Tuesday, August 7, 2012

Cheese Cake Sampaikan Rindu



ni menu ain untuk Syawal tahun lepas dan lebaran ini InsyaAllah ain nak buat lagi... Hehehe.. "tahun depan buat lagi ek cheese cake untuk kitorang lagi " kata dari seorang pakcik yg suke membuli...

Bahan-bahan kek :

·         3 sudu besar tepung gandum
·         3 x 250g philadelphia cream cheese
·         1 cawan gula
·         2 sudu besar jus perahan lemon 
·         3 biji telur
·         1/2 sudu teh garam
·         1 sudu teh esen vanilla
·         1 sudu teh serbuk baking powder

Bahan-Bahan crumble / thin crust di bawah kek 

·         5 sudu besar butter (dicairkan)
·         Biskut marie perisa coklat (setengah peket) ikot korang la ea nak banyak mana pun..

Cara masakan untuk kek 

Masukkan cream cheese, tepung, telur, garam dan gula ke dalam sebuah bekas. Pukul adunan sehingga kembang dan sebati...

Setelah adunan kembang dan sebati, masukkan perahan jus lemon, serbuk baking powder dan esen vanilla ke dalam adunan dan pukul lagi adunan...

Kemudian biarkan adunan seketika dan mula membuat crumble kek. Hancur kan biskut marie, gaulkan dengan butter yang telah dicairkan kemudian padatkan diatas loyang (tekan-tekan sampai leper dan padat)..

Kemudian tuangkan acuan cheese cake keatas adunan crumble ini (didalam loyang)..

Bakar adunan di dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius dalam masa 40-50 minit. Saya nasihatkan anda check keadaan kek sebaik sahaja 40 minit berlalu. Cuba cucuk dengan garfu atau lidi satay. Sekiranya masih ada sisa-sisa kek terlekat di lidi atau garfu tersebut, tambahkan lagi masa pembakaran selama 10 minit...

Notacinta : Kalau nak buat oreo cheese cake pula tukar kan perahan jus lemon tersebut kepada sebungkus biskut oreo yang telah dihancur hancurkan menjadi seperti serbuk (buang krim)...

No comments: