Thursday, August 23, 2012

Hablum MinaAllah Hablum Minannas


Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu… Mengapa kamu berlengah lagi?.. Cuba membandingkannya dengan yang lain?
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN, Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…itu lebih BERMAKNA!!
kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini… Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…
Mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…itulah PASANGAN saling melengkapi…
Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi… pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…
Mencari yang sempurna… SEMPURNAKAH dirimu??.. Tepuk dada tanyalah IMAN…
Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan… Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangannya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai RedhaNya.. Ingatlah… Kesempurnaan Hanya Milik Allah..

Dan Allah sangat Adil

dari Abdullah bin abul-khansa katanya..saya pernah mengikat janji dengan Rasulullah s.a.w..sebelum baginda di angkat menjadi nabi..ada barang yang saya janjikan akan saya bawa ke tempat yang telah di persetujui..tetapi malangnya saya terlupa hari itu dan keesokanya..maka saya mendatangi nya pada hari ke tiga dan saya dapati baginda masih tetap menunggu di tempatnya..bila saya sampai maka baginda berkata ''wahai orang muda engkau menyakitiku dengan janji mu kerana saya berada di sini menunggu sejak tiga hari lalu''.


begitu la sakitnya seseorang itu apabila janjinya dikhianati / tidak menunaikan janji.. usah berjanji jika kamu tidak pasti kelak di kemudian hari akan tergolong dalam golongan orang yang munafik..



Soal Jodoh itu adalah rahsia Allah wajib untuk menerima Qada' dan Qadar tapi  mengapa perlu sampai hati berbuat demikian? jangan sesekali menzalimi orang lain takut-takut tiada kebahagiaan di atas air mata orang lain..


 jangan lah hidup bahagia atas airmata orang lain kerana perbuatan kita yang menguris hati.. tidak mustahil jika kite bahagia hari ini.. hari ini juga kite boleh derita.. tanamkan la sedikit rasa berperikemanusian sesama manusia dan sesama agama..sangupkah anda melihat orang lain sedang derita sedangkan kita sedang bergumbira??..

No comments: