Wednesday, June 27, 2012

Ya Allah berikan aku sekuat-kuat kemampuan




Assalamualaikum..

"Kadang-kadang ALLAH swt sembunyikan matahari, Dia datangkan petir & kilat, kita menangis & tertanya2 kemana hilangnya sinar tetapi rupa2nya ALLAH swt nak hadiahkan kita pelangi ;)"


"Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah. Kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah al-Quran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran. Teguhkanlah keyakinan kepadaNYA... Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan… Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. .Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai dengan nawaitu yang suci, itu hak istimewa dari Allah.. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. .. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga."

Hari-hari diteruskan seperti biasa. Kadang-kadang hidup memerlukan motivasi dari diri sendiri utk memasakkan azam yg kadang-kadang cepat sangat untuk terpesong.. Azam itu pernah suatu ketika membuatkan aku berkobar kobar untuk berubah.. Pernah juga azam itu membuatkan aku jadi kuat untuk menepis pelbagai jenis ujian yang datang. Namun pernah juga azam itu jadi luntur dek kerana terlalu memikirkan keseronokkan dan kebahagiaan dunia. Ya Allah mohon Kau pasakkan sekukuhnya azam ini dalam diri agar hidayahMu masih mampu aku rasai.. Hidup ini ada kalanya susah untuk memujuk hati.. Bukan memujuk hati orang tetapi hati sendiri.. Sebab antara kehendak hati dan akal saling bergelutan.. Tidak cukup dengan itu, antara kehendak hati dan takdir Allah yang cukup baik itu juga hebat bersaing. Dan akhirnya, yang menang adalah ketetapan takdir Allah yang sudah tertulis di sana. Di Luh Mahfudz…


Allah dah bagi peringatan supaya kita menjaga perhubungan sesama lawan jenis. Hmm, tapi susah kita nak faham (termasuklah orang yang menulis ni)

"awak jgn buat saya terlalu gembira dengan perhatian yg awak berikan pada saya.tolonglah. jangan beri saya harapan yang sangat menggunung.. Saya x boleh nak elak dari menyenanginya jika tanpa awak". Antara contoh dialog yg kerap kali membuatkan aku terleka.. 

Bukannya apa, kadang-kadang orang tu layan kita sama je macam kawan dia yang lain.. Layan di sini begitu layan orang lain pun begitu.. Sama.. tapi disebabkan hati perempuan ni mudah tersentuh, kita pun dah start sayang and etc etc  pada kawan tu.,, Tapi sebenarnya dia biasa-biasa je. So girls, beware. The heart is fragile, so handle with care. =) 

Mencintai dan dicintai.. Fitrahnya, suatu kemestian buat seorang insan… Hadirnya perasaan ini mungkin di kala ketidakmatangan dalam menilai cinta yang sejati. Namun, saat hati sudah pulang kepada Tuhan, cinta itu kembali bertandang dan berbunga semula. Ia mengundang 1001 kecelaruan…

Kenangan manis mahu pun sejarah hitam begitu asyik berputar menenggelamkan prinsip "bercinta selepas nikah". Bukan mudah diusir... Bukan mudah melupakan. Hanya Allah yang Maha Mengetahui betapa sengsara dan laranya hati menanggung seksa keseorangan.



Buat mereka yang pernah bercinta dan mahu berubah, kembali kepada yang lebih berhak, TAHNIAH!
Buat mereka yang sedang derita dan bermuhajadah dalam kecelaruan cintanya, TAHNIAH!
Buat mereka yang tidak putus asa berusaha untuk mencari cinta Tuhan semula, TAHNIAH!
Buat mereka yang terseksa dengan amukan nafsu cinta remaja dan kini sedang mengubatinya, TAHNIAH!



TAHNIAH dan pujilah diri!
Itu adalah satu kebanggaan! Satu kehormatan yang tertinggi daripada mereka yang tidak pernah bercinta. Untungnya juga mereka ini yang pernah merasa syoknya bercinta dan deritanya bercinta… Dan diri ini menginginkan sebuah cinta…Terapi mujahadah yang paling besar buat seorang hamba adalah melawan nafsunya sendiri!

Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?". Baginda berkata, "Peperangan melawan hawa nafsu." (Riwayat Al Baihaqi)

Dalam Ihya Ulumuddin, Imam Al-Ghazali juga ada menyatakan :

"Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin… Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah. Dia tidak akan sanggup melakukan sesuatu yang maksiat."

PUJUKLAH DIRI, LEPASKAN DIA PERGI

Hasil didikan (tarbiyyah) cinta dusta mengajar kita untuk tidak berpaling ke lembah hina itu lagi... "Putus cinta dan mahu bercinta kembali perlu dibuang jauh-jauh… Nyahkan dari otak! Hapuskan dari hati! Begitulah tanda kita untuk menjaga hati selepas di hati kamu.. Kesian dia selepas di hati kamu itu…

Lihatlah wahai hamba kesayangan Allah, Allah mahu ajar kita, mahu didik kita, mahu tarbiyyah diri kita, betapa cinta sebelum nikah adalah hina.. Mudahnya diri terperangkap dalam noda dan dosa.. Asmara itu tidak bernafsu ketika akad.. Kerana kesuciannya telah dibunuh hidup-hidup oleh kata-kata manis sang jejaka.


Ya! Mungkin kita cair dengan pujukan dan keindahan rupa si dia, tetapi itu tidak menjanjikan kebahagiaan selamanya yang kita cari. Hati kita sebenarnya tidak puas! Tidak puas menagih cinta dan kasih sayang manusia.

Cubalah renungkan kembali. Air mata kita begitu murah hanya kerana cinta manusia! Lemahnya diri tertawan dengan janji-janji si mulut manis… Tubuh badan diratah, maruah tergadai dan akhirnya kita ditinggalkan dengan bodoh sekali apabila sudah muak dan bosan. Andai itu tidak terjadi, bersyukurlah. Tetapi jika sebaliknya, bagaimana?

Jika dirinya hadir melintasi kepala otak, ambillah sejadah, rendahkan dahi menyembah bumi, ciumlah haruman syurga segar mewangi sedang menanti doa-doamu sebagai tetamunya.,, Allah SWT, Tuhan kita yang telah lama dipinggarkan juga tidak putus menunggu air mata untukNya. Ketagih berbicara dengan hambaNya dengan taubat dan penyesalan yang mendalam.

Walaubagaimanapun tidak salah untuk kita mencintai seseorang tetapi biarlah kene dengan gayanya dan nawaitunya… InsyaAllah Allah akan pelihara… Berdoa dan mohon kepadaNya dengan bersungguh-sungguh supaya suatu hari nanti si dia adalah milik kita suatu hari nanti di dunia mahupun di syurga.. UNTIL JANNAH!! INSYAALLAH….

No comments: