Sunday, February 27, 2011

WANITA




Wanita, makhluk ciptaan Allah s.w.t yang terselindung padanya khazanah kerahsiaan.Tanpa wanita, hidup seseorang lelaki akan sunyi. Kejadian seorang wanita itu unik.dialah penawar kalbu, penyejuk hati dan penyemarak obor semangat juang para mujahid.demi menyara kehidupan isteri, seorang suami sanggup keluar membanting tulang mencari nafkah.




Perkahwinan merupakan satu kehidupan yang indah,selamat, tenang, dan bahagia buat insan bergelar wanita. Begitu juga dengan lelaki. Namun, sedarilah wanita itu kondisi sebenarnya lebih perlu bernikah berbanding lelaki kerana fitrahnya kaum suami dicipta untuk memimpin,melindungi,menyayangi kaum isteri. Bersesuaian dengan fizikal lelaki yang labih kuat berbanding kaum wanita.





Islam memahami kehendak fitrah manusia iaitu untuk disayangi dan menyayangi. Oleh itu,perkahwinan disediakan sebagai jalan untuk menambahkan lagi kekuatan umat islam sekali gus menutup laluan-laluan syaitan. Berkahwin adlah satu cara halal untukmanusia menyalurkan rasa kasih sayang, tanggungjawab,dan naluri seks secara terpimpin dan teratur.





Sebelum perkahwinan dilangsungkan akan berlangsunglah proses peminangan agar lelaki dan wanita itu dapat mengenali hati budi pasangan masing-masing. Adakah mereka layak dinikahkan. Diingatkan bahawa adalah haram meminang wanita yang sudah bertunang atau wanita yang di dalam 'iddah raj'i ('iddah yang boleh di rujuk semula oleh suami).


Sabda rasulallah s.aw yang bermaksud:"Rasulallah s.a.w melarang seorang lelaki meminang di atas peminangan orang lain,sehinggalah peminangan yang pertama membatalkan peminangannya atau mengizinkannya" (riwayat ahmad)



Lelaki juga dibolehkan untuk melihat wanita yang dipinangnya iaitu di muka dan tapak tangannya dengan syarat di temani oleh mahramnya. Pemingan juga boleh dilakukan melalui orang perantaraan yang di lantik oleh pihak lelaki.

2 comments:

Anonymous said...

perkahwinan tu membuatkan kita lebih semngat untuk beribadah. :)

Nobita Sensei said...

mencari isteri solehah..