Friday, June 1, 2012

SUSHI CINTA





Okeh akhirnya dah selesai buat sushi walaupun tak berapa nak enak... Tak tahu apa kesilapan aku... Takpe takpe asalkan mencuba... Cubaan pertama biasanya akan gagal tapi percayalah InsyaAllah aku akan cuba untuk percubaan yang seterusnya dalam menjayakan sushi dengan baik.. hehehe...

Macam biasa asal menu baru yang aku akan buat je mesti bersama kawan aku yang gilang gemilang ni iaitu 


Back the topic... 

Bahan-bahan:
beras biasa
3 biji telur
mayonnaise
gula
garam
cuka


Hiasan:

Apa sahaja jenis Sayur yang ada dalam fridge(peti sejuk)
contohnya kacang botol, lobak merah, lettuce, timun dan sebagainya...


memandangkan dalam fridge  ada kacang botol je, sebab kami memang suka makan kacang botol kenkonon nak kuatkan rahim.. Haaa itulah petuanya untuk orang perempuan.. InsyaAllah untuk masa hadapan juga kan... Kerananya itu lah kekuatan bagi seorang wanita..

korang boleh guna apa sahaja bahan-bahan yang ada dalam fridge masing-masing, ikut kreativiti dan selera masing-masing yaa... ngee

cadangan:-
nugget, fishball, fishcake, sosej, isi ikan, daging cincang, ayam cincang dan sebagainya...


Langkah 1:
Bersihkan beras dan masak nasi seperti biasa. Kalau suka makan sushi yang keras sikit, letak air seperti biasa. tapi, kalau suka sushi yang lembut, tambahkan air lebih sedikit daripada biasa. beras? tak kisah pakai beras apa pun. tapi kalau ada beras jepun lagi bagus. tapi susah sikit nak dapat kat Malaysia nihh... hihi

Langkah 2:
Dah masak nasi tu, campurkan gula, garam dan cuka sedikit je sesedap rasa. korang rasa sendiri nasi tu sedap ke tak. jangan tawar sangat. asal ada rasa, ok la tu. Selepas itu, korang gaulkan nasi di dalam mangkuk besar. gaul sampai rata... ingat!


Langkah 3:
pada masa yang sama, rebus bahan-bahan yang digunakan seperti yang dinyatakan di atas. macam ain, guna kacang botol je. sebab itu je yang ada dalam fridge. kantoi. hihi... kalau guna sayur yang keras seperti lobak merah, potong ia panjang-panjang yaa. bahan-bahan lain, selepas direbus, cincang halus-halus bahan tersebut. kemudian, goreng telur, goreng rata-rata macam telur dadar... apa fungsi telur ini? telur ini untuk menggantikan seaweed ya. tapi kalau ada seaweed lagi bagus...

Langkah 4:
Dah siap bahan-bahan, ain nak tunjukkan cara-cara untuk membentuk sushi pula. ada tikar sushi? kalau tak ada, boleh guna yang macam tikar dari Sarawak tuhh... alaa... yang buluh jalur-jalur tuhh... macam nih... kalau tak ada, pandai-pandai laa cari alternatif lain yekk...

kalau pakai tikar nih, alas dengan plastik tau... plastik yang bersih ok!

Langkah 5:
dah siap tikar sushi dan seaweed atau telur dadar tadi, kita letakkan nasi di atasnya. sebelum letak nasi tu, korang letak dulu mayonnaise kat atas telur dadar atau seaweed tu, then baru letak nasi. Lepas letak nasi, sapukan lagi mayonnaise kat atas nasi tu. bagi siapa yang tak suka mayonnaise, tak perlu letak yaa...


Langkah 6:
Sekarang boleh letak apa saja bahan-bahan korang nak letas atas nasi tadi. bagi yang nak letak lobak merah, letak dulu lobak yang dipotong panjang-panjang tadi dulu, baru letak bahan yang lain.


Langkah 7:
Ok, sekarang boleh mula menggulung sushi. gulung bersama-sama tikar itu untuk mendapatkan hasil yang cantik! Untuk menggulung ni harus ada tenaga yang kuat. gulung dengan bersemangat yaa. macam orang jepun kan, diorang sentiasa bersemangat.. huhuhu...


Langkah 8:
sekarang dah boleh potong sushi tuhh kecil-kecil... oh yaa... kalau ada balance nasi tuhh, jangan laa buang. gaulkan ia dengan bahan-bahan cincang tadi, dan kepal-kepalkan ia membentuk bola... tak semestinya bentuk bola je, boleh gunakan tupperware kecik untuk membentuk pelbagai bentuk seperti petak, segi empat sama, segi tiga dan sebagainya. ok, dah siap onigiri iaitu nasi kepal! nasi kepal ini sepatutnya kita letak inti ditengah-tengah yaa...
Onigiri = nasi kepal

~~~~

kalau guna seaweed, bentuk dia jadi begini...

senang bukan? ianya boleh dimakan dengan kicap ataupun sos...
ada wasabi lagi bagus! huhu,,,


s0 ini lah hasilnya... Sushi yang guna kacang botol tu kawan ain dah telan dulu.. Tak sempat nak snap...  Haaa sushi yang atasnya macam coeslow tu kitorang beli kat KFC je.... betapa malasnya kami nak buat coeslow sendiri...
Yang atas tu macam bentuk dinasour tu adalah sushi ikan apa terobok kot.. Yang rasa macam lemak2 je bila makan ikan ni... Haaa rebus ikan tu tepek je kat atas sushi tu... Hahahahaha... Idea aku yang tengah menggila.. 
InsyaAllah bila kat KUIS nanti nak try buat shushi lagi dengan kawan-kawan kat sana pulak...
Dan InsyaAllah juga ain akan try buat yang terbaik 
untuk kejayaan masa hadapan bersama lelaki masa hadapan...
AMIN...