Thursday, October 4, 2012

Saya Rindukan Awak Wahai Lelaki Masa Hadapan # 12


Assalamualaikum Lelaki Masa Hadapan...



Rasa macam dah lama sangat saya tidak menulis Nota Cinta untuk awak Lelaki Masa Hadapan.. Sejak akhir-akhir ini, saya agak jarang menjengah blog. Baik blog sendiri, mahupun blog kawan2 lain.. Blog awak ? InsyaAllah ( 0 _ 0 )


 Mungkin kerana Facebook lebih mendapat sambutan, lebih mudah dan lebih cepat dan banyak update. Mungkin... Saya pun, bukanlah selalu punya 'masa lebih' untuk melayan alam maya. Setiap masa yang ada, terisi dengan tuntutan tersendiri.. 


Ya Allah, berkatilah setiap detik masa ada ini, agar tidak sia-sia..



InsyaAllah, jika Allah izinkan, lebih kurang beberapa bulan je lagi saya akan menghabiskan Perguruan course ini.. dan beberapa hari lagi saya akan menduduki exam... Bermacam perkara bermain dalam fikiran.. 



Saya merasakan, saya sangat tidak bersedia menempuh alam pekerjaan.. Memasuki alam pekerjaan bermakna tanggungjawab semakin bertambah dan tuntutan masa semakin singkat..


Dada saya sesak memikirkan masa akan datang.. 


Kadang-kadang saya sendiri keliru dengan perasaan saya. Saya gembira saya bakal habiskan pengajian dan menjadi seorang Guru.. Itu cita-cita saya sejak saya masuk ke Institut ini... 



Namun dalam masa yang sama, saya sedih untuk meninggalkan tempat pengajian saya ini.. 


Di sini la mengajar saya banyak perkara dan di sini jugalah yang banyak melakar kenangan pahit dan manis saya meniti zaman akhir remaja dan awal kedewasaan.. 

Dan perkara mustahak di sini banyak mentarbiah saya untuk menjadi siapa saya yang sekarang. .


Dan yang paling penting, di sini lah, saya berjumpa dengan apa yang saya cari-cari selama ini, iaitu diri saya dan matlamat hidup saya.. Saya pasti akan merindui Institut Pengajian ini dan segala isinya..



Perasaan takut juga turut menyelubungi benak hati ini.. Bersediakah saya untuk berdepan dengan masyarakat sebagai seorang pendidik yang kian di pandang dan diperhati oleh orang.. Saya merasakan, ilmu di dada ini masih tidak cukup untuk berdepan dengan masyarakat seterusnya menyampaikan mesej dakwah dan isi Islam yang syumul.. 


Terkadang saya merasakan terlalu rugi masa - masa yang saya bazirkn beberapa tahun pertama di sini. Jika masa boleh berputar kembali, saya akan manfaatkan masa sebaiknya, menimba ilmu dan menadah kitab...


InsyaAllah...

Dan sepanjang saya berada dalam usia ini, hati semakin merindukan awak Lelaki Masa Hadapan... InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan kita.. Awak.. Teruskan istikharah.. 


Terus dan Terus...
InsyaAllah bila kita bersaksikan Tuhan Yang Maha Esa dalam memerlukan bantuan Allah akan beri petunjuk yang sebaiknya untuk kita...


Semua telah tertulis jika jodoh adalah milik kita... InsyaAllah


Walaupun saya tidak pernah meluahkan RASA ini pada awak dalam perbualan kita di handfon mahupun di Facebook...


Tapi saya yakin Allah telah beritahu pada awak.... Saya serahkan segalanya pada Allah.. InsyaAllah


Dan awak pernah berkata kat saya yang Allah tahu apa yang hamba - Nya berharap... 


Awaakk... Jujur saya kata kan yang saya sudah jatuh hati dan CINTA pada awak akhi.. Izinkan saya menjadi yang sah untuk awak.. Kerananya saya tak mampu untuk menyembunyikan..


Allahuakbar... Allah yang sangat Maha Memahami.. Memahami soal hati saya.. Semoga Allah pelihara apa yang saya RASA dalam kedamaian ini...



Ya Allah... Kau kuatkan aku..
Aku tahu Kau tahu yang aku mampu..
Maka Kau kuatkan aku Ya Rahman..



Siapa saya untuk menolak cinta yang hadir di jiwa oleh Allah tanpa dipaksa kerana hidup ini tidak akan sempurna tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa...


Sedangkan Adam dan Hawa juga bercinta di Syurga tapi kerana Iblis mereka terpisah menderita... Tapi awaakk, di sebabkan cinta mereka SETIA mereka bertemu di dunia tau awak...


Awak.. Malam tadi saya tak tahu kenapa saya susah sangat nak tidur sampai dah mencecah pukul 4 pagi.. Mungkin teringat awak wahai Lelaki Masa Hadapan..


Bila mana setiap kali saya teringat awak cepat - cepat saya bergegas ambil wudu' dan bentang sejadah untuk bermunajat.. Saya takut saya akan menangis dan merindui awak.. Biar la saya mengadu pada Allah yang saya rindukan awak.. 


Allah pasti Mendengar kerana Allah yang menciptakan dan titipkan sebuah RASA ini pada saya.. InsyaAllah selagi mana saya akan menjaga Allah juga akan menjaganya... Semoga Allah dapat pelihara RASA saya ini.. 


Saya takut saya akan terkecundang dengan cinta yang sia - sia... Semoga sama- sama dapat mengekalkan kehambaan kita pada yang Esa.. InsyaAllah...


Oh Tuhan..
sekian lama aku suram , sepi dan kekosongan .. Aku ingin mencari insan sejati untuk menemani hidupku agar dapat menyemai rasa kasih sayang dan dapat bersemi ketenangan 


Dan awak... Itulah tujuan Adam dan Hawa diciptakan agar ada kedamaian di hati ..


Ya Allah...
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan ..
Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Kau yang Maha Pemurah
Dan Ya Rabb aku tahu hidup mati jodoh pertemuan
Ditentukan oleh - Mu Allah yang Esa
maka Kau perkenankan hasrat di hatiku
Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan dia untukku
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki 


Dan di bawah ini ada dua video yang saya nak tunjuk kat awak... Perkenalan mereka sangat tidak sangkakan.. Saya terharu kerana selepas berdoa sahaja Allah sudah temukan jodoh untuk mereka.... SubhanaAllah..


Itu juga adalah rezeki buat mereka...







Ya Allah, bimbinglah aku ke jalanMu dan jauhilah aku daripada syaitan dan iblis yang sentiasa mengintai-intai peluang merosakkan hatiku...

No comments: