Assalamulaikum LELAKI MASA HADAPAN dan apa khabar .?? moga iman masih sihat, diri masih cergas ya.. Mesti awak pelik kan kenapa saya buat entry berepisod-episod ini.. Tiba-tiba hati saya tertaut untuk menghasilkan sebuah karya hati dan kalau awak nak tahu di setiap madah saya tintakan ni air mata saya bergelinangan sebab saya rasakan banyak pengertiannya yang terlahir dari hati ini untuk dicurahkan.. Hanya Allah sahaja yang sangat memahami ketika ini dan di saat ini..
Opss saya bukan nak sedih-sedih sebenarnya.....
Dan awak tak perlu pelik dengan kerinduan saya ni InsyaAllah saya tak tuju pada sesiapa dan saya nak harmonikan kasih, cinta, sayang, sweet saya ni hanya pada awak sahaja wahai lelaki masa hadapan... InsyaAllah.. Saya masih menunggu dan menantikan awak wahai cinta hati.. Bilakah? Wallahualam...
Walau lama mana pun awak nak datang jemput saya, InsyaAllah saya tetap setia dengan awak , awak jangan risau ye... InsyaAllah saya nak dambakan cinta saya hanya pada awak bila awak sah jadi Azwaji..
Dan kalau boleh kan awakk.. . Saya nak share banyak benda dengan awak tentang perkara-perkara manfaat atau apa-apa yang selayaknya untuk boleh dikongsikan.. InsyaAllah semuanya Kerana Allah... Saya nak share-share dengan awak boleh ke?? Hurmm.. Tapi siapa awak? ='(
Tapi jodoh tuu rahsia Allah ^-^
Seandainya tercatat awak milik saya
Seandainya tercatat awak untuk saya
Dekatkanlah daku bermesra padu
Bahagia sentiasa setiap waktu
Tak ingin saya kecewa bercinta
Andai milik bukanlah takdirnya
Bawalah dia sesaujana mata
Biarlah luput kerlipan permata
Biar berjalan di awan gelap
Tanpa cintanya yang kian malap
Takkan lagi saya berharap
Sendirinya berkilau tanpa digilap
" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah .” (QS. Adz Dzariyat:49
Awakkk.. saya sunyi laaa.. Bila saya sunyi kan saya nak menangis... Alhamdulillah saya lega bila lepas baca Quran.. Tenangnyaaa.... Awak pun rajin-rajin la buka mushaf dan menghayatinya.. Itu lebih baik selepas kita membaca... Bila awak nak muncul temankan saya? Hehee... InsyaAllah awak kita sama-sama untuk sabar menempuhinya dan Saat Itu Akan Tiba..
Awak.. awak nak tahu takk? Dalam hidup saya sekarang ni kan saya seorang yang sibuk sangat - sangat dengan aktiviti harian.. Saya sengaja sibukkan diri saya.. Maksud saya pergi aktiviti sana dan sini.. Join program sana dan sini.. Baca buku ke... Alhamdulillah masa saya terisi dengan baik.. Saya pernah terbaca satu hadis ni kan '' Sibukkan lah dirimu dengan sebaik-baik perkara''
Saya terfikir seketika dan mula berkata dalam hati.. ''Baik aku sibukkan diri aku supaya aku tak terlalu mengharap dan tak terlalu sunyi'' Dan Alhamdulillah saya melangkah demi langkah dalam mengembara hidup untuk mencari tujuan apa untuk hidup ni sebenarnya dan lebih ke arah MENJADI..
Alhamdulillah juga keluarga dan kawan yang sentiasa ada di sisi saya dan memberi inspirasi.. Semoga awak juga akan menjadi Inspirasi Hati saya kelak... AMIN
Bukan saya tak nak bercinta ketika usia saya begini atau macam orang lain yang ada kebahagiaan mereka masing-masing bersama pakwe mereka tapi saya tak nak awak kecewa bila awak dapat tahu yang saya ni pernah dambakan cinta saya pada orang lain.. Mesti awak akan cemburu kan kalau saya ada kisah silam dan juga mesti awak akan rasa tawar hati walaupun sedikit.. Memang la itu cerita dulu tapi saya sangat memahami hati awak wahai Lelaki Masa Hadapan... Saya tak nak awak kecewa sebab saya terlalu sayangkan awak Lelaki Masa Hadapan.. Biarlah awak orang pertama untuk segala-galanya....
“ Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga. ” (Umar bin Khattab ra.)
Baiklah setakat ini sahaja lah tinta saya untuk episod ni... InsyaAllah ada masa dan panjang umur lagi saya akan semaikan bingkisan hati ini.. Wallahualam.. Uhibbuki/ka Fillah...
Notacinta : serahkankan RASA itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya yer awak… Penulis cuba untuk ke arah itu jadi wak pun wajib begitu juga ye.. LillahiTa'ala...
No comments:
Post a Comment