Allah.. aku ingin menghiburkan diri dari di hibur..
Allah.. aku ingin mengasihi dari di kasihi..
Allah.. aku ingin mencintai dari di cintai..
Kerna…
Dengan memberi aku boleh menerima..
Dengan memaafkan.. aku juga akan di maafkan..
Dengan cinta.. aku bangun kembali
Dengan cinta juga.. aku melakar syurga di hati
Allah… lebih tahu isi hati hamba-Nya kan..?
Lantas.. sujudlah bersama hati pada-Nya
Menangislah sepuas hati
Berdoalah seikhlas hati..
Jangan lupa wahai diri..
Cinta manusia boleh datang dan pergi..
Tapi..
Cinta dari Ilahi..
Bersemi abadi..
Allah…
Bismillah wa Alhamdulillah
La ilaha illallah … Muhammad ar-RasuluLlah … ♡
Bersyukur.. selamanya kita rafa’kan kepada Allah, kasih-Nya Dia, masih mahu meminjamkan kita nikmat “nyawa” untuk hidup dalam beriman dan masih sebagai seorang Muslim Mu’min Muslih, insyaAllah, seterusnya memberi peluang untuk merasai nikmat keberkatan...
Ar-Rahman… Ar-Rahim … selamanya, kerana kasih-Nya, Allah kabulkan doa yang kita ratibkan bermula dari Rejab, diteruskan ratiban itu pada bulan Sya'aban supaya Allah sampaikan kita pada bulan Ramadhan dan kini Syawal yang mana orang Islam sudah bermula untuk berpuasa Enam. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah .
Apabila kita membuat keputusan untuk tidak mengenali dan bercinta sebelum nikah maka berdoalah semoga hati kita dijauhkan dari RASA yang sia-sia.. Dan bermohon lah supaya kita sentiasa dalam keadaan bermunajat pada-Nya... Semoga Allah perkenankan doa kita...
InsyaAllah Allah akan menjawab doamu. Allah itu Maha Pemberi, kadag kala Allah cuma tangguhkan sebentar saja... Allah tidak Zalim. Bahkan Allah sentiasa Memberikan yang terbaik untuk hamba-Nya. Mungkin.. Allah tidak izinkan buat masa ni, supaya kita tak lupa dengan Allah bila kita dah miliki apa yang kita hendaki. Allah, Ar-Rahman, Ar-Rahim. Allah sentiasa Cinta pada kita. Sentiasa Merindukan suara kita. Cuma kadang-kadang.. kita mudah lupa, bila kita sudah miliki apa yang kita cinta, kita lupa kepada yang melimpahkan rasa cinta..”
"Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedangkan kamu tidak mengetahuinya."
Ayat ini.. di ulang berkali-kali.. kelopak mata tidak jemu-jemu menitiskan air suci. Menangis bukan kerana kecewa dengan apa yang terjadi, tetapi… mengalir air mata kerana apa kita tidak suka dan benci ,tidak sangka akhirnya Allah hadirkan rasa suka itu pada perkara yang benar-benar kita benci. Setiap perkara yang Allah beri, pasti akan hikmah yang tersembunyi..
Fitrah manusia itu sentiasa inginkan ketenangan di tengah amukan resah dan gelisah di sepanjang perjalanan hidup. Dalam sukarnya biarlah ada sabar, Dalam senangnya pula biarlah ada rasa syukur. Tadbir hati untuk menerima takdir dari Ilahi, kerana kita imani setiap yang berlaku pasti ada hikmah tersembunyi.
No comments:
Post a Comment