Monday, December 5, 2011

kau gembira aku pasrah


Mungkin jika mereka berada disini,
rapat dihati ini,
mereka akan faham,
bagaimana keadaan sebenar semasa ia berfungsi.


tapi tak apalah,
tak payah beria sangat nak orang faham kita,
sebab tak ada guna pun,
mereka bukan boleh buat apa.


bagi aku,
aku tak kesah,
bila,
kau hina aku,
kau keji aku,
kau fitnah aku,
kau kutuk aku,
kau menyakiti hati aku.
itu semua tidak mengapa,
kalau kau rasa perbuatan itu yang boleh buat kau gembira,
buatlah.....buatlah ikut hati kau
aku redha aku ikhlas.
dan aku maafkan semuanya.


sebab aku sedar,
ujian aku baru sikit,
jauh tarafnya jika dibanding dengan ujian yang tuhan beri pada nabi.
aku masih ada ayah, masih ada ibu, masih ada keluarga yang besar,masih ada sahabat yang menyayangi, masih ada semua. aku tak pernah pun sekali rasa kehilangan. tidak pernah merasa kehilangan keluarga terdekat dan tidak pernah rasa ditinggalkan kekasih. ini sudah cukup bagi aku. anggota badan pun cukup semua. 




aku tidak rabun,
tidak buta,
tidak pekak,
tidak cacat,
tidak sumbing,
tidak tempang,
ye aku sedar,
aku cukup semua.


sebab itu aku percaya yang tuhan itu maha adil. Dia tarik nikmat sikit dekat sana, dan Dia beri nikmat sikit dekat sini. semoga hari akan datang lebih baik dari hari sebelum ini....

aku merayu tolong pergi dari aku jika kau masih tetap untuk menyakiti aku....
semoga kau berubah..ye aku sentiasa akan mendoakan kau...

No comments: