Friday, March 16, 2012

hati ini milik-Mu


Salam rabiulawal buat semua…
Sungguh tak sangka. begitu cepat masa berlalu. terlalu cepat. sehingga tiada masa ini untuk muhasabah diri sendiri. syukur ujian datang lagi. ujian rasa untuk menyedarkan aku semula. lalai dan leka.itulah aku.
takkan pernah hadir sesuatu rasa dalam diri kita jika bukan dengan izin-Nya. cuma kita perlu bijak untuk mengespretasikan rasa itu kepada umum. itulah lemahnya aku. untuk mengawal sendiri rasa yang hadir dalam jiwa. sayang, rindu, marah, kecewa, itulah rasa yang ada kini.
teringat pesan seorang teman. “hati ini milik Allah. Allah yang pegang hati kita. Dia berkuasa untuk membolak balik kan rasa. Dia juga yang berkuasa untuk mengubah perasaan yang ada”. sungguh aku lupa tentang kuasa Allah yang satu ini. Hanya Dia yang berkuasa untuk mengubah segala.
Terpana dan insaf aku bila teringat kata kata ini. jauh sungguh aku pergi. sering lupa. syukur Allah sayang aku. Dia uji aku. berkali kali dan berbakul bakul tanpa henti. dan aku masih ambil lewa di sini. seharusnya aku kembali pada-Nya. berungguh dan istiqamah. tapi aku tetap ambil lewa.
Dan sesungguhnya andai rasa ini juga datang dari-Nya. sujud syukur aku. kerana masih di beri peluang untuk lihat dunia yang masih tak nampak penghujungnya. dan andai rasa ini juga jalan untuk mengubah cara ku, ku pohon agar ikhlaskan hati aku dan lembutkan hati aku untuk terus dekat dengan-Mu.
aku tahu. Allah uji kerana aku mampu. Allah uji aku kerana Dia sayang aku. cuma aku kadang kadang terlalu ngada ngada mahu bermanja. ah! aku kuat dan aku mampu. tak perlu tangis dan mengadu pada mereka yang tidak rasa. hanya Allah yang tahu apa aku rasa. dan sepatutnya pada Dia saja aku mengadu dan menangis segala.
notacinta : hati, kuatlah sayang. jangan menangis lagi.

No comments: