Sunday, August 5, 2012

Berjalan di atas Ramadhan

Assalamualaikum...




Hari ini, dapatlah kita lihat ramainya manusia yang membicarakan perihal Ramadhan.. Itu dan itu. Ini dan ini. Semuanya sebagai salah satu wadah atau usaha untuk kita sama-sama ber'warming-up'  terjun pada bulan yang dilipat gandakan ganjaran pahala..


Kita semua tahu yang bulan Ramadhan adalah bulan rahmah. Bulan yang ditutup pintu neraka dan menghadirkan bonus kepada kita dengan membuka pintu syurga seluas-luasnya.


Tinggal, bagaimana kita akan mengikhlaskan diri dan bersungguh-sungguh dalam memanfaat ibadah serta kelebihan yang dianugerahkan ini..
Menyebut tentang puasa. Pelbagai persepsi yang boleh saya dan anda katakan.. Tetapi sebagai coretan permulaan di Fisabilillah berkenaan Ramadhan, maka suka untuk saya katakan yang ibadah puasa sangat akrab hubungannya dengan sucinya ikhlas. Kenapa? (",)
 


Kerana puasa merupakan ibadah yang paling hampir dengan makna keikhlasan bagi seseorang hamba..


Yer kini diri ini sedang ikhlas dan redha menghadapi segala ketentuan dari yang Meaha Esa... Dan alhamdulillah dibantu oleh seorang akhi ni... 






Begini. Puasa merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya. Seseorang yang berpuasa boleh berbuka tanpa orang lain mengetahuinya tetapi kerana iman dan taqwa kpd Allah yang mengetahui keadaan zahir dan batinnya serta mengharapkan pahala dan keredhaan Allah maka seseorang itu tidak akan sanggup melakukannya.

Apatah lagi ingin 'melongkang'kannya. =)

Sebab itulah ibadah puasa ini merupakan ibadah yang sangat istimewa..  Bilamana ia tidak berpaksikan sifat ikhlas, takut-takut selitan bual bicara orang dulu-dulu sesuai untuk digunakan dalam situasi ini. Iaitu 'yang dikejar tak dapat, yang dikindong pula berciciran'. Strike!




Akhir kata dari saya jika kita hidup berseorangan, tapi kita malas nak masak, malas nak keluar beli makanan, tak mungkin nasi akan terhidang dengan magiknya di hadapan kita? Begitu jugalah proses berubah,. Kita takkan jadi baik jika kita tak cuba untuk jadi baik.. Kita takkan cinta Allah jika kita tak cuba untuk mencintai.. Jadi bulan Ramadhan ni la kita cube untuk meraih menjadi yang lebih baik.. 



No comments: