Monday, November 28, 2011

menangis dalam solat



Assalamualaikum !

Adakah anda pernah menangis dalam solat ? Mungkin sesetengah orang sekali atau tidak pernah langsung menangis ketika dalam solat . Tidak mengapa menangis dalam solat biarlah sekadar sahaja janganlah tersekat-sekat bacaannya .


Menangis sewajarnya kerana rasa menyerah diri kepada Allah yang teramat sangat kerana takut azabNYA, pohon rahmatNYA , sedar akan diri yang dhaif di sisiAllah atau sebab-sebab lain . Jika menangis tentang perkara lain seperti kehilangan ayah atau ibu , kena marah dengan big boss , putus cinta dan sebagainya tak digalakkan kerana ia tak khusyuk dan jika terkeluar suara boleh batal solat tersebut .



Menangislah seperti Saidina Abu Bakar , yang hangus hatinya kerana takutkan Allah SWT sehingga terbau bau hatinya kepada makmum .


Jika menangis kerana sayangkan Allah SWT , jika bacaan surah tersekat-sekat kerana esakan , dibolehkan . Kalau rukun qauli ( alfatihah , takbiratul lihram , tasayhud akhir , selawat dan sebagainya ) tersekat-sekat sehingga mengubah mahraj dan mengganggu bacaan , wajib diulang . Jika surah tak diulang pun tidak mengapa .


Sebab-sebab menangis dalam solat .

1. Ada orang menangis ketika solat kerana takut seksaan Allah SWT , bertaubat.
2. Ada orang menangis ketika solat kerana dalam kesusahan .
3. Ada orang menangis ketika solat kerana cintakan Allah .


Orang yang menangis ketika solat kerana dalam sesusahan atau kesedihan , adalah orang yang meletakkan  dirinya dalam hina dan meletakkan Allah sbagai pemurah , maha kaya . Orang ini tahu yang dia adalah hamba dan tidak mempunyai apa-apa pun . Macam dalam kisah Nabi Ayub a.s . Nabi Ayub a.s menangis , mengadu dan memohon kepada Allah tentang penyakit dirinya . Dia kehilangan orang rapat kerana penyakitnya . Tapi Nabi Ayub a.s tak pernah putus-putus berdoa kepada Allah .


Orang yang menangis ketika solat kerana cintakan Allah , adalah orang yang meletakkan Allah sebagai kekashnya . Menangis ketika sembahyang itu maknanya jiwa seseorang itu dekat dengan Allah . Sentiasa bertawadduk , malah hati yang sentiasa dengan Allah akan selalu menangis apabila melihat kemungkaran . Hatta sesaat dia lupa dengan Tuhan dia akan merasa bersalah . Kita hendaklah sentiasa memohon kepada Allah agar hati kita tidak lalai dari mengingati Dia .