Sunday, February 5, 2012

Ya ALLAH tempatkan aku di sisi orang yang baik



YA aku dah tinggalkan sifat lama aku.. sekarang ni aku lebih banyak mendekatkan diri aku kepada ALLAH... Ya kene berjihad kene zuhud kene istiqamah..


Tidak beerti manusia yang jahat akan jahat untuk selama-lamanya dan tidak beerti juga manusia yang baik akan kekal kebaikan dia...Yang paling penting bagaimana kesedaran dia terhadap-Nya..Bila aku pergi ceramah hari tu aku teringat satu kata-kata beliau yang sampai sekarang aku masih ingat.."Allah menyangi hambaNya yang bertaubat..Jadi jangan takut dengan kisah masa lalu..Allah akan pelihara keaiban masa lalu kita...Yaa aku dah sedar terlalu banyak dosa yang aku lakukan...


Alhamdulillah dengan kurniaan petunjuk hidayah ini kepada aku..Aku terlalu bersyukur sangat aku telah berhijrah daripada sifat-sifat mazmumah...Terasa tenang menguasai diri apabila aku meninggalkan zaman kenakalan aku dulu,zaman jahilliyah aku dulu....


Ya...aku lakukan ini semua kerana ALLAH..Tidak kerana sesiapa...Aku yakin yang ALLAH akan ampunkan dosa-dosa hamba-Nya....Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani...


Aku tak mampu nak meluahkan dengan kata-kata atas apa yang aku alami sekarang.. Sesungguhnya Islam itu cantik yang tersangat-sangat lah cantik... Syaitan sangatlah suka kepada manusia-manusia yang alpa lupa kepada Sang Pencipta...


Ya Allah...aku berlindung semoga hati aku mantap mencari keredhaan-Mu Ya Allah...Di ruang hati yang masih lagi sayu apabila teringat lantas aku cepat mengucapkan kalimah Astaghfirullahalazim ...Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa aku....


Percayalah Allah tidak akan membebankan hamba-Nya..Allah sangat memahami apa yang tersirat di hati kita... Jika kita tidak mampu bahawasanya Allah sedang menguji kita... Dan yang paling penting Allah sedang mengampunkan segala dosa-dosa kita...





Ya ALLAH...
semoga aku mendapat seorang suami yang sedia dan mampu mendidik aku untuk dunia dan terutama sekali di akhirat... 
Aku tak mampu melakukan dosa aku sangat-sangat lah berasa malu pada ALLAH.....

Ya Allah.... 
Semoga juga kau memberkati kehidupan ku ini..

Ya Allah...
Ampunkan segala dosa-dosa aku......

Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments: