Tuesday, December 18, 2012

Sebuah Pertemuan

Jam digital Mickey Mouse Pink menunjukkan pukul  12.18 P.M.


Assalamualaikum dan Salam Baik - Baik sahaja ye sama ada Fizikal mahupun Rohani kita.. InsyaAllah InsyaAllah..



Okay . Firstly, Ain mintak maaf to ANYONE yang agak agak nak update apa cerita Ain (ewah ewah konon konon la) ,tapi hambar sebab setiap kali bukak blog ni. KOSONG. 


Ada yang dok memassage Ain bilakah mahu update blog? 



Asif Maaf Sorry,  


Have been so busy and I'm sorry for the delay of this entry due to the unresolved dwindling technical limitations..




--Tiba-tiba melodi Sebuah pertemuan UNIC fade masuk

"Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan "



 Oke itu adalah mukadimah sahaja.. Hehe



Ain sendiri pon tak tahu nak update apa untuk entry kali ini.. Ohh yeahh sebelum tu Ain dah 27 hari di bumi pengajian.. Dah bermula la assigment yang berlonggok - longgok..



Dan bermula aktiviti mahupun program yang melimpah ruah di catatan kalendar untuk dipenuhkan di setiap ruang..



Kali ni duduk di sebuah apartment sebagai pilihan di hati.. Tak mahu duduk dorm lagi antara alasan yang sangat kukuh adalah sempit untuk memasak..



Haha... Ain jarang beli makanan kat cafe kerap kali untuk masak sendiri sahaja boleh la makan secara berjemaah bersama teman 9 orang di dalam rumah tu..



Oh ye.. Baru - baru ni kita didedahkan dengan berita Gaza.. 



Ya Allah Selamatkan Palestin..

Selamatkan Orang - Orang Islam
Selamatkan juga kaum wanita dan bayi - bayi kecil..

Cakap pasal palestine. kerap Ain dengar lagi lagi orang yang ke sana. walau ujian mereka tak terkira.. senyum masih di muka. layanan baik masih diberi hati terbuka. well, semestinya. sebab diorang ada ALLAH dalam hati mereka. Ain nak menangis. ini yang kita kata, mungkin tak kenal tak pernah jumpa. tapi AiN jatuh cinta pada mereka.



itu yang kita kata orang yang kuat. thought yang datang dan rasa, ini yang betul betul kita kata orang yang indah. terima dan redha , hati diorang tenang. bukan tak risau. tapi itu yang kita boleh panggil. kehidupan. hati diorang "hidup." INDAH. YA ALLAH.


Us here sometimes forget, we whine over something that is actually nonsense.. How we can sometimes hate life just because some people are not being fair to us.. How we thought it's better not to live just bcs someone breaks our heart. While the truth is, people in Gaza, they didn't choose to have war but they still believe in UP THERE and fighting, struggling to death to protect our holy land, to protect Islam, to protect their life! It's truly heartbreaking .. 



Even anak palestin know how to keep smiling or even give us "peace" sign even they are , like, about to die . Every single of them is Jihad Warriors InshaaAllah. And we have nothing to lose to boycott what we can , to contribute our money, put effort to give our du'a, every single day. They're fighting mentally and physically . Have some human sense and just do anything we can do best for الله ، for them, for Islam, For Humanity. IslamUnite FreePalestine, SaveGaza..



Please jangan memberhenti untuk mendoakan mereka.. Mereka sangat memerlukan kita..


Yes !! Kita la yang mereka perlukan....


Maafkan KAMI  Rakyat Palestin !! MAAF kan kami... =(






November And December !


Months, where we'd have wedding invitation the most !

Ay? Or is it just me and my family? Gaaah . Cuti sekolah kan?! So memang banyak kad wedding.

Antaranya dari kalangan kawan - kawan sendiri untuk mendirikan rumah tangga dan menamatkan zaman kebujangan mereka... MABRUK !!!


So pada minggu yang lalu Ain pergi ke Langkawi untuk menghadiri majlis perkahwinan semata - mata.. Hehe.. Tapi kali ni Ain ditanggung beres untuk ke sana oleh pengantin itu sendiri.. Terima Kasih sebab kamu belanja aku..


Memang dah bertahun lamanya kita tak bersua sahabat.. Alhamdulillah di hari kebahagiaan kamu kita dapat berjumpa.. Semoga kamu akan dapat barakah bersama pembinaan keluarga... InsyaAllah..




                   Best friend. Dibawa kemana-mana :') Panduan hidup.


So Ain juga la yang akan jadi pengapit buat mereka... Tak tahu kenapa dari umur Ain 17 tahun Ain sudah kerap jadi seorang pengapit yang setia dan solehah.. Hehe..

so far dalam hati mesti akan berkata '' Aku pula bila ni?? ''


Hehe,.. InsyaAllah sampai masa Allah akan tetapkan juga untuk aku.. InsyaAllah InsyaAllah...


Semakin hari semakin bergelora pulak nak kahwin.. Mana taknya sekarang kawan - kawan ada yang nak masuk 3 orang anak la, ada yang dapat anak kembar la...


Naluri seorang ibu semakin membuak - membuak....

Oh yer cakap pasal naluri seorang ibu ni.. Ain ada 7 orang anak tau.. 
Tapi anak di nursery la..

Now , Ain kerja part time di sebuah Nursery berdekatan dengan rumah quaters pensyarah

Anak - anak kecil itu memanggil Ain .. UMMI !!

'' Ummi, nak mamam''
''Ummi, nak titow ''
'' Ummi garu kan ''

Ya Allah... Pada mulanya mereka panggil Ain dengan panggilan mulia itu, menitis air mata Ain..
Ain tak mampu untuk berkata apa - apa..

Hari demi hari Ain di situ Ain dapat rasakan mereka seperti anak Ain sendiri.. Ain tak akan bagi nyamuk mahupun semut pon gigit mereka.. Bagaikan Ain jaga mereka seperti menatang minyak yang penuh..


Yer baru Ain tahu pengorbanan dan perasaan seorang ibu yang melahirkan kita...

Ain sangat merasai perasaan dan naluri itu sekarang..

Dan banyak juga ilmu dan perkara yang Ain dapat untuk menjadi seorang IBU dan Isteri yang baik.. Thankful !








Ain sangat sayangkan mereka dan sentiasa merindui mereka bila Ain sangat busy di campus.. Harapan semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..

Harapan yang Ain bawa semoga satu hari nanti Ain dapat mempraktikkan for to be a good responsible mother kepada anak - anak suami Ain..

Yer Ain mahu mereka menjadi yang baik dari hasil benih dan didikan oleh ibu bapanya..




Buat Lelaki Masa Hadapan :

Cinta..
Bila disebut Kita suka membayangkan asmara 
Hingga.... Tukan dilupakannya
Tetapi Ain...  Bukan begitu kepada awak..

Cinta adalah tanggungjawab untuk membina keluarga yang bermakna buat agamaNya
Kerana itu Ain berharap kita persiapkan diri
Kita nanti akan ada anak - anak 
Mungkin lelaki mungkin perempuan
Mungkin kedua - duanya sayang
Dan awak kita akan sama - sama membesarkan mereka
meihat wajah cute mereka
melihat telatah mereka
Kita akan berusaha mendidik anak - anak kita dengan Islam
Kita kenalkan mereka dengan Islam melalui akhlak dan bicara kita
Dan kita lah yang bertanggungjawab untuk mencorakkan anak - anak kita

Mereka mesti akan punya perangai masing - masing
Nakal mungkin........
Lurus pun mungkin.........
Mungkin mereka akan banyak songeh.....
Mengada - ngada.......
Hingga mungkin kita akan rasa payah dengan mereka

Ada masa mereka akan merajuk dan marah dengan kita sayang....
Tetapi ketika itu,  awak ingatkan Ain dan Ain ingatkan awak agar kita bersabar untuk terus mendidik anak - anak kita dengan lebih baik...

Biar nanti kita dapat melihat  senyuman mereka,
merasa bertuah dibesarkan oleh kita sayang...

Mereka akan menjadi anak yang soleh dan bahagia kerana mendapat didikan syurga
hingga mereka akan membesar menjadi anak yang bersemangat mencapai matlamatnya
Menjadi hamba Allah yang hebat dan soleh
hingga kita tersenyum gembira, berpuas hati membesarkan mereka sayang......

Kita akan ketawa bersama mereka
bergembira bersama mereka

Dan yang paling penting sayang, kita akan fikir cara - cara yang kreatif untuk mendidik mereka
kita bersama mereka akan saling kasih mengasihi dan semua ini di bina atas keimanan kepada Ilahi....

Hari - hari itu akan datang wahai suamiku justeru bagaimanakah persediaan kita hari ini sayang?

Mustahil diterjah rumahtangga ini tanpa persediaan
Maka Ain nak ajak awak Lelaki Masa Hadapan untuk sama - sama  kita bersedia

Ain di sini menanti awak sambil bersedia juga
Menimba pengalaman daripada yang lebih tua 
Menelaah buku.........................
kembara dan merantau mencari diri
membina diri menjadi yang tinggi  agar mampu menjayakan hidup ini bersama awak nanti Lelaki Masa Hadapan

Inilah dia harapan dan inilah cinta hati ini buat awak wahai bakal suami !!!
Mari sama - sama kita mempersiapkan diri dan ketahuilah bahawa Ain setia menanti..
Semoga Allah sentiasa meredhai kita.................








Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang. Engkau masih sayangkan diriku. Engkau masih sayangkan dirinya. Engkau telah memberi terlalu banyak peluang untuk kami bertaubat, namun kami asyik terleka dek nafsu, terbuai dek cinta picisan sedangkan cintaMu lebih agung. You give, give, give, and forgive, while we get, get, get, and forget.



Ya Allah, kami tidak sanggup ditayangkan dosa kami ini di padang mahsyar kelak. Kami Malu ya Rabbi. Kami Malu. Ampunilah kami berdua. We ask for nothing more but Your mercy. Aamiin ya Allah. Aamiin ya Rabbal 'Alamiin"



Ohh ye sekarang ni adalah musim buah . Buah Durian. Buah Rambutan... Memang susah untuk berhenti Ain makan sehinggakan suara ain sampai hilang.. Mana taknya celik mata je terus menghayati kesedapan buah rambutan gading ( kuning )...



Sedapnya !!

Cakap pasal buah rindu pulak kat Mama dan Ibu..

Mereka ni adalah ibu angkat ain yang dikenali dari program OPKIM...

Rumah mereka umpama syurga buah sebab terlalu banyak jenis pokok buah yang ditanam kat kawasan rumah...

Baru - baru ni Ain sertai program OPKIM di Banting.. Alhamdulillah sangat bermakna buat Ain.. Mengenali sebuah keluarga yang sederhana tapi kaya dengan kebaikannya.. Ain sangat suka akan mereka..


Nak gerak dah


With baby Qaisara anak bongsu Mama
Haha berkain batik sahaja


Family angkat ' Mama '

sebak. sangat merindui mereka...


memang banyak sangat pertemuan dan pertemuan sepanjang ni.. semoga ikatan antara daku dan mereka mendapat barakah till Jannah... Ilal liqo' ba'da muroton ukhroo...


Lagu Sebuah Pertemuan slowly fade out

"Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman "

No comments: