Thursday, March 10, 2011

tips CANTIKKAN MATA

1. TANGGALKAN SOLEKAN DIMATA DENGAN MAKE UP REMOVER YG SESUAI
  • Setiap kali menaggalkan solekan dimata, pastikan mata dioles lembut dengan kapas khas yang bersih dan lembut. Pastikan kapas menyerap cecair atau krim penaggal sepenuhnya, kemudian barulah digosokkan pada mata. Pastikan lenturan tangan semasa menggosok lembut kerana sekitar mata yang begitu sensitif dan mudah kendur jika selalu digosok dengan kuat.
2. TIDUR YANG MENCUKUPI
  • Tidur adalah asas utama dalam kecantikan dan kesegaran mata. Tidur yang mencukupi meghindarkan mata yang sembap, bengkak dan dipenuhi 'eyebag' serta lingkaran hitam dibawah mata. Pastikan waktu tidur anda mengcukupi 8 jam, tidak kurang dan tidak lebih.
3. GUNAKAN KRIM MATA YANG SESUAI
  • Apabila selepas pulang dari kerja, dan kita telah menaggalkan make up dengan make up remover, maka penjagaan mata sebelum tidur adalah sangat penting. Sebelum tidur, anda digalakan mengoles sedikit krim mata bagi mengelakkan lingkaran hitam, garis halus dan mata yang tidak bermaya. di bahagian ini juga, kami akan menyenaraikan produk-produk yang disarankan dan sangat baik untuk mata.
4. SEGARKAN MATA DENGAN TEH UNCANG ANDA
  • Uncang teh terpakai untuk mata. Ya, banyak benarnya pada khasiat mata. Ia menyegarkan mata yang seharian letih bekerja. Ambil masa untuk relak dengan uncang ini dalam 10 hingga 15 minit. Rasai nikmat kesegarannya.
5. JANGAN MENATAP SKRIN KOMPUTER TERLALU LAMA
Setiap hari menatap skrin komputer, banyak kesannya pada kesihatan mata. Jika mata anda memberi isyarat yang tidak menyenangkan seperti pedih dan sebagainya, eloklah berehat seketika dari terus meghadap komputer. Carilah gambar pemandangan atau apa sahaja selain terus menatap komputer.

2 comments:

anys nadhilah said...

anys amek tip ni :)

Cahaya Ain said...

boleh je...aira x kesah...hahaha