Monday, July 9, 2012

Saya Rindukan Awak Wahai Lelaki Masa Hadapan #1

Buat ENCIK LELAKI MASA HADAPAN saya.. Saya masih tergapai-gapai menanti awak dan siapakah awak wahai lelaki masa hadapan saya sebenarnya?? 


Dan awak, saya setia menunggu awak.. Cinta saya hanya pada awak apabila awak sudah sah bergelar jadi suami saya dan hak milik saya.. InsyaAllah.. Saya nak dambakan cinta saya hanya untuk awak seorang sahaja InsyaAllah Lillahi'Taala sayangg.. Dan yang paling penting saya nak sweet2 dengan awak.. Boleh Lelaki Masa Hadapan??


Awak wahai Encik Lelaki Masa Hadapan Saya.. awak kene jaga hubungan awak dengan Allah ye.. Jangan sia-siakan Cinta awak pada wanita yang bukan muhrim.. Nanti saya cemburu.. Saya ni kuat cemburu tau awakk.. Hehee.. Tak apa awak InsyaAllah saya terima awak seadanya wahai Encik Masa Hadapan saya.. Alhamdulillah setakat ni saya dapat pelihara cinta saya dan juga diri saya,.. Dan semoga ia nya kekal.. AMIN.. Semuanya untuk awak Wahai Suami... (0_0) heheh maluuuu saya taauuu....


Dan awak, awak pun kene terima saya seadanya juga ye... Allah tu Maha Pemberi tau awak.. Doa banyak-banyak yer awakk... =) Semoga hati kita sentiasa tertaut dengan Kebesaran Allah SubhanaAllahu Ta'ala..


Saya ada sesuatu nak bagitahu awak wahai Lelaki Masa Hadapan Saya :


ALLAH  menguji keikhlasan bila bersendirian ,


ALLAH  memberi kedewasaan bila ada masalah ,


ALLAH  melatih kesabaran dalam kesakitan ,


ALLAH  tak pernah mengambil sesuatu yang kita sayang kecuali menggantikan dengan yang lebih baik ...


Wahai LELAKI MASA HADAPANKU...



Saat diri awak bersedih dan hanya mampu menangis , berbicaralah pada akal awak yang bersih , hatimu yang suci dan jiwamu yang jernih..





“JANGAN PUTUS ASA DAN JANGAN PULA KECEWA TETAPI OPTIMISLAH , SESUNGGUHNYA ALLAH BESERTAKU , ALLAH AKAN MENOLONGKU , ALLAH YANG AKAN MEMBERIKAN KEBAHAGIAAN KEPADAKU DAN ALLAH LAH YANG MEMELIHARA DAN MELINDUNGIKU”..





Cukuplah kemuliaanmu dengan menjadi seorang muslim..


 Bukan wajah awak yang akan membuat awak kelihatan tampan , melainkan yang tampan adalah akhlak awak yang hasanah dan kekayaan awak adalah etika awak..



Jika awak telah melakukan ‘kekeliruan’ pada masa lalu jadikanlah hal itu sebagai pengajaran kemudian jangan ulang lagi sesudah mengambil pelajaran 
darinya...



 Perbaikilah diri awak maka ALLAH akan rIdha terhadap awak...


Kukuhkanlah tekad awak dalam menghindari maksiat mahupun hanya maksiat kecil nescaya engkau akan memperoleh kemudahan...


Peliharalah hati dari menduakan ALLAH dan Rasul NYA.


Jagalah hubungan awak dengan ALLAH nescaya ALLAH akan menjaga awak. Ingatlah! Air mata taubat adalah air yang paling suci , gembiralah dengan hidup ini kerana hidup ini indah dan jadikanlah ia hamparan bagi setiap kebaikan , beramallah untuk akhirat seiring dengan duniamu..





Insya ALLAH. . .


Notacinta : coretan ini tidak berkaitan dengan sesiapa kerana penulis ini masih mengharapkan Cinta Selepas Nikah dan nak menjauhi Cinta  Sebelum Nikah.. Indah CINTA SELEPAS NIKAH... 

No comments: