Sunday, February 5, 2012

berubah untuk mencintai beliau kerana ALLAH


Harini aku nak jiwang-jiwang karat sikit. Hehee.. Asyik serious je kan??

    I finally found my true LOVE (auww.. weewitt)!! Before this, tak pernah sekali pun rasa LOVE macam ni.. Auwwwwww....Syok rupanya ada ada perasaan LOVE ni kan?? Sebab tu la kot remaja-remaja sekarang (eh, budak-budak tadika pun.. eh, pakcik-makcik pun!) semua sibuk nak bercinta. Mengasyikkan rupanya...

     Actually aku malas nak cerita about that, but i can't history sikit-sikit je la ye..Walaupun kami tak pernah bersua muka (alaa.. macam korang la kenal-kenal kat Facebook pastu jatuh cinta. Tapi case aku lain la), dan akhirnya dah full stop tak boleh cerita lebih-lebih ok.

Dan aku mengharap sangat-sangat yang aku dapat sang suami boleh membimbing aku dan dia boleh jadi imam solat aku dan keluarga aku la... dan aku berdoa semoga

Dia Sentiasa Tenangkan Hati Aku
Dia Buat Aku Sangat Rindukan Dia
Dia Mendengar Segala Permintaan Aku
Dia Setia Mendengar Semua Masalah Aku
Dia Sentiasa Ada di Saat Aku Perlukan Dia
Dia Sentiasa Temankan Aku di Kala Aku Kesunyian
Dia Pemberi Kekuatan Kepada Aku Untuk Sentiasa Berubah

INDAHnya cinta kepada-Nya
MANISnya cinta kepada-Nya
KEKALnya cinta kepada-Nya

 "(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu)."
[2:165]



Now,Aku akan menjauhkan diri aku daripada maksiat... Nauzubillah

Pesanan Penaja : Kepada kenalan-kenalan yang baru nak belajar bercinta or yang tengah loving-loving (I lap you, you lap me) sakan or yang macam sedih tahap cipan sebab putus cinta tu ataupun yang suka main gaduh-gaduh tu, belajarlah untuk tanamkan, curahkan rasa cinta dan kasih sayang itu kepada Allah kerana...

CINTA ALLAH ADALAH CINTA SEJATI YANG KEKAL ABADI

No comments: