Saturday, September 22, 2012

Sanah Helwah yang Ke 19

Assalamualaikum... Ya Allah lama sungguh blog ni ain biarkan disebabkan rutin harian yang semakin sibuk dengan persiapan itu dan ini and pengisian segala aktiviti..



Syukur Alhamdulillah, masih diberi peluang oleh Allah SWT, untuk terus bernafas di muka bumi ini.. 18 September 2012 cukup umur ain 19 tahun ikut kalendar orang putih... Kalau ikut kalendar Islam 2 Zulkaedah  1433 (dah semakin tua rupanya saya ni  )

Terima kasih buat Family dan juga buat sahabat-sahabat dan tidak lupa insan ' akhi ' yang sudi mendoakan ain pada hari itu.. Semoga kamu semua akan sentiasa mendapat rahmat dan redha dariNya hingga akhir hayat.. InsyaAllah amin ya rabbal 'alamin

Semakin meningkat umur ain, bermakna semakin pendek dan hampir ain untuk dijemput bertemu dengan Maha Pencipta sekalian Alam yang Maha Berkuasa.



Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu…Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.
Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah…namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.
Dalam usia begini…aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini…aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini…aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.
Ya Muhaimin…pimpinlah tangan hambaMu ini…pimpinlah hati hambaMu ini…pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus… sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku… bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.
Ya Al Hakiim…berikanlah ilham kepadaku agar aku mampu terus berkarya Agar aku terus mampu memberikan sedikit ikhtibar dan dakwah dengan caraku. Hulurkan kepadaku bijaksana agar aku mampu terus memacu kalam keinsanan sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.
Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar… peliharalah aku  ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.
Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.
Amin Ya Rabbal 'Alamin.


Dan alhamdulillah juga tahun ni ain rasa paling banyak ain dapat hadiah berbanding tahun yang lalu...
Dan paling banyak dapat ucapan '' Semoga Ain dipermudahkan jodoh dan cepat2 kahwin tahun depan , jadi isteri yang solehah''

Terima Kasih kerana mendoakan..

InsyaAllah InsyaAllah... Pasal kahwin tu ain kene tanya Encik Masa Hadapan dulu la kan.. 

Dan yang paling penting serahkan segalanya 100% pada Allah.. InsyaAllah Allah akan permudahkan niat hamba-hambaNya..

Dan paling menarik bagi ain ada yang bagi ain buku tentang kahwin.. Memang banyak sangat sampai ain dah tak larat nak tangkap gambar buku tu satu per satu...





Kad pun ada... Terima Kasih..



Siap panggil ain Pe'ah lagi.. haha.. 
Oh macam ni masa ain tingkatan 4 dan 5 dulu ain bersahabat dengan 4 orang..
Ain digelar Pe'Ah
Saadah digelar Joyah
Wani digelar Senah
Aisyah digelar Odah

Hahaha.. gelaran ni kami ber4 je tahu.. Orang lain tak tahu pun.. 
Gila kalau orang lain turut tahu habis kena ejek nanti... hoho














Kek pon ada... Huh jenoh jugak nak habiskan.. Thanks kakak angkat...





Coklat pon dapat.. Terima kasih kawan-kawan kelas.. Hahaha... makin chubby la aku macam ni.. Haiyaa...








Terima Kasih sape yang bagi bunga ni.. Masuk-masuk bilik je petang semalam dah nampak bunga ni kat atas meja..
Tanya mak siapa yang bagi katanya kawan lama..
Bersangka baik sahaja mungkin kawan perempuan yg bagi..





Jubah ni paman ka Mesir bagi.. Sanggup dia pos... huuu Syukran paman kacak... huhu...




Mak yang bagi.. Terima Kasih.. Comel sangat sedap buat pelok..


Terima Kasih paklong.. Mahalnya jam ni kenapa la susah-susah..




Dan ada yang nakal sangat- sangat siap bagi hadiah hari jadi ain barang-barang baby... Hahaha... Nakalnya pakcik makcik ain nak menyakat... Diorang rancang berpakat sebenarnya nak belikan semua ni..
Motif tak sabar nak tengok ain kahwin.. Hehehe.. InsyaAllah,,,

sweet nakal semua ada diorang ni...







Taraaa dapat ini juga... Kasut Hello Kitty.. Meow meow


Apron ni ayah yang bagi.. Ayah cakap kesian masak tak guna apron.. 
Hahaha.. Comel je ayah ni.. 
Terima Kasih daddy ku..


Cik Yam yang bagi.. HAHAHA.. Hello Kitty jugak.. Suka-suka,,


Beg balik kampung,,, Hehehe,, ni ain yang beli sendiri.. Beli masa hari kejadian 18 september.. Kiranya hadiah hari jadi untuk diri sendiri la..




Done !!.. Fuhhh penat juga upload gambar-gambar hadiah ni... Bukak tanggal memory kemera.. Hhehe.. Apa pon nak ucapkan TERIMA KASIH ! XIE XIE ! SYUKRA JAZILAN ! THANKS A LOT.... terharu dengan segala ucapan-ucapan korangg...


Tak lupa juga terima kasih kawan-kawan kenalan-kenalan kat Facebook... Yang majoritinya mendoakan ''Semoga ain cepat kahwin tahun depan dan dipermudahkan jodoh..''

InsyaAllah semoga doa-doa tu Allah akan memperkenankan...



Syukur ALHAMDULILLAH Ya ALLAH !

Notacinta : '' Ya Allah.. semoga tahun depan dapat sambut bvday bersama suami... AMIN.. ''

No comments: