Monday, January 14, 2013

Pada ' WORD MUSLIMAH '


Assalamualaikum and selamat bercuti bagi sesiapa yg bercuti seperti ain sedang menikmati cuti selama seminggu alhamdulillah.. 

Ok, minggu lepas ain dapat komen dari seorang pembaca blog:

"salam kak... blh x buat 1 entry ttg the word 'muslimah'. skrg ni byk sgt dengar ttg muslimah sejati, busana muslimah, menutup aurat. tp adakah benar2 menutup aurat andai pakaian tu tidak ketat tp menampakkan bentuk badan seseorg perempuan. tudung plk tidak menutupi bahagian dada.contohnya dalam program Safiyya... perkara2 mcm ni blh buat kita keliru kan. harap2 akk dpt membantu saya yg jahil ni. tq kak" 

sorry dik, akak ambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan adik ni. bukan akak tak amik cakna, tapi akak tak cukup kekuatan untuk membicara hal yang agak senkutip ni.. akak pernah berbicara hal ini dan ada yg terasa dan cakap: "takde topik lain dah ker nak ckp selain hal aurat?". atas kelemahan iman dan skill dakwah yg tak seberapa, akak amik jalan 'play save'. dan alhamdulillah, hari ini Allah bagi kekuatan untuk agak tarikan jemari gebu akak ni untuk berkongsi ilmu, fakta dan diserikan dgn auta... ;) eh tak! entry serius yg tak ade auta kali ni...


firstttttttttt skali, fahamkan aurat kita sebagai wanita:

Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

di sini, kita faham bahawa aurat wanita adalah seluruh tubuhnya kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja. maksudnya WAJIBlah ditutup bukan dibalut aurat itu selain muka dan pergelangan tangan. jadi stokin pon mesti pakai kerana kaki juga aurat!


berbalik pada soalan adik tadi:
pakaian tu tidak ketat tapi menampakkan bentuk badan seorang perempuan.

kalau ketat memang sah2lah tak boleh kan... tapi sekarang persoalannya tidak ketat tapi menampakkan bentuk badan. oke, kita guna contoh la yer senang.

  • pakai jubah kain lycra... dah longgar tapi sebab kain ni jenis melekat, nampaklah susuk badan kita. so, misi menutup aurat gagal di situ...
  • let say, pakai baju loose tapi nipis, kat dalam tu kita pakai inner dan inner tu adalah melekat di badan dan terzahir susuk tubuh kita... misi gagal lagi.
  • dannnnnnnn... hal yang terlepas pandang: pakai jubah besar, hitam, kain tak nipis... tapi bersifat flowing dan bila angin datang, terzahirlah tiang bendera 2 batang. bagaimana tu? ain pon tertanya ni... tapi for me, ain jatuhkan hukum wajib ke atas diri ain sendiri untuk pakai kain/skirt kat dalam bila berjubah. so, bila ditiup angin sepoi2 tak berape reti bahasa tu, tidaklah kelihatan tiang bendera yg 2 batang itu....


soalan kedua:
tudung tidak menutup bahagian dada.

ini lagi satu salah faham tentang aurat. kita fikir bila dah bertudung dah menutup aurat. belum lagi... itu just a step closer utk menutup aurat. bertudung ini ada syaratnya: mesti labuh dan MENUTUP bahagian dada.


"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)


terkadang kan... ain juga marah dengan sesetengah butik pakaian yg menggunakan word 'busana muslimah' tapi jual pakaian yg mereka claim as 'busana muslimah' tu ketat mengening! nipis! sedih la juga... 


"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak." 
(Hr. Bukhari dan Muslim)
mungkin AURAT lah yg menjadi penyumbang terbesar saham kita ke neraka. oleh kerana nafsu wanita yg sembilan itu, ramai antara kita tak mampu menahan nafsu berhias dan ingin tampil cantik. percayalah, kita masih mampu cantik dan berhias dengan berlandaskan apa yg disyariatkan...


ain rasa... tu jer la kot yg ain nak kongsi... nak lebih2 pun, ain masih di fasa belajar tentang banyak hal lagi., kalau tak setuju @ tak suka, jgn bom blog ain! or jgn mark as spam. tekan tanda X di sebelah kanan paling atas tu jer tau. then pergila layan mana2 online blogshop. ;)
sesungguhnya yg baik dari Allah... yang lemah dari kelemahan ain sendiri... wallahuallam...





Nota Cinta:
Proses menjadi solehah tu bukan dengan menukar pakaian sahaja tetapi hati perlu diisi dengan ilmu. Bila hati kita terisi dengan ilmu, insha Allah ianya akan menambah iman dalam diri kita. Bila iman bertambah, jiwa kita akan selalu tergerak untuk berbuat kebaikan -Haruman Mawar

No comments: