Saturday, December 3, 2011

Review : Ombak Rindu


Assalamualaikum dan Salam Jumaat. 

Baru lepas merindu,menangis,mentension..dan macam-macam la yang ada..

Back to the topic, entry ni aku nak cerita dan buat review tentang Filem Ombak Rindu. Memang tipu lah kan, kalau orang lain pon semua dok sibuk-sibuk cerita dan kepoh-kepoh pasal ombak sana, ombak sini. Inikan pulak aku? For sure lah, aku adalah antara salah seorang yang excited jugak nak tengok filem ni :) 


Baru je tadi aku tengok Filem Ombak Rindu ni kat Minds,Serdang dengan membe-membe kelas aku..Pergi tanpa dirancang sebenarnya..hahaha.. Rasa macam ketinggalan sikit lah, sebab dapat tengok filem ni pada hari kedua. Tapi, aku rasa ramai lagi kot yang tak sempat nak tengok? hekhekhek ! Sebelum aku pergi nengok filem ni tadi, aku sibuk2 jugak usha-usha page facebook kawan2 aku yang mana dah tengok. Ada yang cakap filem ni biasa2 je dan ok2 je. Dan watak yang dibawa oleh Maya Karin x berapa best. Dan ada jugak yang mengatakan Maya Karin sesuai berlakon jadi pontianak je? haha. hampehs! Tuh ulasan dan komen daripada kawan2 aku lah. Aku pon assume macam cerita ni biasa2 je. 

Nak tau ape pulak comment daripada aku???
Ok sumpahhhh tak tipu memang BEST YANG TERAMAT SANGAT ok! Bagi kaum perempuan yang berhati sensitip memang akan menghayati lah filem ni. Yang kata x best tuh,mungkin orang tersebut x menghayati. haha. X pon, mungkin mereka terlepas scene-scene yang best sebab pergi toilet ke, or whutever. hoho.


So far, jalan cerita dalam filem ni memang bestttt giler. Dan bagi sape2 yang dah mengikuti cerita Ombak Rindu ni since novel, mesti lagi rasa best. Aku boleh bagi 20 bintang untuk filem ni. HAHA. sape suruh best sgt, kan dah terroverdose kasi bintang :'D 

Ok aku kasi sinopsis cerita ni dulu. Copy paste je pon. 

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Lakonan Aaron Aziz memang menjadi sangat-sangatlah. Romantic abis. Aku kadang2 fikir gak, isteri dia x jeless ke bila tengok babak2 manja Aaron dengan pelakon lain? huhu. Mula-mula dalam cerita ni, Aaron memang x suka pon dengan Izzah (Maya Karin). Alasannya, sebab si Izzah ni perempuan kampung. Last-last,  jatuh cinta jugak. Betollah orang cakap, mula2 je benci, lama2 jadi sayang. 

Dalam filem ni jugak, aku suka dengan watak Maya Karin :) Mungkin sebab dia bertudung. Cantikkk ok dan tak nampak macam janggal pon dia bawak watak wanita bertudung. Dia pakai tudung pon cantik. Sweet je :)

Nih haaa..watak jahat dalam cerita ni. haha. Bukan watak jahat sangat pon. Alahh, normal lah, bila dapat tau orang yang kita sayang, then kita rasa macam nak "eeee..nak kuti2 jeee". So far, Lisa Surihani ni pon mmg bessttt dan memang cantik sangat2. Lagi cantik daripada Maya Karin. hehe. Tapi Maya Karin lagi cantik. Eh, pening. Dua-dualah cantik senang cite.

Jadi kesimpulannya, bagi sesiapa yang tertanya-tanya, besttt ke Filem Ombak Rindu ni. Bagi aku, memang besttt yang teramat sangat and filem  ni memang berjaya buat air mata aku mengalir tengok tadi.haha. . huahua. Aku x nak cerita lebih-lebih kat entry ni,  Better pegi nengok sendiri :) 

No comments: