niat yang tidak sepatutnya ada di dalam hati ini dalam menuntut ilmu ini Ya Allah... Ya Allah, lindungilah diri ini dari berniat sesuatu yang bukan kerana Mu... Sesungguhnya keredhaan dariMu adalah Yang Paling UTAMA yang diri ini dambakan... Amin

Notacinta : Jom kita memeriahkan masjid dari awal Ramadhan hingga akhir Ramadhan dengan beribadah.. InsyaAllah.. Tak sabar nak rayaaaaaa nak dapat duit raya...

No comments: