Sunday, February 5, 2012

sweet romantik


"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

     Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku semalam. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Yela.. Umur baru19 tahun. Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..).

     Bagi si adam, tanggungjawab anda selepas berkeluarga sangat besar. Anda diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia muda inilah anda perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu anda. Baik bimbingan anda, insyaAllah ringanlah bahu anda. Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri).

     Bagi si hawa pula iaitu saya sendiri, anda juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas anda untuk membahagiakan dan meringankan beban suami anda (uik, terasa pulak. ngee..)

     Tempoh perkenalan yang lama diantara si dara dan si teruna juga bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan).

      Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).


********************

Tetttt aku dah jatuh cinta ke??? hahahaha...Ok abaikan...
Aku nak cintakan suami aku kerana ALLAH ok... muah muah muah...

1 comment:

leyrashid said...

aku telah jatuh cinta kepada mu....ya kepada back ground muzik mu...moga Allah mendengar doa mu.