Tuesday, January 15, 2013

Cinta Naluri Keibuan

 Tiba - tiba sayup - sayup je hati ni merindui anak - anak jagaan di nursery.. yela cuti seminggu duduk rumah tak dapat la jumpa anak - anak Ummi.. hehe
 
Kali ni nak buat entri pasal Naluri seorang ibu ataupun perasaan seorang ibu terhadap anak-anak. 
 
ecewaaahh cakap macam dah jadi ibu pulak yer....
 
 
mungkin dengan adanya perasaan dan naluri ibu ni membuatkan ramai yang berkata muka aku ni macam dah '' mak orang ''
 
hahaha... memandai je la kan diorang ni... tapi rasa macam betol jugak...


oh yer alhamdulillah ain selesai baca buku 
 


 


tapi yang ni ain tak selesai baca lagi...
sesiapa yang nak kahwin atau bakal melahirkan zuriat elok la ada 1 buku ni untuk baca... panduan yang lengkap dari lahir hingga la didikan yang sewajarnya untuk anak kita.. InsyaAllah.. harga buku ni tak silap hari tu ain beli kat popular Nilai, Negeri Sembilan RM80...

 
 
 
Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding pendidikan rohani dan sahsiah diri.
 
Kadang - kadang pernah terfikir bila ain jadi seorang ibu ain tak mahu kerja, mahu jadi suri rumah sepenuh masa sebab nak membesarkan anak depan mata ain, nak beri kelengkapan yang sebaiknya pada suami dan anak.. InsyaAllah
 
 
 

Terasa pilu dan kesian sangat sewaktu meninggalkan anak kecil itu yang sangat memerlukan belaian dan jagaan dari ibunya sendiri..
 
So, sebagai ibubapa fahamilah perasaan & rintihan jiwa anak-anak yang kita tinggalkan seharian di bawah jagaan sama ada di Nursery mahupun di bawah jagaan orang perseorangan. 




Kasih sayang ibubapa tak akan sama dengan orang yang menjaganya.
 
 
 Renungkan lah, seolah-olah anak kecil itu tidak lagi boleh menilai mana satu 'MAMA' nya, asalkan diri dia di ambil untuk di bawa pulang.
 
 
Tapi fikir - fikir balik kesian pulak pada suami nanti sebab terpaksa menanggung kehidupan sendirian... Ain mahu membantunya dalam soal ekonomi...
 
 
InsyaAllah kerjaya seorang guru tak mengganggu masa.. ramai yang kata kerja guru ni seronok sebab banyak masa dengan keluarga.. Harap - harap begitu la...


Sebagai ibu, balik dari kerja binalah kualiti hidup bersama anak, fikirkan juga perasaan anak2 kita yang amat dahagakan kasih sayang dari kita sendiri. Jangan ditengking dan tinggikan suara pada anak2 yang terlalu naif untuk mengerti 'apa sebab atau alasan' yang mana kita terpaksa menghantar mereka di bawah jagaan orang ketiga..
 
 
 
Ibu bapa ni perlu ilmu untuk membentuk masa depan anak - anak


mungkin pada ain, pelbagai reaksi ibu bapa apabila ditanya mengenai anak dan harapan.. Bercakap mudah, tapi dari segi pelaksanaan mungkin berbeza dalam membentuk kejayaan masa depan anak.

Menurut Pakar Motivasi dan Kaunseling Keluarga, Dr Robiah Kulup Hamzah berkata ibu bapa memainkan peranan penting sejak dari awal lagi.

"Kebanyakan ibu bapa tidak ada visi dan misi yang jelas dalam mencorakkanmasa depan anak. Mereka hanya proses anak tetapi tapi tidak tahu apa perancangan yang sepatutnya dilakukan seterusnya.


 Jika ibu bapa gagal merancang, sebenarnya mereka merancang untuk gagalmendidik anak.

kadang2 tu terdapat sesetengah ibu bapa mengambil jalan mudah dalam membesarkan anak. Mereka masukkan anak sejak bayi lagi ke pusat asuhan kanan-kanak, tadika, sekolah dan seterusnya masuk universiti dan serahkan bulat-bulat kepada pihak tersebut untuk mendidik.
 
Sikap ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada pihak sekolah sepenuhnya adalah kurang wajar. Anak bukan bahan buangan atau kitar semula untuk disumbatkan ke mana-mana tempat.
 
 
Ini menyebabkan sebilangan ibu bapa kurang mengambil berat soal anak di sekolah. Apabila ada perjumpaan ibu bapa dan guru, mereka tidak tahu apa nak ditanyakan kepada tenaga pengajar mengenai anak mereka," tambahnya.
Anak yang pergi sekolah tanpa tujuan seolah-olah mempelajari ilmu tanpa jiwa. Kekuatan dirinya hilang dan tidak tahu kenapa perlu belajar. 
 
 
Harapan ibu bapa mahukan anak mereka berjaya, tetapi akibat kemahuan antara kedua-duanya tidak sehaluan, maka ia temui kegagalan.
"Contohnya, ibu bapa mahukan anak jadi jurutera dan dihantar belajar ke universiti dalam bidang kejuruteraan, sedangkan anak minat bidang seni. Akhirnya dia menjadi jurutera yang tiada jiwa."

Anak yang dididik mengikut acuan ibu bapa secara total tanpa perundingan, mungkin anak boleh berjaya. Namun kesannya, ada anak yang tidak nampak fokus ke mana hendak pergi selepas tamat belajar, tidak mampu berdikari dan malas bekerja.
"Oleh itu ibu bapa perlu berunding dengan anak mengenai masa depannya dan capai persetujuan antara kedua-duanya.

"Jika ibu bapa mampu melihat potensi anak dan diberi dorongan, dia mampu menjadi insan berjaya dalam bidang yang diminatinya."
 
Beliau menegaskan bahawa ibu bapalah perlu ada kerangka perancangan yang jelas dalam membesarkan anak agar dapat melihat hasil didikan yang cemerlang. Ia umpama menanam anak pokok yang perlu dijaga, disiram dan dibajai pada tahap tertentu untuk mendapatkan hasil buah yang baik.


"Ibu bapa perlu tingkatkan kemahiran keibubapaan mereka dari segi pengurusan, penilaian, perundingan dengan anak. Ibu bapa perlu adatransformasi fikiran, perasaan, perbuatan dan pertuturan untuk mendekati anak pada zaman ini."
 
Tambahnya, agama boleh menjadi benteng anak dalam menghadapi cabaran hidup, jika diletakkan secara betul.



"Didik anak agar sentiasa hatinya berhubung dengan ALLAH SWT. Ini secara langsung dapat mengeratkan hubungannya dengan ibu bapa dan masyarakat sekeliling," katanya

 Notacinta : buat Lelaki Masa Hadapan nanti kita didik anak kita gunakan naluri kasih sayang yer sebab ia adalah satu rahmat Allah yang amat berharga. Setitis nikmat kasih sayang ini, memberikan kita selaut manfaat dan kebaikan khususnya dalam usaha mendidik anak kita. 

 
 inysaAllah kita besarkan anak kita sama - sama yer...



 

Ain tengah menyusukan Farah anak pakcik ain.. hehe
ada sikit tak muka ibunya? hehe


No comments: