Thursday, July 19, 2012

Jika undur diri itu adalah terbaik

Sememangnya rasa tiada semangat hendak menulis blog ini.. Kerja semakin menimbun... masa semakin suntuk.. Dan kadang-kadang sakit dengan perasaan.. Tetapi sinaran cahaya di dalam kegelapan ini masih lagi kelam.. Kadang-kadang terang tapi jauh, kadang-kadang samar-samar dan kadang-kadang boleh jadi malap. .


Segelintir orang yang telah berjaya di dalam hidup membayangkan sewaktu mereka merancang , mereka umpama berada di dalam sebuah terowong yang gelap dan panjang.. Boleh jadi terjatuh, luka, langgar dinding dan lain-lain, sebab tidak nampak jalannya.. Bayangkan sahaja kalau kita berjalan ditempat yang gelap. Pastinya kita tidak mampu untuk mengelak dari terlanggar benda-benda yang keras, tajam, bahaya dan sebagainya..





"I can see light at the end of the tunnel.." 



Dan, apabila mereka telah selesai urusan kehidupan dan selesai semuanya dengan berjaya, mereka mengatakan mereka telah berjaya sampai ke penghujung jalan terowong yang gelap..



Bagi diri ini yang masih di dalam perjalanan... sering tertanya-tanya, di manakah cahaya itu? Bilakah perjalanan ini akan berakhir? Akan terjumpakah saya dengan cahaya itu? Kenapa kadang-kadang nampak samar-samar? 

Saya hanya mampu meneruskan perjalanan ini. Perlu kuat mengatur langkah mencari cahaya itu... Perlu yakin bahawa suatu hari cahaya itu pastikan muncul yang bakal menyinari perjalanan ini hingga ke penghujung terowong ini..  

Yer cabaran ujian dugaan demi cabaran harus ditempuhi  dalam perjalanan hidup kita untuk kita mendapatkan cahaya itu dan harus dilalui dengan sabar  untuk mencapai Keredhaan Allah ..




Bila kita lemah kita memerlukan kekuatan dari seseorang untuk kita lebih kuat
Bila kita sedih dan menangis kita memerlukan seseorang untuk diluahkan untuk kita lebih lega..
SubhanaAllah hanya Allah sahaja yang sangat memahami kan?


La yu’minu ahadukum hatta akuna ahabba ilayhi min waladihi wa walidihi wan nasi ajma’in wa min nafsihillazi bayna janbayy. .


(Kamu belum menjadi orang beriman sampai kamu mencintaiku melebihi cintamu untuk anakmu, cintamu untuk orangtuamu, dan cintamu untuk seluruh umat manusia. Dan cintailah aku melebihi cintamu kepada dirimu sendiri). .





SubhanaAllah... betapa nilainya pengertian CINTA ini.. Tapi sejauh manakah cinta tu sebenarnya?




Kadang kala kita bohong hati kita sendiri.. Dan nafikan dengan pelbagai aspek.. Penafian yang amat sakit.. Ya Allah...




Kita sanggup guriskan hati orang lain demi kepentingan sendiri.. MasyaAllah... 
Kadang-kadang suatu pengorbanan itu perlu demi orang lain...




Moga diri ini sabar dan sabar... dan sabar.. Sesungguhnya ALLAH bersama orang yang sabar.
Moga diri ini membuat keputusan yang terbaik untuk diri, juga orang lain..
Moga diri ini diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini.. ALLAH dekat, lebih hampir dari urat merihmu, sayang.
Moga diri ini dikurnia ketabahan oleh ALLAH untuk mengharungi kehidupan yang penuh dengan liku ini..
Moga diri ini terus akrab dengan ALLAH... merintih, merayu mendambakan kedamaian dan ketenangan daripada-NYA...







Ya Allah bantu hamba-Mu ini...



sekuat-kuat hati wanita ibarat kerak nasi .. lama2 direndam pasti lembut juga kan ..
tapi sekuat2 hati wanita bila kasih dibahagi dua sangat2 sakit walaupun luarannya gembira .. huha sana huha sini.. hakikatnya hati yang pedih adakah orang ketiga mahupun orang yg selama ni berada disisi menanggung kepedihan ni ?hurmmm ~ jauh panggang dari api..!
tegarkah aku merebut dia dari kau .. jahatnya aku.. sedangkan tak kan pernah ada kebahagiaan bila berada di atas penderitaan orang lain ..
tapi aku redha jika ini jalanku ... akan ku menyelusurinya dengan hati yang tabah ..
biar aku mencari sinar kebahagiaan ku sendiri bukan sinar yang aku rampas dari org lain ... bahagia itu bukan terletak pada dirimu seorang ..
wanita seringkali menyatakan .. kalau di takdirkan bermadu aku terima tapi betulkan ? sekuat manakah hati itu mampu bertahan ?
memang kita akan dapat payung emas kelak .. tapi andanya madu itu menjadi racun yang sangat pedih .. mampukah hati itu menjadi penawar racun itu ?
biarlah aku undur diri selagi aku dan kau tiada ikatan yg sah ~

n now im hepy .. :D alhamdulillah



Allah tidak membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (daripada  kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa),
"Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU  hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU  bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana ENGKAU bebankan orang-orang sebelum kami. Ya TUHAN kami, janganlah ENGKAU pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami pikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. ENGKAU-lah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (al-Baqarah, 2:286) 


No comments: