Saban malam ada sahaja meeting dan program yang perlu dihadiri.
Rasa seperti tidak ada masa untuk diri sendiri.
Rumah dan bilik perlu dikemas. Masih bersepah semenjak pulang dari bercuti tempoh hari. Jadual harian yang dirancang tidak berjalan seperti yang dikehendaki. Seolah-olah masa yang mengawal diri ini. Bukan diri yang mengawal masa.
Menanti teman di ruang legar bangunan kuliah sementara menanti mereka habis kelas.
Aku cuma berharap agar aku ada lebih masa untuk kerja-kerja lain dan melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri, Allah dan Rasul serta ibu bapa dan keluarga,juga sahabat - sahabat fillah.
Allah, mudahkanlah.
No comments:
Post a Comment