Sunday, March 18, 2012

awaaak...jangan pernah berputus asa dalam berdoa



Assalamualaikum 

Alhamdulillaah…..Segala Puji bagi Allah Tuhan Seru sekalian alam.Tuhan Yang Maha Rahman.Maha Rahim.. Selawat serta salam sentiasa tercurah untuk kekasih Allah,Muhammad Rasulullah Shallahu 'alaihi wassalam.Allahumma Salli wa Salim Ala Sayyidina Muhammadin wa Ala aali Sayyidina Muhammadin fi Kulli Lam Hatin wa na Fasinn bi'adadi Kulli Ma'lu Mil Lak.


Yaa Rabbi
Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Siddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Othman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Talib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum
Amiin ya Rabbal'alamin.






bayangkan,
                     bOleh jadi dari perjalanan kehidupan silam kita,
 ditemani oleh si A, si B atau si C
tetapi ALLAH  memberi keputusan agar si D yang bersama kita dalam ikatan HALAL... si D yg tak pernah kita temui sebelumnya,
 si D yang hadir tepat disaat waktu hati ingin segera HALAL..

 SUBHANALLAH

Bersama siapakah dirimu kelak dalam "Pernikahan Suci" yakinlah bahawa dia adalah pilihan terbaik ALLAH...Jodoh tetaplah Rahsia Ilahi dimana semua dirasa INDAH kerana terjadi TEPAT pada waktunya ..... ^___*
sungguh, Rencana ALLAH itu yang terbaik untuk kehidupan kita.....

Duhai bakal suamiku..
Tak pernah jemu aku menunggu kehadiranmu dalam hidupku,

Tak pernah putus ku berdoa,Moga Allah segera menemukan kita,Aku tahu dirimu juga sedang berdoa,
Aku tahu dirimu juga sedang berusaha mencariku,
Aku tahu dirimu juga sedang merinduiku..

Duhai bakal suamiku..
Aku harap,Selepas kita bertemu,Hatiku terpaut setia padamu,Begitu juga denganmu terpaut setia padaku,Ku harap pertemuan kita diredhai,Seterusnya dihalukan ke jalan cinta kerana Ilahi,Membina mahligai cinta di dunia,Yang dapat kekal sampai ke syurga-Nya..

Ku harap hubungan kita direstui oleh ayah dan emak kita,
Ku harap urusan jodoh kita dipermudahkan..
Apabila kau dan aku sudah disatukan,Ku harap kau menjadi suami soleh,
Suami yang dapat membimbingku ke jalan-Nya,

Suami yang penyayang dan setia,Suami yang sabar dengan kerenahku dan putera puteri kita,

Suami yang penuh tanggungjawab,Suami yang sempurna di mataku..

Duhai bakal suamiku..

Aku ni kuat cemburu,Aku ini terlalu manja,Aku mahu kau sentiasa disisiku,Aku mahu kau setia bersamaku,Aku mahu kau menjadi milik mutlak aku dan anak-anak,Aku akan berusaha memberi yang terbaik untukmu,Makan minummu,Pakaianmu dan lenamu,Kesihatanmu,Aku akan menjagamu dengan sebaik-baiknya..~InsyaAllah~

Andai aku tidak memuaskan hatimu,Tegurlah dengan lemah lembut,Belailah aku dengan kasih sayang,
Hargailah aku sebagai seorang perempuan,Hargailah aku sebagai ibu kepada anak-anakmu..
Aku tetap terus menunggumu,Aku tetap terus merinduimu,Aku takut kehilanganmu wahai bakal suamiku...Kita sentiasa berdoa ye...


Segeralah hadir dalam hidupku wahai bakal suamiku....

Permudahkanlah urusan jodohku Ya Allah..Hanya Kau yang mengetahui isi hatiku..

Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir

Semoga apa yang telah disampaikan ini ada manfaatnya,sy malu untuk meluahkan pada awk saya hanya mampu untuk simpulkan lisan di dalam blog ni...

Bila ada salah lisan tak bermakna mohon dimaafkan yang benar itu pasti datangnya dari Allah S.W.T dan yang salah itu datangnya dari kelemahan diri..




awaakkk lagu ni sangat bermakna buat saya.. sebab di dalam doa saya semoga awak adalah orang pertama dan terakhir buat saya...


notacinta:

  •  untuk yang telah menikah " Gapai lah Sakinah Bersamanya"
  • untuk yang dalam penantian "Gantungkan penantianmu hanya pd Rabbi''

No comments: