Friday, June 29, 2012

hukum karma sebuah harapan




dapat apa kalau kita mainkan perasaan orang lain?...dapat pahala kah?..dapat duit berjuta juta kah?..

kalau tak suka.. kalau tak cinta.. kalau tak sayang.. jangan bagi someone tue harapan...jangan bagi ayat manis... jangan ada dua jantan.. jangan ada dua perempuan... jangan... jangan sakitkan hati orang.. jangan kecewakan hati orang.. sekarang Allah bayar CASH...

contoh...

dekat dia kau cakap kau sayang.... dekat dia kau cakap kau cinta dan kasih... sama layanannya.. tapi kau bagi harapan lain dekat orang lain...

kenapa mesti macam tu??..

kecewa itu sakit...

kecewa itu derita....

percaya karma.. percaya balasan Allah...dan percaya..."doa orang yang dizalimi or yang dianiaya makbul...:).. what you give.. you get back...


"semoga kau bahagia atas kecewa orang lain... semoga kau tersenyum dengan perbuatan kau"





Melihat gelagat remaja kiri dan kanan, asyik dan sibuk dengan cinta... Mereka pening memikirkan cinta yang tak jujur, tak setia, curang dan sebagainya... Saya tak pernah menghadapi sejarah hitam dalam hidup tapi pernah turut merasai kisah sahabat sehingga membawa diri ini benar-benar menghargai cinta yang Allah kurniakan... Alhamdulillah kerana kasih Allah, InsyaAllah saya cuba untuk tabah dan legakan hati... Moga ia terus bertakhta dalam hati... Tapi saya tak nak sesiapa hanya nak suami yang bertakhta di dalam hati.. Ohh rindukan suamiku.. Siapakah sebenarnya DIA suamiku? Insyaallah dan mudah-mudahan,,.

Saya teruja pada kata-kata Syaidatina Aisyah ketika ditanya tentang ciri-ciri wanita mulia, iaitu yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki...

Bagiku, wanita solehah perlu arif tentang tabiat dan perlakuan kebanyakan lelaki. Otak mereka licik dan suka mengambil kesempatan... Habis madu sepah dibuang... Wanita yang mudah dimiliki, senang pula di permainkan dan dipersiakan... Wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian yang tinggi...

Wanita yang bijak, akan berjaya menangkis tipu muslihat lelaki.. Itu sifirku... Jika wanita sebegini dijadikan isteri, dia akan bertindak bijak juga dalam menggalas amanahnya sebagai isteri dan seorang ibu...

Duhai Adam,
Jangan kau beri layanan yang special kepada wanita jika tiada niat untuk menjadikannya yang SAH dan HALAL... Wanita ini lain sedikit... Cepat perasan dan mudah jatuh hati... Jangan letak harapan sekiranya hati tidak yakin... Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan... Hati wanita ini seperti kaca... Mudah pecah. Bila sudah terluka sukar untuk dirawat kembali... Jangan terlalu ramai layan wanita... Jangan layan sana dan sini nanti binasa dan di hidup ini ada hukum karmanya...

Duhai kaumku Hawa,
Jangan berharap terlalu ttinggi pada lelaki yang kamu sayangi... Kerana bila kecewa datang ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan dahsyat sekali. Jadilah wanita yang tegas, mahal, dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu...

Kata Ibnu Qayyim, cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab... Ini prinsip yang cuba ku pertahankan... Kerana dengan Allah sahaja aku boleh merasai nikmat cinta yang tidak mengecewakan... InsyaAllah.. Semoga kita merasai dan menghargai perasaan ini apabila kita bersama SUAMI kita nanti....

Thursday, June 28, 2012

Ya Allah hiburkan hati ini supaya terhibur...

Bismillah…


~ sejuta Hamdallah kita tinggikan ke hadrat Ilahi... Dengan rahmat kasih sayang DIA, masih mampu bernafas sampai detik ini, walau pun.. Allah “postpone” kan nikmat sihat untuk seketika. Sampai bila…? Saya serahkan pada-Nya. Bergembiralah.. saat Allah memberikan musibah! Kadang-kadang, berada dalam kesakitan itu lebih baik, kerana kita akan terus dekat dengan Ilahi. Percayalah! Ada sejuta hikmah dari satu  kesakitan yang dirasai... Sakitnya cinta dan sakitnya....  

Nabi S.A.W. malah memberikan berita gembira dengan sabdanya, : “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan ALLAH akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Qayyim bahkan pernah berkata : “Andaikata kita bisa menggali hikmah ALLAH yang terkandung dalam ciptaan dan urusan-NYA, maka tidak kurang dari ribuan hikmah. Namun akal kita sangat terbatas, pengetahuan kita terlalu sedikit dan ilmu semua makhluk akan sia-sia jika dibandingkan dengan ilmu ALLAH, sebagaimana sinar lampu yang sia-sia dibawah sinar matahari. Dan ini pun hanya kira-kira, yang sebenarnya tentu lebih dari sekadar gambaran ini”. (Syifa-ul Alil fi Masail Qadha wal Qadar wa Hikmah wa Ta’lil hal 452).

Hakikatnya… tidak punya idea untuk mencoret tinta. Cuma, “terjentik” seketika dengan kisah seorang sahabiyah. Mungkin.. saya bukanlah orang yang tepat untuk memberikan kata-kata tausiyah, tidak mampu dengan bicara, saya kirimkan doa dan luahkan rasa yang terpendam dalam hati dan jiwa, kerana saya juga sedang merasakannya. Inilah kata jiwa saya.. yang tidak mampu terluah...

Kadang-kadang.. Perpisahan itu ternyata lebih baik dan bermakna. Daripada kita terus membohongi diri kita dengan sejuta kepalsuan pada sebuah erti perhubungan... Bahkan Kita mungkin membuatkan seseorang itu terus-menerus meletakkan harapan pada suatu yang hakikatnya tidak mungkin akan terjadi. Tapi…Semuanya itu akan berlaku dengan izin yang Maha Kuasa. Jangan…Jangan putus asa.. Allah tidak suka... jalan kita masih panjang. Terus pujuk hati, seolah-olah tiada badai yang melanda. Sudah sampai saatnya.. Sayu dan pilu, perit dan pedih itu ditolak tepi, dibuang jauh pergi dari diri..


Kadang-kadang juga, Perpisahan itu bukan mengajar kita untuk terus-menerus lemah... Tapi sebenarnya memberikan kekuatan pada diri sendiri. Supaya kita mampu untuk menilai sebuah perhubungan sama ada bahagia atau tidak dengan hanya memiliki. Dan ketika sudah “diketuk”.. bahawa perhubungan itu hanya menyusahkan.. Yang terbaik adalah kita lepaskan ianya dari terus menyiksa diri dan menyakitkan hati... Ya Allah berikan aku kekuatan...

Ya.. Kita mungkin hilang satu arah dalam usaha mengejar sesuatu yang kita sangkakan cinta. Tapi…
Sedar atau pun tidak, bila kita kehilangannya, kita malah akan mula menyalahkan takdir. Jangan lupa.. dalam meneruskan kehidupan menuju akhirat, kita masih ada pilihan. Sama ada kita mahu terus kecewa atau pun bangkit untuk terus mencari erti sebuah kehidupan... Ingat, kita memang punya akal yang sihat dan waras untuk menangisi kekecewaan. Tapi.. Kita juga punya akal yang sama untuk membina kekuatan dalam mencari identiti diri kita. .. Tiada siapa yang boleh mengubah kehidupan kita, melainkan diri kita sendiri. Sifirnya… Terus berusaha, berdoa, dan bertawakal.. ila Robbina (kepada Tuhan kita).

Lebih baik.. Kita meninggalkan kenyataan yang takkan kunjung tiba... Daripada kita meninggalkan sesuatu yang pasti dan memulakan sesuatu yang lebih baik. Sebab pasti ada yang lebih baik menanti walau pun sakit yang dirasai itu ada pedihnya. Memanglah, sesuatu yang hilang, digantikan dengan lain tiada samanya. Namun, yakin dan pastilah, Allah mahu mempertemukan kita kepada yang salah dahulu. Sebelum ianya akan menjadi hak kita untuk selama-lamanya. Berdoalah.. Teruskan.. tanpa henti.. biar akhirnya adalah terbaik!




 sama-sama mengambil hikmah! 

Sewaktu belum mempunyai calon, sejadah memang menjadi hamparan, tazkirah setia menjadi teman, doa kepada Allah siang dan malam. Bila sudah mempunyai calon, semua itu sedikit demi sedikit jadi lakonan... Fokus beralih kepada si dia yang menjadi idaman, yang dinasihat supaya berbincang tentang pernikahan, tapi yang dibuat adalah berhubungan siang dan malam. Hujung pangkal pernikahan belum nampak jalannya teman. Boleh jadi calon yang diberikan itu hanya sebagai ujian, bukan jodoh yang ditetapkan. kerana Allah mahu melihat sejauh mana engkau punya keimanan. Adakah engkau akan jatuh dalam kealpaan, atau masih setia dengan niatmu di permulaan. Ingat teman…. :: Syaitan dan nafsu itu licik dan melicikkan. Hati-hati ...



 Kata-kata terakhir sebelum tinta ain akhiri.. saya pinjam dari sahabat fillah..

Bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai. Terus memuhasabah diri  =)

Ya Allah berikan aku kekuatan... sakitnya cinta... Adakah benar orang cakap CINTA PERTAMA itu indah?? Ya Allah............

semoga diberi kekuatan imtihan hidup ini..


Bismillah wa Alhamdulillah..

Alhamdulillah.. sampai saat ini, masih mampu bernafas. Selama 19 tahun hidup, Allah berikan nikmat-Nya setiap saat, nikmat di kala susah dan senang...

Alhamdulillah, tamat fatrah imtihan hidup ini, walau terpaksa menghadapi peperangan”pen dan kertas” dengan jasad yang semakin lemah. Semakin hari, semakin lemah. Demam dan batuk2 yang hampir beberapa hari usianya, ditambah dengan bibir yang semakin merekah, seperti berada dalam musim sejuk, terkadang membuatkan diri hilang fokus dan semangat untuk terus menelaah dan muraja’ah... 

Alhamdulillah juga.. mampu melepasi fatrah dunia, namun fatrah akhirat? Allah… selama hidup, apa yang sudah aku lakukan? Antara timbangan pahala dan dosa.. mana yang lebih berat? Imtihan dunia itu alat.. tapi Syurga-Mu itu satu matlamat!

Hidup di dunia.. umpama satu “dewan peperiksaan”. Seluruh agenda hidup ini hakikatnya “jawapan” yang kita berikan kepada soalan-soalan di alam kubur dan di Mahsyar nanti... Keputusannya juga akan kita ketahui di sana. Ya, kubur kita boleh jadi mukaddimah Raudhatul Jannah , atau pun pintu gerbang untuk jurang-jurang Neraka. Wal ‘iyadzubillah... Rancanglah kehidupan dengan kesedaran bahawa kita adalah “pemakai” keranda. Maka, rancanglah mati untuk hidup!

“Manusia semuanya tidur, bila mati baru mereka akan terjaga” – itulah pesan Saidina ‘Ali pada kita.

Sungguh, kata-kata itu sangat menusuk ke lubuk hati, merobek baki-baki kegembiraan yang masih tersisa. Masih tidurkah aku ya Allah..? bahkan Imam Ghazali juga pernah berkata : “ada manusia yang sedang ketawa ria, sedangkan kain kafannya sedang dirobek-robekkan..”.

"... Kematian itu, tidak lebih seperti kamu tidur & akan dibangkitkan semula sama seperti kamu dijagakan dari tidur. Sesungguhnya kamu akan dihitung di atas sgla amalan yg kamu lakukan, sama ada ke Syurga selama-lamanya ataupun sebaliknya.." -  Pesan dari insan yang sering dirindui, Rasulallah S.A.W. sewaktu mengumpulkan anggota keluarganya dari Bani Hasyim dan Abdul Mutallib bin Abdul Manaf, setelah turunnya wahyu Allah dari surah Asy-Syu’ara, ayat 214.

Oh Allah.. sudah hampir sepuluh hari berlalu, dari bertambahnya usia... Semakin bertambahnya usia, semakin mendekatnya dengan… mati … hampir separuh abad aku bernaung di bawah langit milik yang Maha Kuasa, tapi masih tetap belum merasa hamba yang sebenar! Berdosanya aku ya Allah. Apa sisa umur masih panjang? Atau hanya seketika lagi? Jujur.. aku tiada jawapannya ya Ilahi..


Pada saat ini.. aku mengemis keampunan-Mu, dengan hati yang penuh tercela... Sekiranya tidak mengenangkan bahawa Engkau Maha Pengampun, aku tidak akan meminta. Malu.. rasa terhina untuk meminta. Apa, aku diterima..? leraikanlah kekusutuan di fikiran, jinakkanlah nafsu liar ku, tenangkanlah gejolak hati ini. Wahai yang Maha Pengasih, kutiplah aku… untuk menumpang sekalipun di pinggiran rahmat-Mu, walau sering aku lupa, tetapi tetap mendambakan Syurga nan Indah!

Sungguh, gelombang mujahadah tidak pernah kekal dan tegar... Jangankan ketenangan, amarah juga sering bertandang. Sehinggakan aku mula meragui diri sendiri ; akukah ini..? seperti kelahiran berulang dua tiga kali. Astaghfirullahal’adzim.. jauhkan aku dari topeng munafik yang semakin menipu dayakan hidup ini.

Mata.. sudah tidak mampu menangis kerana dosa. Hati juga semakin mengeras. Kalaupun aku menangis ya Allah… tapi kenapa tidak membekas di hati? bila hati ini semakin keras, maka Kau lembutkanlah ya Rahman ya Rahim. Atau… berikanlah aku “hati” yang baru, kerna seketul daging yang hidup dalam jasad yang semakin lemah ini, seperti sudah “mati”.

Kembara.. semakin saat, detik, minit dan jam yang berlalu.. sudah semakin jauh... Kolam hati semakin hari juga semakin keruh. Beban bertambah berat, diri semakin penat. Segala urusan semakin susah, jiwa semakin gundah dan gelisah. Semoga saja… bertambahnya usia sejak sepuluh hari yang lalu, aku akan “lahir” sebagai seorang yang baru. Lahir sebagai manusia yang berjiwa hamba, sentiasa mengingati-Mu. Yang mampu mendidik hati untuk memandu hidup, antara kekangan takut dan lingkungan sebuah harapan. Kalaulah dimurkai, aku mengharapkan ianya akan diampuni.

Memetik kata-kata Ibnu Mas’ud : "Perkara yang paling sedih adalah apabila umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah” oh Allah, Istighfarku memerlukan satu istighfar lagi. Aku hanya untuk-Mu, kepada Engkau jualah aku akan kembali.

Sungguh.. kita hidup di dunia juga seperti layang-layang yang terbang tinggi di langit takdir. Kita berusaha untuk terbang tinggi, rendah, jauh, dekat.. semuanya dibawah lembayung Rahmat iradah yang Maha Esa. Kita pasti akan dapat terbang, selagi angin dibekalkan, selagi kertas tidak koyak, dan selagi rangkanya juga masih kukuh. Bila tali sudah ditarik, turunlah dengan redha. Sebab apa..? kerna kita tidak berhak untuk terus “terbang”.. apabila maut sudah datang menjemput untuk pulang.

Kepada Keluarga Sahabat, teman dan kenalan, terima kasih atas ingatan kalian... Pada yang jauh, maaf kerna gagal mendekat. Pada yang dekat, maaf kerna tidak pandai membelai. Barakallahu fikum. Moga Syurga adalah sebaik-baik pengakhiran bagi kita...

Wahai hati.. percayalah, orang yang berhak hidup dalam ketenangan, adalah mereka yang sentiasa bersedia menghadapi kematian!



Allah…
Aku sedar, bila-bila masa
Engkau akan ambil kembali kurnia & anugerah
Dan aku sentiasa berusaha
Untuk mensia-siakan segalanya
Kerna aku yakin, suatu saat nanti
Semuanya tidak akan ada lagi..
Terkadang… Aku lupa..
Mungkin ini adalah helaan nafas yang terakhir
Ampuni aku ya Rahim
Kurangnya rasa syukurku
Maafkan.. bila aku ragukan kasih-Mu
Hari berganti hari.. Aku tahu..
Waktu aku semakin singkat..
Biarlah dunia itu terus ku genggam
Tanpa perlu aku mencintainya..
Di akhir usia ini..
Aku ingin semakin mendekat
Dekat dengan-Mu
Dampingilah langkahku
Di akhir hayat ku nanti
Redhalah pada ku ya Ghaffar
Kerna aku ingin segera pergi..
Tuntunilah aku.. Untuk tiba di Jannah-Mu..


Untuk AWAK yang di rindui ; “semakin dekat kamu dengan Allah, akan semakin erat hati kita, dan semakin bertambah cintaku pada mu.. walau diri mu belum ku pasti adakah kau benar-benar mencintaiku…” ='(

Wednesday, June 27, 2012

Ya Allah beri aku kekuatan.. Disebalik kekuatan dan kegembiraan ni hakikatnya sedang mengelap air mata yang sentiasa gugur.. Ya Allah padaMu yang aku memuji kuatkan semangat aku... Begini ke sebenarnya CINTA pada manusia... Sakitnya...... ='(

Ya Allah berikan aku sekuat-kuat kemampuan




Assalamualaikum..

"Kadang-kadang ALLAH swt sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya2 kemana hilangnya sinar tetapi rupa2nya ALLAH swt nak hadiahkan kita pelangi ;)"


"Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah. Kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah al-Quran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran. Teguhkanlah keyakinan kepadaNYA... Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan… Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. .Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai dengan nawaitu yang suci, itu hak istimewa dari Allah.. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. .. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Hari-hari diteruskan seperti biasa. Kadang-kadang hidup memerlukan motivasi dari diri sendiri utk memasakkan azam yg kadang-kadang cepat sangat untuk terpesong.. Azam itu pernah suatu ketika membuatkan aku berkobar kobar untuk berubah.. Pernah juga azam itu membuatkan aku jadi kuat untuk menepis pelbagai jenis ujian yang datang. Namun pernah juga azam itu jadi luntur dek kerana terlalu memikirkan keseronokkan dan kebahagiaan dunia. Ya Allah mohon Kau pasakkan sekukuhnya azam ini dalam diri agar hidayahMu masih mampu aku rasai.. Hidup ini ada kalanya susah untuk memujuk hati.. Bukan memujuk hati orang tetapi hati sendiri.. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan.. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir Allah yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir Allah yang sudah tertulis di sana. Di Luh Mahfudz…


Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan sesama lawan jenis. Hmm, tapi susah kita nak faham (termasuklah orang yang menulis ni)

"awak jgn buat saya terlalu gembira dengan perhatian yg awak berikan pada saya.tolonglah. jangan beri saya harapan yang sangat menggunung.. Saya x boleh nak elak dari menyenanginya jika tanpa awak". Antara contoh dialog yg kerap kali membuatkan aku terleka.. 

Bukannya apa, kadang-kadang orang tu layan kita sama je macam kawan dia yang lain.. Layan di sini begitu layan orang lain pun begitu.. Sama.. tapi disebabkan hati perempuan ni mudah tersentuh, kita pun dah start sayang and etc etc  pada kawan tu.,, Tapi sebenarnya dia biasa-biasa je. So girls, beware. The heart is fragile, so handle with care. =) 

Mencintai dan dicintai.. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan… Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan…

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir... Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.



Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!



TAHNIAH dan pujilah diri!
Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya juga mereka ini yang pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta… Dan diri ini menginginkan sebuah cinta…Terapi mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?". Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin… Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi... "Putus cinta dan mahu bercinta kembali perlu dibuang jauh-jauh… Nyahkan dari otak! Hapuskan dari hati! Begitulah tanda kita untuk menjaga hati selepas di hati kamu.. Kesian dia selepas di hati kamu itu…

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina.. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa.. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad.. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.


Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis… Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Jika dirinya hadir melintasi kepala otak, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya.,, Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Walaubagaimanapun tidak salah untuk kita mencintai seseorang tetapi biarlah kene dengan gayanya dan nawaitunya… InsyaAllah Allah akan pelihara… Berdoa dan mohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti si dia adalah milik kita suatu hari nanti di dunia mahupun di syurga.. UNTIL JANNAH!! INSYAALLAH….

Keperibadian mu menjadi ikutan Ya Rasul..









Rasulullah sangat tegas dalam menjaga akhlak kerana ini juga soal akhirat.  “Baginda memiliki akhlak yang agung.”demikian maksud firman Allah. Ertinya Allah juga kagum dan memuji keupayaan RasulNya dalam melayani Allah dan hamba-hamba Allah, dengan sebaik-baik akhlak.... Kita lihat 3 contoh yang memperlihatkan agungnya akhlak  Rasulullah s.a.w:...

.:PEMAAF:.

Ada seorang wanita tua Yahudi yang selalu menyusahkan baginda di perjalanan iaitu dengan menabur duri dan najis di jalan yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w apabila pergi berdakwah. Si tua itu sangat benci dengan Rasulullah s.a.w.  Tetapi suatu hari ketika dia sedang jatuh sakit, satu-satunya orang yang datang menziarah beliau ialah Rasulullah s.a.w.  Alangkah pemaafnya baginda. Bukan sahaja diziarahi tetapi dicarikan ubat hingga di atas akhlak yang luar biasa itu, perempuan tua Yahudi itu akhirnya memeluk islam.
Ketika baginda sedang berjalan memakai baju Arab Najran. Tiba-tiba seorang Arab Badwi menarik baju itu dan minta diberikan baju itu kepadanya. Hampir-hampir terluka leher Rasulullah kerana tarikan itu. Tetapi baginda memaafkan si Badwi tersebut. Bahkan baju itu tadi baginda buka dan dihadiahkan kepada si Badwi tadi...

.:KASIH SAYANG:.

Apabila dua tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu dengan mereka, nescaya akan ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda akan pergi menziarahi ke rumah sahabat tanpa rasa sombong dan baginda makan,solat serta duduk bersama-sama dengan para sahabat.
Suatu hari ketika sedang menikmati hidangan, datang seorang tua yang berkudis,hitam legam kulitnya, buruk rupanya dan berair pula kudisnya dating meminta diberikan makanan. Tanpa rasa jijik dan dengan penuh tawaddu’, Rasulullah s.a.w. memegang tangan orang tua itu, dibawa ke sebelahnya untuk makan bersama-sama. Masya Allah, agungnya akhlakdan peribadi Rasulullah s.a.w...

.:KUAT BERIBADAT:.

Perkara ini sememangnya perkara akhirat. Namun pada sesetengah orang Islam telah “diduniakan” juga, untuk mencari untung dunia.
Rasulullah s.a.w telah menunjukkan ibadat yang terbaik dan terbanyak. Tetapi ingat, hal itu bukan khusus untuknya sebagai nabi. Rasulullah s.a.w. memberikan contoh ibadat untuk kita jejaki langkahnya. Rasulullah s.a.w solat sunat terlalu banyak. Adakala semalaman tidak tidur hingga bengkak-bengkak kaki baginda. Bererti beribu-ribu rakaat baginda dapat rukuk dan sujud untuk Allah dalam menyatakan syukur dan kehambaan yang setinggi-tingginya...

.:AL QURAN BERGERAK:.

Rasulullah banyak berpuasa,iaitu sehari puasa,sehari pula makan. Begitulah digilir-gilirkan. Tentang zikir, bukan sahaja waktu jaga, dalam tidur juga baginda berzikir. Baginda adalah “al-Quran bergerak”. Ertinya, al-Quran bukan sahaja dihafal malah dijadikan panduan seluruh hidupnya. Melihat kepada ciri-ciri ini,benarlah dia Nabi kekasih Allah yang sangat cintakan Allah dan akhirat.
Hatinya tidak terpaut sedikit pun pada dunia. Maka marilah kita letakkan kasih dan rindu padanya... ini adalah kerana terlalu besar jasanya kepada kita seluruh umat manusia....

Tuesday, June 26, 2012

jom kita berselawat !





 Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih berkesempatan lagi untuk menyampaikan dan berkongsi ilmu.. InsyaAllah sama-sama kita beroleh manfaat kerana Allah... Amin..

''Ya Allah semoga hamba-hambaMu beroleh ilmu yang bermanfaat''

Allahuakbar luasnya ilmu Allah ni kan.. Cukup kerdilnya diri ini.. Dan bila kita banyak membaca serta mengamalkan InsyaAllah sama-sama akan dapat  manfaatnya... Jauhilah daripada menuntut ilmu semata-mata tapi tidak mengamalkannya... Bukanlah miskin harta itu sesuatu kesalahan, ia hanya sesuatu fenomena yang boleh di ubah dengan mengubah cara berfikir.. Tapi kurang berusaha adalah sesuatu kesalahan yang jelas menunjukkan kemalasan.. Jadi di sini antum semua kene juga rajin berdikari, membaca, berfikir dan rajin daripada pelbagai segi.. Ayuh! bangkitkan diri kita.. Ikut jejak langkah tokoh-tokoh Islam bukan ikut jejak hiburan-hiburan Barat.. Orang Islam tak boleh mundur tak boleh kalah tak boleh bodoh.. AYUH KITA BANGKIT WAHAI UMAT ISLAM !! BANGUN SEMUA DARI TIDUR.. Tak ada masa berpangku tangan bermaksud leka dengan kehidupan dan keadaan kita tanpa menghiraukan saudara kita yang terkorban !


Ayuh contohi mereka yang rata-ratanya lumpuh tapi tetap juga bersemangat menaungi jihad Allah dalam peperangan.. MasyaAllah mapukah kita menjadi seperti mereka? Kita tidak sehebat mereka.. Jadi jom lah kita sedar akan kekuaasaanNya..

Dan kita tak sehebat seperti Rasulullah.. Apa yang kita mampu jom kita berselawat.. Dan jom lah kita perbanyakkan berselawat.. InsyaAllah.. Takbir Allahuakbar... !!!

HUKUM MEMBACA SELAWAT

1. Imam Syafie : selawat itu wajib dibacakan dalam tasyahud akhir, iaitu di antara tasyahud (tahiyyat) dan salam.
2. Imam Asy-Sya’bi : selawat wajib dibaca dalam solat dalam kedua-dua tasyahud awal dan akhir.
3. Abu Jaafar al-Baqir : selawat wajib dibaca di dalam solat sama ada dalam tasyahud awal atau akhir.
4. Abu Bakar ibnu al-Baqir :selawat wajib dibaca tanpa mengira bilangannya.
5. Abu Bakar ar-Razi dan Ibnu Hazmin : selawat wajib dalam seumur hidup walaupun hanya sekali.
6. At-Thahawi : selawat wajib apabila seseorang mendengar orang menyebut nama Nabi Muhammad s.a.w.
7. Az-Zamakhsyari : selawat wajib dibaca pada tiap-tiap sesuatu majlis.
8. Ibnu Jarir at-Thabari : selawat kepada Nabi adalah suatu pekerjaan yang disukai sahaja.
9. Ibnu Qashshar : selawat kepada Nabi adalah suatu ibadah wajib.

WAKTU-WAKTU BERSELAWAT

1. Ketika hendak masuk dan keluar masjid
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila seseorang kamu masuk ke dalam masjid, maka hendaklah ia membaca salam kepadaku (selawat dan salam). Sesudah itu berdoa, wahai Tuhanku, bukakanlah untukku segala pintu rahmatMu. Dan apabila ia hendak keluar hendaklah berdoa, wahai Tuhanku, aku memohon kepadaMu limpahan rahmatMu.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

2. Sesudah azan
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Apabila kamu mendengar mu’azzin yang menyerukan azan, maka jawablah dengan bacaan yang sama ia baca. Setelah selesai maka berselawatlah kamu kepadaku.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim)

3. Sesudah membaca tasyahud akhir dalam solat.

4. Dalam solat jenazah

5. Di antara takbir-takbir solat sunat hari raya.

6. Di permulaan dan akhir doa.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Sesungguhnya doa itu berhenti antara langit dan bumi, tiada naik, barang sedikit jua daripadanya sehingga kamu berselawat kepada Nabimu.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

7. Di akhir qunut dalam solat.

8. Di malam dan di hari Jumaat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Banyakkanlah olehmu membaca selawat di malam hari Jumaat dan siangnya kerana selawat itu dikemukakan kepadaku.” (Hadis Riwayat Thabarani)

9. Di dalam khutbah Jumaat
Dalam mazhab Syafie, para khatib wajib membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w pada permulaan khutbah, sesudah membaca tahmid dan juga sebelum akhir khutbah Jumaat.

10. Ketika berziarah di makam atau kubur Nabi Muhammad s.a.w
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Tidak seorang pun di antara kamu yang memberi salamnya iaitu di sisi kuburku, melainkan Allah mengembalikan kepadaku rohku untuk menjawab salamnya.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

11. Sesudah bertalbiah
Sabda Rasululullah s.a.w :
“Memang disuruh seseorang membaca selawat untuk Nabi ketika ia telah selesai talbiahnya dalam segala keadaan.” (Hadis Riwayat Syafi’I dan Daraquthni)

12. Ketika siap mengadakan majlis atau keramaian
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Tiadalah duduk suatu kaum di dalam sesuatu majlis, sedang mereka telah menyebut (mengingati) Allah SWT dan tiada berselawat ke atas Nabinya, melainkan menderita nescaya Allah akan menyiksa mereka dan jika Allah mengkendaki nescaya akan mengampuni mereka.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Abu Daud)

13. Ketika berjumpa sahabat handai atau saudara mara sesama Islam
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Tiadalah dua hamba yang saling cinta-mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan (bersalam) dan berselawat kepada Nabi s.a.w melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah, baik yang telah lalu ataupun yang akan datang.” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

14. Ketika akan memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah (memuji Allah) dan selawat, maka pekerjaan atau urusan itu terputus dan hilang berkatnya.” (Hadis Riwayat ar-Rahawi)

15. Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi s.a.w
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Orang yang bakhil itu adalah orang yang tidak mahu berselawat ketika orang menyebut namaku di sisinya.”(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

16. Ketika telinga berdengung
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Jika telinga salah seorang dari kamu berdengung, maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni)

17. Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan

18. Setiap waktu pagi dan petang
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Barangsiapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat.” (Hadis Riwayat Thabarani)



Allahurabbi.... ='(





terkesannya hati ini bila dengar lagu ni jadi halwa telinga sekarang..








Ya Allah Ya Ilahi,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai,
Agar aku dapat menjaga diri.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahiim,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama dan akhlak yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya,
cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah Ya Mujiib,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepada-Mu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya Allah Ya Hakiim,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah Ya 'Aliim,
Andai aku bukan tercipta untuknya,
Andai dia bukan untukku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar-benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu...


Ya Allah tolong berhentikan kesedihan cinta ini.
Jauhkan aku daripada sakitnya cinta.
Ya Allah..........
Bantu hambaMu yang lemah ini ='(

Aamiin Ya Rabbal Alamiin

Monday, June 25, 2012

Semoga diriku redha menghadapinya






Girl : Awak.. kalau tiba2 satu hari nanti ada orang merampas saya dari awak, apa yang akan awak lakukan?? 




         Boy : Saya bersedia untuk MELEPASKAN . . .



Girl : Awak.. kalau saya selalu menyakiti awak sehinggakan awak dah terlalu penat dan tidak dapat menerima saya adakah awak juga nak melepaskan saya?

Boy : Hanya Allah Maha Mengetahui awak.. Jika itu dah takdirnya saya juga terpaksa MELEPASKAN. . .

Girl : Semudah itu walaupun awak dah berjanji dan memberi saya terlalu banyak harapan begitu juga harapan pada kedua ibu bapa saya? ? Awak.. saya tidak sempurna .. dari awal perkenalan saya pernah beritahu yang saya tidak sempurna mengapa dari dulu sahaja awak tak nak lepaskan saya.. Mengapa baru sekarang??

Boy : Sebab saya percaya jika awak adalah JODOH yang telah Allah takdirkan untuk saya, pasti awak akan kembali pada saya sekalipun awk tiada lagi disisi saya . . . ♥


P/S : Jangan seksa diri kerana CINTA . . Belajar melepaskan adalah lebih baik dari terus menyimpan perasaan terhadap mereka yang kini sudah menjadi hak orang lain atau perasaan tiada lagi di hati. . .Percayalah pada takdir dari Illahi.. Jika dia bukan milikmu, pasti Allah akan gantikan dengan pemilik cinta yang terbaik lagi... InsyaAllah..

Kenapa, tiba tiba? Ya Allah... Lain... Tak sekuat mulut mengatakan, tak se Redha hati yang menginginkan.


Teringat.


Tarikh ke 26 dalam bulan ini. Mungkin...




Ternyata, setiap yang berlaku akan ada hikmahnya,,. Setiap perasaan kecewa dan sedih, akan ada bahagianya...




Bila rasa kehilangan sesuatu, jangan meratapi... Tanamkan redha dalam hati.,,  Lepaskan. Terima ketentuan Allah... Terima takdir Allah. InsyaAllah, ketenangan akan ada...




Tapi, kadang-kadang, hati juga lemah. Kalah.. Bila teringat... Ya Allah Ya Rahman.. Diri ini sangat merinduinya dan memerlukannya..






Ya Allah, kurniakanlah aku hati yang redha dengan ketentuanMu.. Bahagiakanlah mereka di sekelilingku... Dia dan dia, juga semua hambaMu.. AMIN..,,



Betapa Hebat Cinta Itu



Assalamualaikum....

Alhamdulillah selsesai baca buku yang sangat menusuk ke qolbii.. SubhanaAllah.. hebatnya penulisan beliau.. sangat-sangat mengagumi hasil karyanya... InsyaAllah kali ini, rasa ingin bercakap dan bercerita tentang cinta.... Hanya ada satu cinta yang agung... Dan, saya pasti, semua orang tahu bahawa cinta yang teragung itu adalah cinta untukNya... Subhanallah... Betapa hebatnya cinta ini.. Kerana, Allah tidak akan dan tidak pernah mengecewakan kita. Allah tidak akan menyakiti kita. Allah tidak akan membiarkan kita.. Selagi kita mencari jalanNya, dan mencari redhaNya... Benar. Cinta itu indah.. Terlalu indah, dan hanya Allah yang tahu betapa indahnya cinta itu....

Benar. Saya hanya seorang manusia. ya. MANUSIA. yang punya nafsu, yang sentiasa menjadi sasaran Syaitan dan iblis untuk dihasut. Dan tidak terkecuali, saya tidak lepas dari itu. Allahurabbi... MasyaAllah.. sungguh khilafnya diri ini.. ='(

Tak perlu bercakap panjang soal itu... Pada ain, biarlah segala kehidupan yang telah berlalu dan berlaku, itu adalah sesuatu kesan peninggalan... ='( Sesuatu yang akan sentiasa menjadi satu pengajaran... Ya Allah mampukah aku menempuhi ujian ini....

Betapa jauh berada dariNya satu ketika dahulu. Ya benar... Tak perlu untuk menafikan dosa2... Kerana dosa yang telah dilakukan itu adalah sesuatu yang nyata... Ya Allah ampunkan segala dosa-dosaku ibubapa ku guru-guru ku dan orang yang aku menyayangi... Ya Allah.. Sungguh, hambaMu lemah dan tenggelam dengan semua itu...


Jadi, mengapa perlu diceritakan tentang ini? Untuk membuka aib sendiri? untuk mencari simpati? Untuk dapatkan perhatian? Oh tidak sama sekali.. Hanya satu sebab, dan cukuplah hanya Allah yang tahu...

Untuk renungan bersama, yang tiada seorang pun manusia yang sempurna. Tapi percayalah,, saat kamu merasa indahnya cinta itu, itu adalah saat yang paling bahagia. SubhanAllah... Dan indahnya CINTA PERTAMA tu kan? Hanya Allah yang sangat-sangat Mengetahuinya... Tapi sungguh kecewa jika Cinta Pertama itu bertukar kepada sia-sia.. Ya Allah diri ini betul-betul tak sanggup untuk beritahu pada suami ku kelak bahawasanya yang diri ini pernah mendambakan cinta pada lelaki lain... Allahurabbi... Terkilan sungguh sang suami... Ya Allah tunjukkan diri ini sebaik-baik petunjuk yang kau redhai.. Hadirkan lah rasa yakin dalam qolbii ini untuk mempunyai deria kekuatan bahawasanya dialah adalah Adam untuk Hawa...


Kita sering bercerita betapa manisnya perasaan CINTA itu sama ada cinta dalam diam atau sudah dizahirkan... SubhanaAllah sweet sangat-sangat.. Hati wanita sering berkata begitu saat dilamun cinta kan..?? Dan mula lah akan hadir rasa rindu cemburu dan sebgainya.. Tapi, ini bukan cinta biasa... Cinta ini cinta yang perlu ada.. Cinta yang diwajibkan.. Tapi perlu ingat apakah disebalik niat itu? Adakah Cinta Duniawi semata-mata atau Cinta Kerana Allah semata-mata...

Kita dilahirkan, diciptakan, hanya untuk melalui kehidupan ini sebagai hambaNya...

"Alastu birabbikum?" (bukankah Aku ini Tuhanmu?)
" Qalu bala syahidna"
(benar, kami bersaksi bahawa Engkau adalah Tuhan kami)

Seperti mana yang dinyatakan dalam surah Al- 'Araaf ayat 172:

"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini". "


Ya Allah... Mungkin dahulu aku tidak pernah memahami erti hidup yang sebenar... Dan hakikatnya, terus leka... Namun syukur, Alhamdulillah. Atas segala yang pernah berlaku dalam hidup... Itu adalah sesuatu yang mengajar untuk lebih mencintaiMu... dan ternyata, cinta itu adalah indah.

Kepada sesiapa sahaja yang membaca, cukuplah kita mencintai hanya Allah. Kerana cinta untukNya itu indah. Subhanallah. Terasa keindahanya. Terasa kelainanan...

Jika mencintai seseorang sampaikan cinta itu kepada Allah bermaksud di sini adalah berdoa secara istiqamah.. InsyaAllah Allah akan mendengar dan memberi...



Inilah kuasa dan kehebatan Allah... Allahu Akbar...


Semoga kita sama2 akan terus mencintaiNya, dan kerana kita harus saling mengingatkan untuk sesuatu kebaikan... Biarpun sukarnya, biarpun ada suara2 tidak senang, tapi hakikatnya, itu adalah tujuan hidup kita..


Masa akan sentiasa ada selagi Dia izinkan masa itu untuk ada. Tapi seandainya masa itu terhenti, nafas tak mampu dihembus lagi. jasad tak mampu dihidupkan lagi....

Selama mana masa ini diberi untuk kita, kita masih berpeluang untuk merasa kehebatan Cinta Allah S.W.T... Cinta yang benar... Cinta yang Abadi.....

Sunday, June 24, 2012

maafkan sayang~~ ='(


Bismillah...

Firman Allah SWT menerusi ayat 45 surah al-Baqarah, bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu, sesungguhnya Allah beserta dengan orang-orang yang sabar.”

Dalam ayat 153 pula, Allah menjelaskan maksudnya:
“Jadikanlah sifat sabar dan solat sebagai penolong kamu. Dan sesungguhnya yang demikian itu amat berat, melainkan kepada orang-orang yang khusyuk.”





Hanya pada DIA tempat aku mengadu,yang tidak pernah memalingkan wajahNYA dariku..yang tidak pernah membenciku....yang sentiasa sedia 


Saturday, June 23, 2012

InsyaAllah ciri-ciri lelaki yang lebih baik



Mampu melakukan kerja lelaki- Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukann kerja-kerja lelaki seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia yang kebanyakan lelaki tidak sedar.


Sopan- Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.'


Cara berpakaian- Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.


Berjaya memikat hati ibubapa- Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.


Mampu berdikari- Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan yang selalu bermain di fikiran wanita.


Membuatkan mereka berasa selamat- Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.


Kelakar- Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.


Mengambil berat- Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya anda mengambil berat mengenai diri mereka.


Pegangan agama- Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan






Ok. ini adalah hasil copy paste dari blog i luv islam...

Ya Rabb... ='(




cantik tak tulisan ain?? hehhee

Ya Rabb, Tuhanku,
Penciptaku, Pemberi nafasku,
Pengatur segala urusan hidupku,
Pemberi nikmat bahagiaku,
Penawar duka dan kecewaku,
Penjagaku yang hakiki,
Dan pemilik jiwaku..

Andai nanti Kau panggilku untuk bertemuMu,
Suara dari hatiku berkata, Ya Rabbi;
Ambilah aku dalam keadaan aku yang masih menjadi hambaMu,
Pertemukanlah aku ketika mana hatiku merinduiMu
Hilangkanlah aku dari dunia ketika semangatku teguh memegang taliMu,
Tutuplah mataku ketika air mataku jatuh kerana takut padaMu..

Ya Muntaqim..
Sungguh, Kau Maha Penyiksa dan Penghukum;
Yang punya hak membalas setiap perbuatan dosa,
Sungguh, Kau Mutakabbir;
Maha Megah Yang Memiliki kebesaran,
Benar Ya Rabb,
Kau Al Qadir, Yang Maha Berkuasa atas segalanya,
Benar, Ya Allah.
Allahuakbar; Allah Maha Besar.
Hanya Kau Tuhan Yang Satu,
dan hanya padaMu ku hambakan seluruh hidup,
Bertemankan harapan agar nanti bila aku dipanggil;
Sisa-sisa hitam dan hampas hidupku tidak lagi ku bawa;
Dalam perjalanan dan kembara bertemuMu, Ya Wadud.

Ya Latif, Tuhan Yang Maha Lembut,
Titiskanlah kelembutanMu pada qalbuku,
Agar basah tapak qalbu untuk ku semai cinta;
Untuk ku baja kasih dan rindu,
Agar nanti tumbuh dengan kukuh pohon hidup hanya keranaMu..

Ya Muhyi,
Kau Maha Menghidupkan,
Dan kini aku hidup keranaMu,
Ya Mumit,
Tuhan Yang Maha Mematikan,
Ketika ini suaraku merayu agar nanti;
Aku dimatikan dalam pautan dahan cahayaMu..
Agar nanti bertemu ku dengan Nur dariMu,
Dan jauh dari Nar yang sentiasa ada untuk menunggu...


Amin, Ya Rabbal 'alamin...