Saturday, December 22, 2012

Tersirat Kehidupan

Assalamualaikum dan salam kemaafan pinta dari saudaramu


Yer mungkin sebelum ni ain kerap mengupdate tentang diri ain... 


tentang dunia. mungkin
tentang khayalan. mungkin
tentang keseronokan. mungkin


MasyaAllah.. jauhkan aku dari perkara yang sia - sia dan jangan Kau sibukkan aku dengan menelaah perkara yang sia - sia dengan terbuangnya masa yang hanya sia - sia.. Kau hampirkan aku dengan kasih cintaMu dengan kesibukan dan tanggungjawab amanah yang diberi untuk perkara yang bermanfaat..




'' Maafkan hambaMu ini Ya Rahman kerana tidak berdakwah dan mengajak oranglain untuk kebaikan...


Oh yer ain mahu kongsi sedikit sebanyak dari buku penulisan Dr Yusuf Qhardawi.. Siapa tidak kenal beliau marilah mengenali beliau yer...


Perlu kita tahu siapa ulama'. Perlu kita tahu siapa ilmuan. Perlu kita tahu siapa da'ei. Dan paling penting perlu kita tahu siapa diri kita sendiri sebelum mengetahui siapa orang yang terdekat bersama kita...


Kenapa?


Sebab pada diri kita la yang akan menyumbangkan untuk diri sendiri mahupun orang lain.. 


Dan kerana itulah kita diciptakan dan dipilih oleh Allah sebagai Khalifah setelah di dalam Alam Arwah ke Alam Rahim kemudian ke Alam Dunia kemudian seterusnya sebagai penentuan dan pengadilan kita untuk ke syurga mahupun ke neraka..


Mana yang kita pilih???


Sedangkan orang yang menghisap dadah pun mahu ke syurga apatah lagi kita yang masih mampu untuk berfikir dengan baik...


Ain nak cerita satu kisah semasa Ain di Tahfiz sekejap seketika dulu


Kami Muslimat seramai 4 orang diberi amanah untuk ' menarik ' penghidap dadah..


Mungkin sukar pada kami tapi disebabkan kami mahu mencuba dan kami ingin mereka menjadi orang yang baik


Kasihan pada mereka sebenarnya... Kebanyakan mereka mengalami tekanan.. Ya ! tekanan yang pelbagai...


Sangat kasihan...


Kita tidak sepatutnya salahkan mereka 100 % sebab separuh lagi adalah salah kita kerana kita sepatutnya menarik mereka.. Mereka dah terlajak jadi mereka susah untuk berundur kembali...


Menyayat hati apabila Ain bertanya dengan seorang pakcik penghidap ini


'' Pakcik.. kenapa pakcik jadi macam ni? mana anak2 dan isteri pakcik? ''

'' Mereka tidak menghiraukan pakcik jadi biar la pakcik dengan kehidupan pakcik.. pakcik bahagia '' kata pakcik

'' pakcik.. tak semudah ini kita nak bahagia '' kataku


tiba - tiba pakcik tu buka cerita kisah kehidupan dia dahulu. Ain cuba sedaya upaya untuk menjadi pendengar yang solehah walau hati sebenarnya takut untuk mendekati


'' perjalanan pakcik sangat sedih.. Dulu pakcik seorang yang mewah.. pakcik ada seorang isteri dan ada 2 orang anak.. mungkin adalah silap pakcik sendiri kerana tidak mendidik anak dan isteri lebih memberikan mereka dengan kemewahan.. Akhirnya mereka sedikit tidak menghiraukan pakcik malah menggunakan kemewahan yang pakcik beri itu dengan hiburan mereka.. pakcik tak menghargai dan amal apa yang pakcik belajar dulu.. Pakcik tak reti mengaji boleh anak ajar pakcik mengaji tak ada siapa nak tolong pakcik.. Ada seorang kawan pakcik biarkan sahaja pakcik terawang2 masa mula - mula pakcik menyentuh ini.... tunjukkan pakcik jalan, tanpa sesiapa yang bantu pakcik tak kuat.. ''


Allah .. Kasihan pakcik itu.. sebenarnya dia dah ada niat dan dia pernah berusaha tapi kadang - kadang tu bila sesuatu ketagihan untuk beralih kepada kesempurnaan tidak semudah yang disangka..


Ya ! tiada siapa yang dapat mengubah diri kita kecuali adalah diri kita sendiri yang mengubahnya...


Tapi kene ingat ! Nabi Muhammad SAW pernah berpesan

'' sampai dan ajak la kebaikan pada orang lain walau sedikit ''

Melalui penyampaian dan ajakan kita mungkin mereka lagi teguh untuk pendirian mereka jadi yang lebih baik.. InsyaAllah




Alhamdulillah, Ain dan anda cukup beruntung kerana memilih 

Islam sebagai agama anutan,
Islam agama terbaik, 
Islam agama sempurna, 
Islam agama fitrah, 
Islam datang dari Allah SWT. .

Tidak seperti orang lain yang terpaksa menempuh pelbagai ujian dan halangan untuk mencari Iman dan Islam..

Persoalannya berapa ramai dikalangan kita yang mensyukuri nikmat Iman dan Islam. Kita mudah beragama Islam tidak ada ujian dan cabaran tetapi terdapat segelintir umat Islam yang menganggap Islam itu sampah dan layak masuk ke dalam tong sampah 





kenapa kita tidak mensyukuri nikmat ini. ???Atau kenapa kita sendiri tidak mensyukuri....



'' Ya Allah andai aku la seperti itu...
Kau kembalikan aku ke jalan yang benar
kembalikan aku pangkuan jalan
kembalikan aku dekat di sisiMu
Amin Amin Ya Rabbal'alamin...


Iman tidak ada dijual di Mall, pasar malam atau kaki lima, 


tetapi !!!!


 Islam harus dicari setelah mendapatnya harus dibajai dengan ilmu dan setelah tumbuh subur diperjuangkan di tengah masyarakat. 


Iman tidak boleh diwarisi, Iman tidak boleh dijual beli dan Iman juga tidak boleh disewakan kepada orang lain mahupun dibuat perniagaan.


 Islam itu anugerah agung dari Allah saudara saudari...

Memiliki Iman bermaksud memiliki segala-galanya dan kehilangan Iman bermaksud kehilangan segala-galanya. 


Jangan tanya apa Islam berikan kepada kita tetapi tanya apa yang telah kita berikan kepada Islam. Betul tak??? 



Adakah selama kita hidup di dunia ini kita telah memberikan sesuatu yang terbaik kepada Islam atau kita telah memburukkan agama Islam. 



Kalau kita bertanya apa Islam telah berikan kepada kita, kutuplah ranting kayu sebagai pena, daunnya sebagai kertas dan lautan sebagai dakwah nikmat Allah SWT belum mampu di hitung...



Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke angkasa langit yang mengeluarkan buahnya pada setiap waktu dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran). Dan perumpamaan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup. 
(Surah Ibrahim 14: ayat 24-26)


Demikian ayat Allah menerangkan perumpamaan yang dibuat ke atas perkara baik dan jahat lagi buruk di dalam kehidupan....

Para da'i mukmin dan kita sendiri sentiasa terdedah kepada dua tarikan: Tarikan keimanan,
niat, kesungguhan dan kesedarannya terhadap tanggungjawab. Dengan itu dia
berada dalam amal salih dan azam kebaikan. 

Tarikan syaitan pula dari sudut 
menghiasi cinta dan perkara - perkara kepada dunia.
Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan
berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah
ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah,
orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk
sama lain. 


Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak
menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu kebanaran

Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan. 

Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'ah 

atau
kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah
dan petunjuk.



Tidak lupa Buat Lelaki Masa Hadapan adakah awak mencintai saya kerana kelebihan yang saya ada atau adakah kerana Allah semata - mata.. Tiada kesalahan buat saya andai awak ada sedikit untuk memikirkan kelebihan yang saya ada... Tapi saya mohon jangan awak memilih saya hanya kerana itu tapi pilih la saya ada pada kekurangan saya juga.. Saya takut andai kita bersama awak tidak terima dengan kekurangan saya.. 

Kita sama - sama cuba perbetulkan niat yer.. dan kita kene bersederhana.. Andai awak cintakan saya selitkan sedikit kebencian pada saya.. Rasulullah juga bersedehana..


Semoga kita dapat merasai cinta hakiki dariNya.....

No comments: