Friday, June 29, 2012

hukum karma sebuah harapan




dapat apa kalau kita mainkan perasaan orang lain?...dapat pahala kah?..dapat duit berjuta juta kah?..

kalau tak suka.. kalau tak cinta.. kalau tak sayang.. jangan bagi someone tue harapan...jangan bagi ayat manis... jangan ada dua jantan.. jangan ada dua perempuan... jangan... jangan sakitkan hati orang.. jangan kecewakan hati orang.. sekarang Allah bayar CASH...

contoh...

dekat dia kau cakap kau sayang.... dekat dia kau cakap kau cinta dan kasih... sama layanannya.. tapi kau bagi harapan lain dekat orang lain...

kenapa mesti macam tu??..

kecewa itu sakit...

kecewa itu derita....

percaya karma.. percaya balasan Allah...dan percaya..."doa orang yang dizalimi or yang dianiaya makbul...:).. what you give.. you get back...


"semoga kau bahagia atas kecewa orang lain... semoga kau tersenyum dengan perbuatan kau"





Melihat gelagat remaja kiri dan kanan, asyik dan sibuk dengan cinta... Mereka pening memikirkan cinta yang tak jujur, tak setia, curang dan sebagainya... Saya tak pernah menghadapi sejarah hitam dalam hidup tapi pernah turut merasai kisah sahabat sehingga membawa diri ini benar-benar menghargai cinta yang Allah kurniakan... Alhamdulillah kerana kasih Allah, InsyaAllah saya cuba untuk tabah dan legakan hati... Moga ia terus bertakhta dalam hati... Tapi saya tak nak sesiapa hanya nak suami yang bertakhta di dalam hati.. Ohh rindukan suamiku.. Siapakah sebenarnya DIA suamiku? Insyaallah dan mudah-mudahan,,.

Saya teruja pada kata-kata Syaidatina Aisyah ketika ditanya tentang ciri-ciri wanita mulia, iaitu yang tidak dikenali dengan perkataan yang mengaibkan (mulut celupar) dan tidak terpedaya dengan tipu muslihat lelaki...

Bagiku, wanita solehah perlu arif tentang tabiat dan perlakuan kebanyakan lelaki. Otak mereka licik dan suka mengambil kesempatan... Habis madu sepah dibuang... Wanita yang mudah dimiliki, senang pula di permainkan dan dipersiakan... Wanita yang berhati-hati akan mendapat nilaian yang tinggi...

Wanita yang bijak, akan berjaya menangkis tipu muslihat lelaki.. Itu sifirku... Jika wanita sebegini dijadikan isteri, dia akan bertindak bijak juga dalam menggalas amanahnya sebagai isteri dan seorang ibu...

Duhai Adam,
Jangan kau beri layanan yang special kepada wanita jika tiada niat untuk menjadikannya yang SAH dan HALAL... Wanita ini lain sedikit... Cepat perasan dan mudah jatuh hati... Jangan letak harapan sekiranya hati tidak yakin... Jangan beri harapan pada yang mudah menyerap harapan... Hati wanita ini seperti kaca... Mudah pecah. Bila sudah terluka sukar untuk dirawat kembali... Jangan terlalu ramai layan wanita... Jangan layan sana dan sini nanti binasa dan di hidup ini ada hukum karmanya...

Duhai kaumku Hawa,
Jangan berharap terlalu ttinggi pada lelaki yang kamu sayangi... Kerana bila kecewa datang ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan dahsyat sekali. Jadilah wanita yang tegas, mahal, dan tidak mudah untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu...

Kata Ibnu Qayyim, cinta boleh lenyap bersama lenyapnya sebab... Ini prinsip yang cuba ku pertahankan... Kerana dengan Allah sahaja aku boleh merasai nikmat cinta yang tidak mengecewakan... InsyaAllah.. Semoga kita merasai dan menghargai perasaan ini apabila kita bersama SUAMI kita nanti....

No comments: