Sunday, August 5, 2012

Saya Rindukan Awak Wahai Lelaki Masa Hadapan # 8

Assalamualaikum Lelaki Masa Hadapan sebelum coretan ini dikayuh dengan lebih mendalam, marilah sama-sama kita merafa’kan setinggi-tinggi rasa syukur kepada Allah yang Maha Menyusun...


Sudah besar rupanya saya ini... Bila difikirkan kembali, umur saya hari ini hampir mencecah kepada dua puluh tahun. Ini beerti saya akan meninnggalkan zaman belasan tahun pada tahun depan.. InsyaAllah..




Dan pada zaman dua puluh InsyaAllah impian dihati ingin menamatkan zaman bujang.. InsyaAllah masih dalam penantian menantikan Lelaki Masa Hadapan...




Dan saya percaya walau kita tak pernah bertemu malah saya tidak tahu di mana awak berada namun saya percaya awak sentiasa mendoakan saya malah saya juga begitu sentiasa mendoakan awak wahai Lelaki Masa Hadapan...




Dan saya mengharapkan perhubungan kita sebelum kita nikah adalah adanya perantaraan di antara kita.. Contohnya kawan saya ataupun kawan awak ke sebagai orang tengah dalam hubungan kita sebelum diijabkabulkan... Boleh??? InsyaAllah kita terhindar daripada fitnah dan leka dengan cinta duniawi.. Cukup lah pengalaman lebih mematangkan.. Betul tak Lelaki Masa Hadapan??




Dan hidup ini perlukan muhasabah diri agar kita tak tenggelam dengan arus yang menjerumuskan dalam kehidupan kita.. Allahurabbi ='(




Dan yang paling penting kan awak saya sentiasa akan mendoakan awak wahai Lelaki Masa Hadapan... Disetiap doa saya adalah semoga Allah menjaga awak di mana pun awak berada sayang....


Back the topic.....

Pada zaman saya berbaju sekolah. Zaman saya banyak tahu tentang kehidupan. Zaman saya belajar menghormati guru-guru. Zaman saya berusaha menjadi yang terbaik dalam yang terbaik. Zaman saya bercita-cita untuk menjadi seorang ketua kepada ketua. Zaman saya berjumpa dengan ramai orang. Zaman saya mencipta dan membuka satu demi satu bakat yang Allah anugerahkan...



Ya, itulah zaman belasan tahun saya... Banyak benda saya belajar pada zaman itu... 




Dan pada zaman itu lah saya dikerah dididik diajar dibimbing untuk menjadi sebenar-benarnya seorang hamba Allah, umat Rasulullah perempuan yang solehah anak yang solehah dan yang paling penting mengetahui segala kehidupan sebagai seorang wanita.. 




Tetapi akhirnya, Allah Maha Tahu... Zaman itu bakal pergi meninggalkan saya tidak lama lagi... Sebagai seorang manusia yang pernah melalui zaman sekolah rendah, saya sangat-sangat berbangga dengan apa yang saya dapat pada sekolah menengah...




Sebab apa? Di situlah telah berlakunya satu perubahan yang besar pada diri ini... Kadang-kadang, terlahir perasaan sedih yang amat sangat. Apabila saya mengingati kembali zaman sekolah rendah...




Dimarah guru, dirotan, disisihkan, dipulau, diejek itu ini, dibiar sepi bagaikan tidak ada nilai. Semua itu saya pernah rasai.. Semua itu saya pernah alami. Dan semua itu saya pernah lalui. Hinggakan pernah terdetik dalam hati sanubari untuk menghilangkan diri jauh-jauh dari bumi ini... Itulah zaman hingusan dipakaikan beg yang sangat besar yang dikenali sebagai beg roda , bawa botol air dan bekas makanan Hello Kitty warne pink.. Hehehe




Memang benar, kenakalan itu adalah puncanya.. Kedegilan itu adalah jawapannya. Kebuasan itu adalah titik mulanya kita menjadi lebih baik..



Dan kerana itu, saya seakan tahu bahawa wujudnya setengah guru yang pantang dilihat. Asal jumpa, mesti ada benda yang tak kena...



Itulah zaman sekolah rendah saya. Yang pastinya berbeza dengan zaman sekolah menengah...


Saya punya seorang kawan. Orangnya hebat.. Antara orang harapan guru-guru di sekolah itu. Dia seorang pengawas. Dia seorang scorer dalam peperiksaan. Dia seorang yang aktif dalam sukan. Dia seorang pelajar yang pernah mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah.




Orangnya tidaklah terlalu tinggi. Tidaklah terlalu berisi. Sedang-sedang macam saya juga. Namun, kerana kepimpinan yang dia ada, dengan kemahiran yang dia ada, dengan kepandaian dan kerajinan yang dia ada, dengan bakat dan kebolehan yang dia ada, maka tersangat-sangat susah untuk saya berdiri sama tinggi dengannya...




Saya merasai itu ketika umur bergelar kanak-kanak. Antara kami berdua bagaikan wujudnya jurang yang sangat besar. Sedangkan, umurnya sama dengan umur saya. Sekolah kami juga sama tidak pula berbeza. Apatah kelas yang dia duduki, itulah kelas saya.




Ternyata, Allah adalah sebaik-baik penyusun... Maka, yang membezakan kami adalah dia pelajar yang selalu dipuji guru. Saya tidak bahkan seballiknya. Dia pelajar yang selalu mendapat anugerah kecermelangan. Saya tidak bahkan sebaliknya. Dia adalah pelajar yang punya kuasa di sekolah. Saya tidak bahkan sebaliknya.




Sungguh, wujud rasa dijiwa bahawa dia adalah manusia yang membuatkan saya tersangat-sangat cemburu. Teringin sangat untuk menjadi sepertinya. Tetapi yang sedih, saya tidak tahu di mana perlu saya cari kekuatan untuk menjadi sepertinya.




Di mana perlu saya mula untuk menjadi sepertinya?

 Saya tidak tahu. Akhirnya, berkampunglah saya keseorangan tanpa wujudnya manusia-manusia yang mampu merungkaikan semangat itu.. Mampu membimbing keazaman itu. Mampu menggilap kehendak perubahan itu.




Hinggalah saya menjejakkan kaki di sebuah sekolah lain yang banyak mendidik dan mengetuk pintu jiwa. Sebuah sekolah yang punya manusia-manusia luar biasa. Dan yang luar biasa itulah guru-guru yang sentiasa membetulkan cara kehidupan saya. Dan yang luar biasa itulah senior-senior yang banyak menunjukkan contoh yang baik kepada saya...




Benar, kehadiran mereka  antara punca saya ingin menjadi manusia yang dilayan seperti manusia. Dengan kehadiran merekalah, saya ingin menjadi insan yang dikasihi dan disayangi seperti seorang insan. Bukan seperti makhluk ganjil yang turun dari bulan.




Kerana itulah, saya suka untuk menegaskan bahawa zaman belasan tahun saya adalah bermula di sekolah menengah. Tidak di sekolah rendah. Walapun hakikatnya, umur sebelah tahun itu adalah di darjah lima.




Kini saya adalah saya yang dahulu. Cukuplah manusia kalau dahulu kamu lihat saya hina, hari ini saya datang dengan nama yang sama. Kalau dahulu kamu lihat saya simpati, hari ini saya lihat kamu bagaikan mentari. .Dan kerana kamu, saya adalah saya hari ini.

Dan kini saya cukup tekad dengan visi misi matlamat saya sendiri selain itu,   sujud tunduk saya di atas sejadah memohon Allah berlaku adil jika ada lain insan yang permain-mainkan saya.. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha Pemberi...



Saya bergerak dan bergerak kemudian berhenti melihat. Kemudian saya menutup mata sendiri, berjalan lalu saya berhenti.. Penat dalam kelemahan sebab alam bergerak tanpa adanya perlahan, saya pula berjalan dengan wujudnya banyak kekotoran dalam berperang dengan nafsu, berperang dengan diri, berulang-alik di dunia tanpa arah dan hala tuju yang pasti, berlari-lari di alam realiti, tanpa kekuatan yang belum cukup kuat dan rapi...




Bersama perjalanan saya yang dirasa,  saya sedang memikul kelemahan seorang manusia tersungkur, merangkak, bangun kemudian tersungkur semula, itulah resminya seorang hamba yang bernama ZUN NURUL AIN namun pada saya  ia bukan alasan yang perlu dibela, kerna saya tahu nak masuk syurga tidak cukup bermain kata..



Dan saya ada sedikit kata-kata untuk awak Lelaki Masa Hadapan 


Awaak.. Hidup kerana dunia,
adakala bahagia adakala duka,
bila yang dikejar tidak berjaya,
maka timbul satu rasa,
bahawa kejayaan bukan milik kita sayang,
akhirnya nyawa dianggap biasa.

Tetapi berlainan pula dengan mereka,
sekali lihat tidak ada beza,
yang jelas adalah mereka juga bercinta,
dan cinta mereka hingga ke syurga.

Mereka ini..

yang hidup kerana syurga,
adakala bahagia adakala duka,
bila yang dikejar tidak dapat,
maka timbul juga satu rasa,
mahukan kejayaan tidak cukup hanya berdoa,
sekalipun tidak berjaya.. Allah nilai usaha.

Bahkan kerana mereka,
langit yang mendung mampu ceria,
angin yang kencang membelai setia,
bahagianya terasa hingga ke jiwa.
Itudia CINTA yang sebenar-benarnya..
Doa antara satu sama lain,
meraih keredhaan dari yang Esa..




Sekian dariku yang menantikanmu sayang Lelaki Masa Hadapan,


Notacinta : Saya seorang manusia biasa yang bercita-cita untuk bahagia selama-lamanya...







No comments: