Friday, August 31, 2012

MENCARI ATAU MENJADI??

Bismillah… wa Alhamdulillah..

Dengan izdin Yang Maha Kuasa, masih bernafas.. masih boleh melakar tinta. Moga terpandu dengan taufik dan hidayah dari-Nya. Amien~

Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya” (Riwayat Ibn Majah)


Alhamdulillah… hari ini, seorang sahabat selamat di ijab qabulkan dengan pasangannya (lelaki yang di takdirkan Allah untuknya). Saya tumpang gembira walau pun tidak dapat menhadirkan diri ke walimahnya, tapi do’a saya titipkan dari jauh untuk mereka. Barakallahu lahuma wa jama’ah bainahuma fi kheir~


Cerita tentang KAHWIN… segar saja mata kan? ^___^ hihi.. biasalah.. jiwa orang muda barangkali. Daripada terus-terusan bergelumang dengan maksiat, walau sekadar maksiat hati.. pernikahan itu adalah jalan yang terindah sekali. Sejujurnya saya sendiri cemburu bila teman seusia saya, bahkan yang lebih muda dari saya, sudah sah menjadi “isteri” kepada si “suami”. Kenapa pula cemburu? Iya la.. sudah boleh bercinta secara HALAL. Dan saya tahu.. mereka pasti merasakan nikah di usia muda itu pasti sangat2 OSEM~ =)

Bila nak KAHWIN???
Soalan ini agak famous sejak kebelakangan ini. Jumpa sesiapa saja yang di kenali dan solan ini sangat special pada ahli keluarga saya sendiri, pasti tidak terlepas untuk bertanyakan : “ bila nak kahwin? Tak sabar dah nak rasa nasik minyak ni”.. Hehe.. hanya satu jawapan saya : “mohon doanya.. moga Allah permudahkan ianya bagi saya”. Iya.. do’a keluarga sahabat2 terasa berharga bagi saya. (T_T). Terasa lucu juga bila ada yang kata saya akan langsungkan pernikahan tanggal Disember 2012. (saya tersenyum lebar bila mendengarkannya), malah ada yang merajuk : kata saya tidak khabarkan tentang perkara tersebut. Amin… amin.. amin.. memang agak lucu mendengarkannya, tapi dalam hati saya tetap meng”amin”kannya.. kerana bagi saya, itu adalah do’a dari sahabat2 saya.


Beberapa jam yang lalu.. seorang sahabat bertanya kepada saya :-
DIA : akak, saya tak tahulah, agaknya saya je kot yang rasa camni. Bila tengok orang kawen, mesti rasa sebak.. sayu.. sebab diorang dapat suami yang soleh. Saya ni.. camna nanti. Masa tu barulah saya terfikir nak koreksi diri. Layak atau tak saya ni nak dapatkan suami yang soleh macam yang mereka dapat.

SAYA : aduhai adik ku. Alhamdulillah.. kita masih rasa nak koreksi diri. Sebenarnya,
 resepi nak dapat suami soleh ni.. kena mulakan dari diri kita dulu. Jadilah solehah.. jangan di cari yang soleh dulu. Sabarlah dik, jangan risau, insyaAllah, DIA pasti akan beri yang terbaik. Teruskan berdoa, buatlah persediaan dari sekarang. Lebih utama.. hadamkanlah ilmu rumahtangga, walaupun pada hakikatnya, kita akan sentiasa & akan terus belajar sekali pun kita sudah berada dalam alam rumahtangga nanti.. =)

DIA : saya selalu terfikir cam tu kak. Entahlah. Pastu mula lah nak nangis ja. Rasa diri ni terlalu banyak kekuarangan. Akak doakanlah saya ya..

SAYA : dik.. nak katanya, sesiapa pun tidak ada yang sempurna. Kita sama2 ada kelebihan & kekurangan.. Itulah hukum dalam alam rumahtangga nanti : suami isteri kena saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. mana yang kurang, kita tambah, mana yang tak elok, kita perelokkan. In sya’ Allah dik.. ya Allah, kurniakanlah sahabatku ini suami yang soleh serta zuriat yang soleh & solehah, agar cinta mereka terus mekar, sehingga ke taman syurga.

DIA : amin3… do’a orang solehah~ =)

Doa orang “SOLEHAH”… berat hati saya mendengarnya. Allah, perkenanlah bagi ku gelaran itu, moga Solehah itu bernilai di pandangan-Mu.


JADILAH bukan CARILAH
Sebelum kita mencari yang soleh, jadilah diri kita dahulu sebagai seorang yang solehah. Ya.. bukan senang menjadi solehah dan bukan sehari dua usahanya, sudah ingin melihat hasil. Tidak. Malah mungkin memakan masa bertahun-tahun. Proses mendidik hati bukan mudah seperti menenun kain yang indah, tapi perlukan kesabaran dan mujahadah. Perlengkapkan diri dengan segala amalan mahmudah, agar diri kita terarah. Namun, ada lagi persoalan timbul, bagaimana pula kalau kita tidak sempat menjadi solehah, tiba-tiba muncul seorang yang soleh datang melamar, adakah harus kita menolak sedangkan diri belum lagi mencapai title solehah?
Terimalah!. Tapi teruskan usaha menjadi isteri yang solehah. Jangan berharap pada yang lain dalam usaha kita menjadi muslimah solehah, tapi bergantunglah pada diri dan berharaplah pada Ilahi dan bukannya pada manusia yang pada dasarnya dia sendiri belum pasti di mana destinasi pengakhirannya walaupun dia seorang yang soleh. Jangan mendamba yang soleh kalau kita sendiri tidak berusaha ke arah menjadikan diri sebagai seorang yang solehah. Seseorang yang soleh yang kita impikan ini bukanlah matlamat utama kita, tapi sebagai alat menuju akhirat yang berkat. Semoga dengannya kita terus bersemangat mencari kebaikan sebagai bekal di sana. In sya’ Allah.

# Sebelum mengakhiri entri ini, saya ingin kongsikan beberapa tips yang saya dapat dari seorang sahabat di kenduri kahwin pada minggu lepas dan perkongsian ini untuk kalian juga.. sahabat2 muslimah yang di kasihi :


CARA SAYA MENDAPAT SUAMI YANG BAIK.

Tip 1 :~ Saya tidak cari suami. Saya minta dengan Allah suami yang baik. Hanya Allah yang tahu siapa yang baik 
dan terbaik untuk kita.

Tip 2 :~ Saya berusaha jadi baik sejak akil baligh, kemudian saya berdoa supaya Allah beri suami baik. (Walaupun sampai sekarang, saya bukanlah baik sangat. Yang penting usaha diteruskan)

Tip 3 :~ Saya berkawan dengan orang-orang baik dan memilih ke tempat orang baik-baik suka berada, akhirnya Allah beri saya suami yang baik.

Tip 4:~ Saya berusaha menjaga batas pergaulan dengan ajnabi. Allah beri saya suami yang juga membatasi pergaulannya dengan wanita ajnabi.
Doa saya dahulu,
"Ya Allah, jika pada pandanganMu, aku mampu menanggung amanah sebuah pernikahan, maka berilah suami yang baik padaku. Andainya pada pandanganMu, aku tidak mampu menanggungnya, maka padaMu jua aku serah segala urusan."

Saya berdoa dengan rasa takut dan bimbang. Saya tidak berani memohon, "Ya Allah, kahwinkan daku"... kerana pernikahan adalah tanggungjawab yang berat. Lalu diserahkan kepada Allah yang maha mengetahui tahap kemampuan saya untuk melayari bahtera rumahtangga.


Sekian… wallahu’alam..



No comments: