Wednesday, March 21, 2012

Jadikan cinta itu kerana Allah bukan nafsu





Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Cinta tidak datang dipaksa-paksa, cinta tidak datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api. Tetapi jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan dihadirkan kepada kita juga. Lelaki baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.


Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahu dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, Allah yang lebih mengetahui.


Kedatangan serang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selalin perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita harus bersediamenerima kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.


Wanita diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehinga mengenepi kudrat lelaki, tidak terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Allah itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat di kepala untuk dijunjungi, bukan dekat di bahu untuk dibebani, bukan dekat di lengan untuk dijulangi, bukan dekat di jari untuk disakiti, bukan dekat di pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat di lutut untuk ditindihi, bukan dekat di kaki untuk ditinggangi, tapi dekat di pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.


Jodoh itu rahsia Allah. Jodoh itu milik Allah, bukan milik kita. Maka letakkan ia dalam kawalan bukan mengikut hati dan perasaan.

No comments: